Showing posts with label work. Show all posts
Showing posts with label work. Show all posts

Thursday, August 25, 2011

Aiya! Budget raya aku....

Petang tadi aku terima panggilan dari seorang buyer aku. Rumah subsale di Selayang. Close case dalam bulan lepas so sepatutnya dalam minggu ni buyer n seller akan berjumpa untuk sign perjanjian jual beli. Tinggal kira hari je lagi ni.

Semasa perbualan tu, dengan berat hati dia kata somehow dia tak boleh nak proceed dengan pembelian ni. Ada masalah dalaman katanya. Aisey, berat la ni. Aku tanya kenapa. Dia kata ada beberapa isu antaranya pasal loan dia dan juga pendapat keluarga. Ah sudah! macam mana aku nak assist kalau part pendapat keluarga. kalau part loan tu maybe aku boleh gagahkan jugak. Dia mintak aku nego dengan owner untuk refund balik duit deposit dia.Kalau tak dapat full pn, dapat skit pun jadi la.

Aku ni tade la hati kering sangat. Kesian gak. Tapi dalam perjanjian offer letter to purchase, kalau buyer pull off, earnest deposit mmg burn. Nak buat macam mana. Sekarang ni kena lihat pada budibicara owner. Kalau owner jenis bertimbangrasa, maybe dia boleh consider. Kalau tak, then burn la deposit tu. Takleh nak kata apa sebab dah terang lagi jelas clause dalam Offer letter tu.

Sekarang ni aku malas nak pening2 kepala. Raya dah nak dekat. Banyak lagi benda nak kena fikir dan disediakan. Cuma agak terkilan la sebab sepatutnya duit komisyen untuk sale ni dah boleh guna untuk budget raya. Sekarang ni macam dah kurang harapan je nak dapat. Terpaksa la korek dari tempat lain.

Sebagai seorang agen hartanah, benda2 macam ni memang normal sebenarnya. Bila jadi benda2 macam ni, takleh cepat melatah dan putus asa. Memang la agak kecewa pada awalnya, tapi rumah banyak lagi. Owner dan pembeli bersepah2 diluar sana tinggal usaha je untuk satukan mereka.

Aku tak citer lagi benda ni kat owner. Aku minta buyer sabar sampai lepas raya. Rilek dulu. Owner mesti tengah sonok2 prepare untuk raya. Kalau dapat berita ni kang, spoil je mood. Kita tengok lepas raya macam mana plak. Kalau dah rezeki, memang tak kemana. Kalau bukan rezeki, usaha macam mana pun mmg takkan dapatnya.

Thursday, March 18, 2010

Lelongan Grand Auction Fair 18 March 2010

Actually aku tade plan pon nak pergi auction ni. Semalam macha faris tiba2 call tanya aku free ke tak. Rupanya faris ada masalah sebab kena pergi 2 auction pada hari ni. Satu kat bangi n satu lagi kat tancorp. Aisey problem2. Ni la masalah kalau client base dah besar. hehe..

So aku pilih untuk turun ke auction kat Tancorp. Ada client faris nak bid rumah kat Brunsfield seksyen 13 Shah Alam. Rumah ni memang hot la. Rental tinggi sebab banyak permintaan dari student. Harga pon dah naik banyak berbanding 2-3 tahun lepas. Kat belakang Brunsfield ni pon MSU dah nak naik. Lepas MSU siap taktau la bape jauh lagi harga die naik. Untung betul sapa ada rumah kat sini.

Faris ada sebut juga yang Bird pon nak masuk bidding rumah ni. Bird datang sendiri n bid sendiri. Aisey lawan ngan kawan2 la plak. Kalau aku yang masuk bid, sure rasa tak best. Nasib baik aku hanya jadi wakil, so sorry la Bird, takleh nak kawtim2. Budget client Faris ni pon tinggi. Memang ada harapan menang.

So seperti biasa, bila ada perkataan grand atau mega auction, mesti mula lambat. Patut start kol 10, last2 start kol 1030am. Ada lima auctioneer yang terlibat hari ni. So property yang aku nak bid ni under Rajan Auctioneer. Aku pn tak pernah kenal. So bila tiba turn property aku tu, rupanya ada 4 bidder semuanya termasuk aku dan bird. Bird awal2 dah malas nak angkat pedal bila aku inform die budget client faris ni lebih tinggi. Sian bird, kecewa lagi. Tape cuba lagi next time. So basically lelongan ni aku lawan dengan lagi 2 bidder lain tu la. Cuma aku tak bape ok sangat la dengan Rajan Auctioneer ni. Macam tak bape profesional. Cara naik bid, cara dia call nombor kad dengan harga bidaan, agak mengelirukan. Baru 3 bidder pon dah macam agak bersepah. Mula harga RP rm118k. Lawan punya lawan, naik sampai rm150k. Jenuh jugak la aku nak angkat pedal sebab naik cuma rm1k sahaja. Client faris ni menang akhirnya. Budget rm151k, haha tinggal lagi rm1k je beza. Apa2 pun tahniah. Tambah lagi koleksi rumah kat Brunsfield.

Lepas habis auction rumah tu, aku terus la kuar nk setelkan sumer urusan dokumen. Malas nak tunggu lama2. Nasib baik rumah ni antara yang terawal untuk dibida. Tade la aku masak nak tunggu lama. Faris pn rupanya dah sampai kat tancorp dari bangi. Senang la aku terus pas sumer urusan kat dia. Peruzz pn datang juga walaupun tak masuk mana2 unit. Saje nak lepak2 kata peruz. Uish bagus betul la. Ni la baru kata semangat waja.

Lepas dah setel sumer urusan, aku lepak kat bawah minum2 dengan faris. Tade lepak lama pun sbb aku pon nak gerak pergi opis shah alam. Setelkan urusan kerja lain plak. Ni la die cabaran nak juggle 2 kerja serentak. Kena pandai manage masa dan appointment. Bila dah kerja sendiri ni, mesti mau rajin. Biar rajin n keje teruk masa muda. Sebab tenaga banyak. Pastu bila rezeki dah mula ok n duit dah mula ada, kena la plak pandai berjimat dan labur. Supaya bila time dah tua, takyah lagi nak keje teruk2. Tu baru best...


suasana bilik lelongan yang sesak

me and bird

Bird berkongsi kekecewaan dengan faris..tape bird cuba lagi next time :)

Monday, November 30, 2009

Pulun! Pulun!

Aisey, dah nak masuk bulan 12 dah. Tak boleh jadi ni, no more honeymooning.

Mengikut plan aku, patut bulan 12 aku dah kena start pulun buat marketing job untuk fmmedia. Kalau everything berjalan lancar, dalam bulan jan - feb 09 aku dah start dapat call untuk job presentation. Bulan march - april job dah siap. Bulan may dapat payment. Perghhh nak kena tunggu sampai bulan 5 baru dapat payment tu. 5 bulan tade pendapatan. Time2 ni la penting ada saving. Kalau tade saving, aku pun tak berani nak quit. Tu kalau sumer berjalan lancar. Kalau tak lancar? haa mana la aku nak cekau duit belanja.

Untuk start ni, antara benda yang aku buat ialah aku setup blog baru untuk cerita perjalanan aku dengan fmmedia. Aku cuba tulis blog ni dalam english. Konpem lintang pukang la grammar aku. Dah lama tak menulis dalam english. Last sekali seingat aku pun masa time nak buat SPM. Time tu memang concern gile la dengan grammer. Sekarang ni lantak la. Janji orang paham bila baca. Buat masa ni, content tak banyak lagi. Tape pelan2 kayuh...

Kalau sudi nak tgk blog baru aku, boleh la klik kat sini

For this week, masih belum banyak aktiviti yang aku rancang. Just calling2 client2 lama . Update2 citer. Kalau dapat buat appointment jumpa dah kira bagus dah. Most of the time, aku akan spend banyak masa di pejabat fmmedia. Kat rumah susah nak buat keje, banyak sangat distraction. Katil la, tv la, ps2 la. Tak mampu lagi nak kuat kan semangat untuk bekerja dengan efisien kat rumah.

Pada kawan2 yang dah bekerja dari rumah, macam mana korang disiplin kan diri? aku fail lagi la part ni. Hehe.....

Thursday, November 5, 2009

Working from home anyone?

Tadi berita cerita pasal kerajaan nak kenalkan sistem kerja dari rumah. Kementerian Kerja Raya nak start dulu bermula dengan kakitangan pelukis pelan. Sebab diorang ni kebanyakannyer kerja mengadap pc. So kehadiran mereka di pejabat tidak kritikal.

Aku menyambut baik langkah ni. Banyak faedahnye dari segi sosial dan ekonomi. Kalau pekerja boleh bekerja dari rumah, boleh jimat dekat tol,minyak dan parking. Masa perjalanan juga dapat dijimatkan. Takyah bersesak2 ke pejabat. Secara tak langsung, kesesakan lalulintas juga dapat dikurangkan. Memang aku sokong sangat2 la. Antara sebab aku beralih arah pun sebab ni juga. Aku takleh terima suasana kena punch card. Sepatutnye kita dinilai dari segi produktiviti kita. Kemahiran kita menyelesaikan masalah. Bukan dengan melihat berapa awal kita sampai opis dan berapa lewat kita balik. Padahal majoriti yang balik lewat tu pun bukannya buat keje. Banyak browsing internet ngan main game je. Pastu claim OT. Ala macam la aku taktau. Aku pun pernah keje pejabat gak hehe...(aku tak cakap sumer ye, memang ada yang stayback sbb nak kejar dateline.. bagus2..harap2 korang dapat bonus banyak tahun ni)

Cuma biasa yang jadi isu pasal kerja dari rumah ni lebih tertumpu kepada organisasi yang besar2. Macam kerajaan la. Susah nak nilai produktiviti secara individu sebab terlalu ramai. Dalam ramai2 tu, ramai juga yang tak sibuk. Banyak yang buat2 sibuk. Jawatan diwujudkan sbb nak cipta peluang pekerjaan yang lebih banyak. Tapi yang peliknye, banyak pulak jabatan2 yang kekurangan staff. Staff2 kat situ plak bekerja macam nak giler. Aku sendiri kenal 2-3 staff kerajaan yang stayback sampai 3-4 am pastu esok ada meeting kol 9am. Kalau aku pun tak tahan oo.Gaji bukan banyak pun. Respek2..

Cuma untuk kerja dari rumah ni, tak semua jawatan boleh diapplikasikan. Kalau yang kerja kaunter, keje guard, macam mana nak kerja dari rumah kan. Sure la tak jalan jabatan tu. Kalau plak jenis yang kerja hanya mengadap pc keluarkan report, mebe boleh dipertimbangkan golongan ni kerja dari rumah. Tapi konpem la yang kene datang opis tu jeles kan? hehe..

Kita tengok dan lihat je la macam mana kerajaan nak implement sistem ni. Aku sokong je sbb aku prefer sistem yang menilai hasil kerja seseorang berbanding berapa awal die datang pejabat :)

Saturday, September 5, 2009

My Near Future Toy




Cantik kan kete tu? Tu la Honda Civic 2.0 i-VTEC 8th Gen. Dah lama dah kat malaysia ni. Since 2006 rasanya. Masa first time ternampak kereta ni, terus jatuh hati. Masa tu taktau lagi kete apa and tade la nak amik tau sangat sebab sure tak tercapai dengan kemampuan kewangan pada masa tu. (Self assumed)





Cuma sekarang ni pilihan untuk memiliki kereta ni macam agak terbuka sedikit. Ada sebab kenapa aku nak dapatkan kereta ni. Sekarang tengah study sama ada betul ke aku mampu nak beli kereta ni. Perkataan mampu tu besar scope die. Cukup ke budget nak bayar installment yang lebih rm1k sebulan. Tu baru installment, tak kira minyak lagi, insurance lagi, road tax lagi, maintanence lagi. Ikut kiraan kasar, boleh la rasanya nak sambar sebijik tapi berpeluh jugak. Kalau tak kena gaya, boleh tergolek kewangan aku.





Kenapa aku nak beli kereta ni? haa..itu pun atas nasihat mentor aku. Dia kata kalau nak buat marketing and sales, kereta memainkan peranan penting. Rumah biasa2 pun tape, janji kereta mau pawe. Kalau tak pawe pun, orang kata senonoh skit la. Die cakap honda ni tahap toy car je sebelum upgrade dengan kereta yang lagi pawe. Ish panas hati aku. Ada ka patut cakap kete tu level toy car je.Dream car aku tu! Bertahun aku tunggu nak dapatkan sebab yang kuat untuk beli kereta ni hehe.





Tapi aku tak deny pendapat die tu. Aku sendiri menyaksikan macam mana orang lain melayan orang yang bawak kereta2 mahal. Treatment die lain sedikit walaupun mungkin tanpa disedari.





Citer die macam ni...

Ada la satu hari tu, aku bawak mentor aku ni nak pergi meeting dekat putrajaya. Time tu aku tumpang kereta die. Mercedes SLK 230. 2 doors 2 seater.Rupa dia macam gambar kat bawah ni...



Kete tu tade la baru pun. Kete tahun 98. Dah lama dah. Ok back to the story. Time tu kitorang sampai la kat pintu guard nak amik pas. Actually tempat tu pelawat kena parking luar, pastu amik pas then baru boleh masuk kompaun pejabat. Ikut pengalaman aku selepas beberapa kali datang situ la. Tapi hari tu lain plak jadinya. Lepas amik pas tu, kitorang pun nak masuk la pintu pagar. Sekali guard tu tanya tanak bawak kereta masuk ke? Eh! Selama aku datang sini sorang2, tade pulak guard tu nak kasi masuk. Pastu banyak jugak kete lain yang tak masuk. Tapi guard tu siap offer plak nak benarkan kitorang bawak kereta masuk parking kat dalam. So kitorang pun bawak je la kete masuk.

Masa dalam kete tu mentor aku cakap la. Die bawak kete ni bukan sbb nak menunjuk2. Tapi somehow kereta tu membantu secara tidak langsung. Bila kita bawak kereta2 jenis macam tu, orang somehow akan respek lebih skit walaupun kita tak mintak. Secara tidak langsung, hal2 macam ni memudahkan dia nak buat deal etc.

Logik la jugak kan? Kata kan la kita kat kedai mamak. Citer projek juta2. Gedegang gedegung. Sekali time balik orang tengok kita bawak kancil je.Eh boleh caya ke manat nie? sure diorang akan tertanya dalam hati. Lain la kalau kita dah memang ada track record. Kalau Syed bukhari bawak kancil pon orang still respek die sbb dah terkenal. Kalau orang biasa macam aku ni? Orang nak caya ke? Sure berfikir beribu kali.

Benda macam ni memang dah takleh nak elak. Pemikiran masyarakat memang macam tu. Bila orang pakai kereta besar je, sure orang ingat mamat ni berjaya. Kalau citer projek juta2, ada nampak kredibiliti.

Pada aku yang penting niat la. Kalau niat nak beli kete besar untuk memudahkan urusan kita ( bina kredibiliti, tingkatkan imej etc) dan bukan untuk menunjuk2, mungkin boleh dipertimbangkan. Tade salahnya dengan syarat kita mampu.Itu pun tengok nature of work. Kalau setakat pergi keje duduk kat opis je dari pagi sampai malam, bawak kete biasa pun dah cukup kot (ni mentaliti aku selama ni).Duit extra tu better simpan buat pelaburan.

Hai bila la aku bole angkat sebijik civic ni...

Tuesday, July 14, 2009

Kisah lecturer aku...

Minggu ni aku kena pegi training 'introduction to Cisco Router configuration' kat Kompleks Antarabangsa, Jalan Sultan Ismail KL. Dari isnin sampai jumaat. Best ooo. Pergi training free. Company sponsor. Rasanya mahal jugak course tu sebab biasanya course2 teknikal ni mahal2. Kalau course2 self help macam motivasi etc biasanya murah sikit.

Actually aku nak cerita kisah lecturer aku ni. Dia ni chinese.Semalam lepas habis training, kitorang pekena teh kat kedai bawah. Ada satu part tu, aku tanya die, berapa die dapat untuk kasi training ni. Dia kata rm800 per day. So kalau 5 hari, dah rm4000!! Kalau sebulan dia buat training 10 hari, purata dah dapat rm8000. Lebih dari gaji manager tu! Keje 2 minggu je sebulan. Masyuk2. Aku tanya umur die. Baru 31 tahun. Aisey, tua 2 tahun je dari aku tapi income dah boleh cecah rm10k sebulan. Memang die kata kalau jadi freelance trainer nie, kalau tak cecah rm10k sebulan, baik takyah jadi trainer. Nampak sangat jadi trainer nie very lucrative. Tapi syarat kena expert la dalam field yang nak diajar tu. Kalau tak expert, nanti kena *tiau*dengan anak murid sendiri.

Sejarah die pulak macam nie. Awal2 dulu, die ni keje sebagai junior technician dekat lowyat. Then after a while, die dapat offer macam2 training dekat lowyat, dinaikkan pangkat jd senior technician. Kalau dah keje lowyat tu, memang konpem la terer pasal komputer2 ni. Then infomatic amik die jadi lecturer sebab die ada degree. Part yang best kat informatic ni la. Die kata informatic ni kedekut. Gaji die masa awal2 keje hanya dapat rm1800 je. Degree tu. Lepas 3 tahun, baru la merasa rm2250. Memandangkan gaji yang kecil , die pun buat la OT banyak2. Biasanya, lecturer diperuntukkan hanya 18 jam seminggu untuk bagi lecture. Masa2 yang lain tu digunakan untuk buat research etc. Tapi die pergi hentam sampai 40 jam bagi lecture. Claim die je dah mencecah rm6k sebulan. So pihak finance pon query la. Dari situ die dah geram dengan informatic. Tak lama pastu, die apply fund utk beli model Cisco router yang baru untuk buat research. Tak banyak pun dalam rm3k je kalau tak silap. Tu pun tak lulus. finance department kata tade budget. Apa daa..so si lecturer ni memang tak putus asa, die pun pergi ke singapore beli sendiri router tu guna duit die sendiri. Pastu die study sorang2 .Bila dah tere, die pun bagi lecture guna real router. So anak murid die pun ramai la kagum sampai ke pengetahuan top management informatic. Top management tanya mana die dapat router tu. Die dengan selamba je cakap kat malaysia tada jual. Kalau mau, sewa dari die. So Informatic pun sewa la cisco router tu dengan kadar rm7k sebulan siap buat agreement. Yang lucunye, masa die nak tuntut sewa router tu dekat finance, si finance ni bising2 cakap mana boleh ada syarikat sendiri kasi sewa pada informatic. Die dengan selamba suruh rujuk dengna naib presiden.Naib presiden siap backup die lagi. Memang puas hati sungguh la. Padahal awal2 die mintak budget rm3k finance tak bagi. Sekarang dengna modal 3k, die dapat sewa rm7k sebulan. Bape banyak return on investment tu? Property pun kalah macam tu hehe.

Sekarang nie die memang dah fulltime freelance. Die kata keje sendiri lagi untung. Dah la ada kebebasan. Memang banyak pengajaran betul la dari cerita die. Salah satu nye jangan putus asa. Kalau kita rasa apa yang kita buat tu betul, biar la orang lain nak kata apa pun. Yang penting kita buat sungguh2. Selain tu, kalau rasa kita punya keje tak dihargai oleh syarikat kita bekerja, cepat2 la improve diri dari segi ilmu dan kewangan, then bersedia untuk bergerak sendiri. Takkan sampai bila2 nak dibuli kan? Kita tahu nilai diri kita macam mana. Kalau rasa apa yang kita dapat tu tak setimpal, mungkin dah tiba masanya untuk kita cari alternatif lain. Hidup kita ni sekali je. Kalau kita berterusan buat benda yang kita tak suka dalam hidup, then why live?

Wednesday, June 24, 2009

Seminar Alcatel Lucent/Exinda

Pagi ni aku dijemput untuk menghadiri satu seminar ICT. Kira macam product briefing jugak la. Venue die kat hotel Ritz Carlton kat Jalan Imbi. Bangunan bersambung dengan Star Hill. Tempat shopping orang kaya2.Aku memang first time sampai hotel ni. Perghh kagum beb. Memang tersangat la nampaknye tempat orang kaya2 berkumpul. Lantai pon marble ni. Untung betul aku.

Seminar tu tade la apa sangat. Tapi aku cuba la dengar jugak tanak la nampak sangat datang utk makan je. Makan die jangan citer la. Nama pon hotel mahal. Makanan pon superb la. Sedap ooo. Kalau nak bayar sendiri memang mimpi la. Baik duit tu aku beli makanan lain. Dapat lagi banyak ahaha.

Yang bestnyer seminar ni, lepas habis talk sumer, organizer buat cabutan bertuah. Korang nak tau apa hadiah die? Iphone 3G 16GB. Ada dua unit. Malangnya aku tak dapat la. Kalau aku dapat iphone tu sure aku dah melompat sakan. Ada la dua mamat lain dari company apa ntah yang menang iphone tu. Jeles betul aku. Sampai sekarang tak hilang lagi jeles tu. Aku bukannyer tak mampu nak beli iphone tapi perasaan die tak sama kalau dapat menang. Dapat free lagi sonot hehe.

Back to the seminar's topics. Ada dua product yang diorang citer. Satu Bandwidth Manager (Exinda) dan satu lagi firewall BRICK (Alcatel Lucent). Product Exinda ni memang company aku dah lama pakai. So nothing to shout about. Product memang bagus pun. Firewall brick ni plak masih dalam proses percubaan. Sekarang tengah buat Proof of Concept(POC) kat putrajaya. Dari segi architecture nampak macam agak secure sebab diorang claim guna military punya architecure. Tak kisah la janji testing kat putrajaya ni sukses. Aku dah cukup pening dok handle project tu. Tak habis2 lagi.

Oh ya! Next week aku nak lari dari dunia keje. Mau cabut ke obersea. woohoo...kalau sapa2 call aku tak dapat tu paham2 la ye :P

Monday, June 1, 2009

The Three Direction

Aku teringat satu ketika dulu, waktu aku g kursus motivasi organized by company tempat aku keje. Salah satu isu yang dibangkitkan oleh rakan2 sekerja ialah ketidakpuasan hati dengan top management. Tak kira la direct bos atau bos peringkat tinggi. Kira ada communication breakdown antara level management dengan working level.

Senang je motivator tu kasi cadangan. Dia kata ada 3 cara nak setelkan hal tu iaitu :

Cara pertama : Cuba sedaya upaya untuk mengubah keadaan. Kerja keras untuk naik pangkat dan bila dah berjaya berada di atas, buat la perubahan mengikut azam semasa berada di working level.

Cara kedua : Kalau tak mampu cara pertama, ubah la diri. Terima keadaan seadanya dan cuba untuk menyesuaikan diri. Jangan bising2 kondem2 top management salah la, gaji ciput la, bonus tade la etc etc. buang tenaga dan masa je.

Cara ketiga : Kalau memang tak boleh nak terima keadaan seadanya , sila2 lah bawak diri tu keluar dari situ. Pi la cari benda lain nak buat ( aku tak cakap cari keje lain, sbb ada kemungkinan benda yang sama akan berlaku juga. nanti jadi macam katak asyik lompat2 keje).

Secara rumusannya, kalau tak puas hati dengan keadaan di tempat keje,

CHANGE THE SYSTEM, IF CANNOT, CHANGE YOURSELF, IF CANNOT ALSO, BERAMBUS!!

HUHAHUHAHUHA

Friday, May 1, 2009

Stress keje

Semalam aku ada meeting internal dengan unit aku. Main agenda nak define KPI. Kalau korang tak clear apa benda KPI tu, KPI ni short form untuk 'Key Productivity Index' . Maksudnya, apa keje korang yang diharapkan oleh majikan untuk korang tunaikan. KPI ni biasanya digunapakai oleh syarikat2 besar yang staff nyer beribu riban sebab bukan senang nak track performance setiap individu kalau tak buat sistem KPI ni.

Pada aku KPI is a good thing sbb senang nak gauge performance kita. Ni kang keje teruk2 setahun, tunggak terbalik nak siapkan keje, at the end of the year bila bos tanya kita apa keje kita buat, ternganga. taktau nak cakap apa sebab macam mana nak ingat apa yang kita dah wat untuk setahun yang lepas. Keje nye macam2 tapi orang tak nampak. Wat penat je kan.

Sekarang ni aku tengah pening nak define KPI aku. nak define keje apa yang kita wat satu hal, nak karang ayat comel2 pun satu hal jugak. Cuma aku tengah dilemma sekarang ni. Semalam bos aku ada bagi tazkirah la kononnya. Kata die apa yang membezakan kita dengan orang lain. As a boss, cemana die nak identify staff2 die yang perform biasa2, yang perform superb dengan yang tak perform langsung. Die kata staff yang pawe, adalah staff yang over deliver. Maksudnya kalau bos request 1, kita bagi 2. Kalau bos request 2, kita bagi 3. kira pawe la tu kan. Bagus bos aku ni. Banyak yang aku boleh belajar dari die.

Cuma time tgh meeting tu, aku rasa macam nak bengkeng(aka melawan/rebel) pon ye jugak dengan idea die. Pada aku tak salah untuk overdeliver. Mmg patut pon kita tanamkan semangat tu dalam apa sahaja yang kita buat. Cuma untuk kes aku ni, aku macam tak mo apply dalam keje harian yang aku buat. Kenapa aku cakap macam tu? kira logik la ek. Kita semua ada sumber yang terhad. Cth masa, tenaga, fokus etc. Let say boss expect kita deliver keje which might require around 70% of our effort. The balance 30% boleh digunakan untuk diri kita sendiri seperti spend time dengan keluarga, study pasal investment, atau apa2 sahaja perkara yang menguntungkan kita dan bukan kompeni yang kita keje. But in order nak over deliver kononnya, kita terpaksa gunakan 100% effort kita. Then benda2 lain tak dapat la kita nak wat sbb 100% resouce kita dah devoted untuk syarikat kita keje. Tu pon bukan tentu kita dapat evaluation yang bagus sbb kene compete dengan orang lain jugak . Pastu katakan la kita dapat evaluation tinggi. Apa benefit die? increment gaji? bonus lebih? Kalau dikira dari segi duit, mungkin kita akan dapat lebih a few thousands compared kalau kita just deliver biasa2 je. Oh ya lupa plak. Kita boleh naik pangkat ( more pay but more works).

From different perspective plak, kalau kita deliver biasa2 je, (yang kita guna 70% effort tu), the balance 30% kita spend improve diri kita sendiri macam study investment, invest in property, spend quality time dengan family etc. Untuk kes aku la, kalau aku spend time wat benda aku sendiri, iallah setahun aku boleh generate income a few thousands more yang pada aku lebih praktikal sbb aku yang tentukan sendiri income extra aku ni. Kalau nak harapkan evalution performance, bukan aku yang tentukan. Just imagine la, kita dah keje teruk2 untuk dapatkan performance tinggi, sekali at the end orang lain yang dapat( benda ni normal la dalam dunia rat race.Tak pelik pun). Tak ke rugi masa dan tenaga? My point is kita semua ada resource yang terhad. Kalau diberi pilihan, aku prefer devote kan tenaga dan masa aku untuk benda2 yang aku boleh control dan bukan dicontrol oleh orang lain.

Buat masa ni aku masih dalam dilemma. Mungkin ini salah satu sign yang aku tak sesuai untuk bekerja kat tempat aku sekarang sbb aku tak minat. Kalau tak disebabkan gaji, mmg jgn harap la aku nak keje kat tempat sekarang ni. just because the pay is good, aku stay buat sementara ni. Once aku dah cukup kuat nak berdiri sendiri (saving banyak, passive income pon kuat), mmg aku say bye bye laa...sayonara guys! keep on working yourself in da rat race. Im out da here!