Sunday, June 28, 2009

Untungnye Beli Flora Damansara Blok D rm55K

Tadi baru je jumpa dengan faris. Nak passkan bank draft untuk lelongan isnin ni. Janji nak jumpa tengah hari tadi. Sekali En Faris ni bz gile, so terlajak la sampai malam baru bole jumpa. Seb baik hari ni memang tade buat apa2. Just tengah hari tadi g kelas kickboxing je pastu melepak kat rumah.Kaki pun bengkak ni tersepak siku orang. Sakit ooo...

Masa jumpa faris tadi, sempat la ikut diorang tengok rumah Blok D Flora Damansara yang dimenangi oleh client satu solution dengan harga RP 55k. Market value dalam rm90k - 100k. Mak ai jeles gile aku. Rumah tu siap ada kitchen kabinet. Tiles sume cantik. Tade cacat cela. Sewa plak dalam rm500. Untung2. Bukan senang nak dapat deal macam tu. Once in a blue moon orang puteh cakap.

Sekarang ni aku perasan susah nak buat duit dengan beli rumah lelong. Saingan semakin sengit. Malah ramai yang bid melebihi harga market value. Gile ke apa diorang ni. Baik beri subsale je, siap boleh nego dengan seller. Aku pun tak paham la tujuan diorang ni masuk bidding. Kaya sangat dah kot. Harap2 isnin nanti tade ramai bidder sebab auction tu bukan mega auction. Auction biasa2 je dan dibuat pada hari kerja. Tu pun tgk jugak rezeki. kalau dapat satu unit, bertambah lagi la koleksi rumah sewa aku. Target setahun nak sambar 2 unit. By 5 tahun dah ada 10 unit. Manyak syiokkk. Kalau orang lain hobi kumpul setem, aku nak kumpul rumah. hehehe...

2 comments:

Anonymous said...

Tuan nak tanya...mcm mane kita boleh beli byk rumah.. sebab setahu saya bank hanya bagi loan 30% saje dari kita punye gaji... Kalu contoh gaji RM3K mcm mane boleh beli rumah sampai berbiji biji..sedang gaji tiap tiap tahun naik ciput aje.... lagi satu..kalu beli rumah lelong kos rendah layak ker ker gaji RM3K..kalu tak silap pendapatan isirumah mesti tak leh 2k ....

mdizone said...

Biasanya beli rumah banyak2 tu untuk disewakan. Bila sewa, ada tenancy agreement. Bank akan consider tenancy agreement tu sebagai income tambahan kita. So kita punya 30% akan bertambah la. berkadar terus dengan bilangan rumah sewa kita...

pasal rumah kos rendah tu, mmg ada restriction tapi ramai je orang beli.kena kawtim ngan lawyer kot. ada orang sampai beli berbiji2 rumah kos rendah. takkan gaji dia rm2500 kot hehe