Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Thursday, March 22, 2012

Kisah Rumah Sewa (Pantai Dalam)

Alo? Alo? Senyap sunyi je kan blog ni. Lama betul tade update. Silap2 labah2 pun dah mula datang nak buat sawang hahaha...

Ok kali ni nak bercerita lagi pasal kisah rumah sewa kat Pantai Dalam. Sebelum ni dah cerita kat sini. Time tu cerita pasal mengecat rumah. So sekarang ni alhamdulillah rumah ni dah selamat disewakan.

Kadar sewa? Rasanya ada yang dah tahu kot. Pernah sebut di facebook. Lebih Rm 1k untuk unit fully furnish. Rumah low medium cost apartment. 710sf. Takde parking. Tinggi ke kadar sewa tu? Boleh la. Ramai yang suka bila dengar dapat duit ni.

Akan tetapi tak ramai yang tahu macam mana kesukaran nak dapatkan penyewa yang sanggup bayar sewa sebanyak tu. Bukan senang nak menguruskan rumah sewa. Saya terpaksa menunggu sehingga sebulan setengah untuk mendapatkan penyewa yang saya berkenan dan mampu untuk membayar kadar sewa yang saya inginkan. Rasanya ada dekat 20 orang yang tengok kot. Ulang alik ke rumah sewa ni pun rasanya dah lebih 8 kali. Memang hati kena cekal. Kalau tak cekal, awal2 dah fed up.

Proses memilih penyewa ni bukan benda yang remeh. Kena buat betul2. Masa sessi tunjuk rumah tu, ada penyewa yang kita suka, dia tak suka pulak kat rumah tu. Kalau suka kat rumah tu pun, budget pula tade. Ada yang boleh bayar, tapi kita pulak yang tak berkenan. So terpaksa la tunggu sampai sebulan setengah padahal rekod area tu pernah dapat penyewa dalam masa tak sampai satu hari.

Kepada rakan2 tuan rumah sekalian, kalau anda ada rumah sewa, pastikan pulangan rumah sewa anda betul2 berbaloi dengan usaha yang anda curahkan. Kalau setakat break even, susah la. Nak menguruskan rumah sewa bukan senang. Alang2 buat, biar lah benar2 menguntungkan.

Lagi teruk kalau ada rumah sewa, tapi tiap2 bulan kita pula yang nak kena top up sebab installment bulanan lagi tinggi dari sewa. Kalau anda di posisi sedemikian, cepat2 lah jual rumah sewa tu. Itu bukan lagi asset anda tetapi dah jadi liabiliti.

Ingat ya! Kalau nak jadi kaya, beli dan simpan asset, bukan beli dan simpan liabiliti...




Wednesday, February 8, 2012

Hari Mengecat Rumah

Masih ingat rumah sewa saya yang terletak di Pantai Dalam? Rumah tu masih lagi kosong. Belum ada penyewa. Ada beberapa orang yang berminat dan dah tengok rumah, tapi belum ada yang sesuai.

Memandangkan rumah pantai dalam tu sudah agak usang (sejak dari beli, memang belum pernah dicat baru), saya mengambil keputusan untuk mengecat rumah tersebut. Pada mulanya, rancang nak upah orang sahaja untuk mengecat rumah tersebut tapi bila difikirkan balik, buat sendiri pun seronok juga. Boleh buat macam aktiviti keluarga.

Keadaan rumah sebelum di cat



Buruh kasar

Sungguh tidak disangka, penat juga kerja mengecat ni. Ingatkan mudah. Ianya tidak sukar tapi renyah dan agak membosankan. Saya merupakan seorang yang mudah bosan apabila buat kerja yang sama berulang kali. Nasib baik ada keluarga yang membantu. Ringan juga kerja mengecat ni.

Kerja mengecat mengambil masa dua hari ( lebih kurang sehari setengah). Saya gunakan cat yang murah sahaja. Saya beli tong cat yang 7 liter tu sebanyak 4 unit. Masih lagi berbaki satu tong penuh. Kos semua habis dalam RM 170 sahaja termasuk peralatan mengecat. Kalau upah orang, kos boleh mencecah hampir rm1k. Cuma penat la sedikit tapi puas bila nampak hasil kerja yang dah siap.


Hampir siap

Lagi satu perkara yang saya belajar pasal cat rumah, jangan campurkan air dengan cat yang ada. Terus guna cat tersebut dalam keadaan asalnya. Lebih cepat kerja. Kalau campur air, cat tersebut jadi terlalu cair dan perlu diulang2 cat untuk mendapat hasil yang diinginkan. Sekurang-kurangnya saya belajar sesuatu yang baru dari pengalaman ini.

Oh ya, satu tips untuk anda. Jika anda ingin naik kan kadar sewa atau harga rumah anda, sila cat rumah. Walaupun nampak mudah, ianya akan memberi kesan psikologi yang amat positif kepada bakal penyewa atau pembeli.


Rumah selepas siap di cat dan di kemaskan

Si kenit yang menyibuk

Monday, January 30, 2012

Hari Ahad yang Malang

Kebiasaannya, hari ahad merupakan hari yang menyeronokkan ramai orang. Pada hari tersebut, ramai yang mengambil kesempatan untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga. Bila tiba waktu malam pula, ramai juga yang mengeluh sebab perlu pergi kerja pada keesokan harinya.

Kisah saya pula, pada ahad semalam, dalam perjalanan ke Shah Alam untuk bersarapan, tayar kereta boleh pancit akibat terlanggar serpihan plastik ( rasanya plastik kereta lain yang mungkin tertanggal akibat kemalangan). Plastik tu agak keras dan menghasilkan bunyi yang kuat apabila berlanggar dengan tayar kereta saya.

Setelah pelanggaran berlaku, hanya dalam lebih kurang 80 meter, tayar kereta terus pancit habis. Terpaksa saya memberhentikan kereta di tepi jalan atas rumput di jalan yang menaik bukit. Di sini lah bermulanya masalah saya...

Ingin saya kongsikan tips untuk menukar tayar kereta yang pancit. Jika dalam kereta anda hanya ada jek kereta standard ( yang jenis kena putar tu...) , jangan berhenti untuk menukar tayar di atas tanah (lebih-lebih lagi di jalan yang berbukit atau tidak rata). Apabila saya cuba untuk menaikkan kereta, jek kereta mula menyenget apabila naik semakin tinggi disebabkan tapak jek tenggelam di atas tanah ( tanah tidak mampu menanggung berat kereta). Ini menyebabkan kerja tukar tayar yang sepatutnya mudah dan hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit, terus tidak dapat dilakukan.

Cuma nasib saya agak baik sebab kereta saya pancit di lingkungan kawasan jagaan Prolintas dan ada peronda Prolintas yang lalu di kawasan saya tu. Beliau yang membantu memanggil rakan beliau untuk membawa jek yang lebih besar ( jenis yang guna kat kedai tayar) dan tidak sampai 5 minit, selesai kerja menukar tayar. Kalau guna jek yang biasa tu, rasanya sampai esok pun tayar tak bertukar.

Kalau para pembaca hendak tahu langkah-langkah untuk menukar tayar kereta yang pancit, boleh rujuk di sini. Ilmu yang amat berguna terutamanya untuk pemandu wanita.

PS : tayar kereta saya dah masuk kategori "total lost". Terpaksa saya beli tayar baru untuk menggantikan tayar yang pancit tu.


Saturday, January 21, 2012

Naga Pun Pandai Shuffle? Hebat!

Pada zaman sekarang ini, naga pun terpaksa untuk belajar langkah tarian baru untuk kekal releven. Hehe...



Kepada pembaca blog ini yang berbangsa Cina, saya ingin mengucapkan Gong Xi Fa Chai ! Kalau ada buah limau mandarin yang lebih, boleh pass skit kat saya ye ! Kalau buah limau habis, ang pow pun saya terima juga. Tq2 :)



Wednesday, January 4, 2012

Azam 2012

Salam sejahtera sume!

Dah 4 Jan 2012 dah. Tak wish lagi u all selamat tahun baru. So SELAMAT TAHUN BARU!!! haha...harap tade la terlewat sangat. Mood celebrate tahun dah habis dah since 2 hari lepas. Sekarang ni aku sure ramai yang tengah mood nak bekerja. Harap2 gitu la kan. Jangan rasa down plak bila cuti panjang dah habis. Seronok kalau dapat bekerja ni. Active lifestyle. Kena ada matlamat yang perlu dikejar so baru la rasa alive.

Macam mana dengan goal setting korang? dah buat? dah start execute? atau masih terkebil2 lagi? Aku pun start lambat juga. Dah masuk tahun baru, resolusi 2012 masih lagi tak kemas. Lompong sana sini. Masih keep on updating. Apa2 pun, yang penting resolusi tu mesti la dalam bentuk bertulis. Nak tulis kat kertas pun bole, nak tulis kat excel pun bole. Janji ada. Tade la nanti meraban je keje tunggang langgang siang malam tapi taktau apa yang dikejar. Rugi je masa tu kan.

So nak citer la kat korang salah satu azam aku untuk tahun ni. Nak turunkan berat badan. Tak banyak pun. 5 Kg je. Ada orang cakap small matter. Tapi what ever it is, azam tetap azam kan. Berat badan aku dah terlebih dari sepatutnya. Dah bukan berat badan ideal lagi dah. Terlebih 5kg. Tu pasal nak turunkan 5kg je, tanak lebih2 nanti kurus sangat dah x elok plak.

Untuk mencapai matlamat ni, aku plan nak turun kelas kickboxing dengan lebih konsisten. Paling koman sekali seminggu dan diselangi dengan exercise2 ringan di rumah atau di gym. Sebelum ni kalau g training tu ikut suka hati je. Kalau rajin baru pergi. Kalau malas, alamatnya berdengkur la di rumah. Rugi je duit bayar yuran.

Aku harap kita sumer pun ada matlamat untuk menjaga kesihatan. Bukan apa, badan yang sihat ni membolehkan kita bekerja dengan lebih cergas dan berkesan untuk mencapai matlamat2 yang lain. So tak rugi kalau kita jaga kesihatan. Sekurang2nya kena la bersenam 2 kali seminggu. Kasi keluar peluh. Konpem akan rasa segar dalam seminggu tu.

Good Luck ek!

Aduh...dah nampak double chin...nampak sangat dah gemuk...

Kalau dapat badan macam mamat dalam poster tu kan best...haha berangan...

Anak Bapak

Tuesday, November 29, 2011

Goal setting

Uish..dah lama betul aku berhibernasi..lately ni macam slow skit plak rasanya..nak buat apa2 pun macam agak perlahan..nak update blog pun terkial2...

Memandangkan kita dah nak hampir ke penghujung tahun, aku tergerak la nak review goal 2011 aku..actually nota goal yang aku tulis tu pun dah taktau mana aku letak hehe..kena ingat2 balik je la..pastu tulis balik..

Rasanya performance aku untuk tahun ni boleh tahan..ada banyak peningkatan..life pun getting better..lebih baik dari tahun lepas..cuma setakat mana ianya lebih baik, aku dah takleh nak track..kena main agak2 je..tu pasal penting kita compile goal setting kita bila kita tulis awal2 tahun dulu..kalau nak best, print pastu simpan dalam file..tiap2 tahun boleh review..aku ni cakap je pandai..padahal tak buat jugak haha..

Goal 2012 masih belum dirangka lagi..nak kena review balik current standing sebelum boleh buat planning untuk tahun depan..ni la benda yang aku tengah layan time kol 1230am ni..nak buat keje, otak macam dah slow..buat benda2 yang rileks dulu la..

Kalau korang pun nak buat goal revision macam aku sekarang ni, aku rekomen link ni :


especially untuk rangka financial goals...aku pun baru jumpa..nak belek2 dulu..pastu amik apa yang boleh digunakan...

Apa2 pun yang penting, once dah set goals tu..kena la take action..kalau tak wat apa2, jadi angan2 mat jenin la jawabnya...

Saturday, October 29, 2011

Toy upgrade

Hari ni tade banyak aktiviti sangat. Cuma ada satu viewing rumah je kat Lagoon Perdana. RM 145k nego , 852sf , sekarang ni tenanted. Rupanya potential buyer tu dah memang ada a few appointment kat situ so kiranya macam window shopping la ni. So tade la meletak harapan tinggi nak close deal. Kalau ada rezeki, nanti dia call la tu.

Lepas setel viewing rumah, tergerak plak hati nak singgah cash converter. Sapa yang taktau Cash Converter ni apa? Kiranya macam store tempat jual barang2 2nd hand la. Ada banyak jenis barang. Macam2 ada. Dari alat eletronik sampai la ke barang2 dapur. Aku target satu je. Nak usha golf club kot ada yang good deal. Cash Converter ni ada banyak cawangan. Rasanya ada dekat 7 kot. HQ dia kat Shah Alam. Yang aku pergi ni cawangan Damansara.

Mula2 ingat nak usha2 window shopping je. Sekali jumpa plak satu driver ni yang macam menarik. Harga pon agak ok. Boleh kata 80% macam baru la. Tak banyak calar. Cuma ada skit2 kotor je kat surface pemukul. Berlegar2 la gak kat situ dalam 30minit nak menimbang baik buruk kalau buat pembelian. Hehe. Last2 terus decide beli sebab ni kira macam reward diri sbb baru je mendapat hasil 'tuaian' pelaburan yang agak memuaskan.

Kalau baru, harga asal boleh cecah ribuan ringgit tapi kat sini aku dapat beli pada harga rm169 je. Memang puas hati la. Cuma yang kureng takleh nak test hayun. Kira gamble gak ni. Mana la tau kot2 bila dah nak guna nanti, rupanya tak selesa plak. Padahal dah beli. Ni la risiko yang perlu diambil kalau beli barang 2nd. Kalau benda2 lain macam elektronik maybe kita keberatan nak beli 2nd hand sbb taktau condition barang. Kita prefer beli yang baru dan ada warranty. Ala setakat kayu golf, apa la sangat nak rosaknya. Bukannya bengkok pun. So aku pun belasah je beli..

Lepas ni looking forward nak turun driving range nak buat test swing. Kalau tade improvement, nampak sangat aku yang hancus..haha...


Tuesday, October 11, 2011

Sessi BBQ di rumah

Asyik2 citer pasal rumah, citer pasal investment. Buring gak kan? apa kata kali ni aku citer pasal makan plak haha. Aku ni mmg hantu makan. Suka makan. Expenses terbesar dalam budget bulanan keluarga pun adalah makan.

So malam ni aku buat small bbq kat rumah aku. Merepek gak la sbb rumah bukan besar pun. Apartment je. Nasib baik ada balkoni so boleh utilize space tu. Balkoni lak tade la besar mana. Rasanya lebar tak sampai 2 kaki pun.

Akan tetapi benda2 ni tak mematahkan semangat aku untuk meneruskan hasrat nak bbq. Aku utilize dan improvise dengan apa yang ada kat rumah. Bbq pit letak atas ampaian baju yang dilapik asbestos, guna kipas berdiri untuk pastikan asap tak masuk rumah etc.Tak perlu tunggu nak ada rumah landed baru boleh buat bbq. Yang penting kena make sure semua selamat dan buat dalam scale yang kecil dan terkawal.

Menu pun tade banyak mana. Just seekor ikan talapia merah ( saiz besar ) dengan sedikit sotong dan udang. Cukup la nak buat makan satu famili. Kalau ajak ramai2 orang konpem la tak cukup.

Jum layan gambar...










Monday, September 26, 2011

Muay Thai Challenge 2011 - KL


Sapa layan match muay thai? Aku ada offer menarik ni...

Aku boleh dapatkan diskaun untuk harga tiket. Teringin nak pergi ni. Saje nak carik geng2 lain kot2 boleh pergi sekali.

Harga tiket normal : RM 15 (seat biasa aka free seating) ; RM 25 (seat khas)

Harga diskaun : RM 10 (seat biasa) ; RM 20 (seat khas)

Kalau berminat nak pergi, boleh email aku : mdizone@gmail.com

Plan nak book tiket khamis ni (29 sept 2011)

Aku dah pernah pergi match yang dianjurkan oleh TM dulu. Memang best. Kena plak duduk kat seat betul2 sebelah ringside. Boleh nampak peluh memercik bila petarung tu kena tumbuk kat muka. Perghh! Lagi best dari layan HD kat rumah...hehe


Tuesday, September 13, 2011

Peperangan Mindset


Aduh, bercelaru otak aku hari ni.

Pagi tadi aku lepak dengan salah seorang mentor aku. Dia ni yang push aku supaya aku berdikari. Jangan makan gaji. Kitorang breakfast sama selepas habis sessi view rumah dia di Alam Impian yang dia nak jual dalam masa terdekat ni. Kalau ada sapa2 berminat dengan rumah Alam Impian, boleh tanya aku. Nanti aku provide details.

Alam Impian (Spira)

So masa tengah lepak tu, we talked about many topics. Dalam banyak2 topik tu, keluar la citer pasal kereta. Dia tanya bila aku nak tukar kereta. Garu kepala aku kejap. Memang dah pasang niat. Pastu target and syarat2 pun dah ada. Kena capai certain prestasi baru bole sambar kereta baru. Sekarang ni tengah pulun. Cuma bila time puasa n raya lepas, prestasi menurun sedikit so macam kena realign balik target timeframe.

Mentor aku suruh aku buat kira2 balik. Boleh afford atau tidak. Kalau atas paper boleh afford, hentam je. Jangan ada doubt. Kat part tu aku goyang skit. Bila fikir2 balik, mindset aku rupanya masih bertarung di antara mindset makan gaji dengan mindset kerja sendiri.

Antara benda yang tengah berperang dalam otak aku sekarang ni :

Budget Vs Spend

Masa time keje dulu, bila aku nak beli sesuatu, aku memang buat budget. Sebab pendapatan aku bulan2 adalah tetap. So aku kena work around budget aku berdasarkan gaji bulanan tu. Bila dah keje sendiri, aku masih carry habit tu. Sedangkan sepatutnya aku switch n focus lebih pada earning more income instead of holding off my desire for better things. Bila mentor aku cakap macam tu, aku angguk2. Setuju dengan kata2 dia. Tapi bila nak implement, teragak2.

Resouce oriented vs Oppoturnity oriented

Macam mana nak explain ek. Aku ni boleh dikatakan agak berhati2. Sebelum buat sebarang keputusan, katakan lah satu peluang pelaburan datang. Aku akan pastikan resources aku macam duit, masa , network etc cukup dahulu baru aku berani nak amik peluang tersebut. Bila terlalu calculative, aku tend to melepaskan peluang2 yang bagus hanya disebabkan resource aku tak cukup. Sedangkan sepatutnya jika aku berfikir secara seorang yang keje sendiri, aku sambar dulu peluang tu ( walaupun resource tidak berapa lengkap). Lepas dah secure peluang tu, then baru fikir macam mana nak carik resources lain untuk menjayakan peluang tersebut. Bila keadaan macam ni, kita akan merasa tertekan dan ini akan membuatkan kita berfikir secara lebih kreatif dan usaha kita juga akan meningkat.

Sekarang ni masih lagi celaru. Masih dalam fasa mengenali diri sendiri. Nasib baik la ada mentor2 yang sudi membimbing. The battle will continue...

Cuma yang aku tahu, untuk berjaya dalam dunia aku sekarang, aku perlu ubah mindset aku. Dengan CEPAT!

"Calculate the risk and take them; be bold but don't gamble. Remember, if you opt for a safe life, you will never know what it's like to win," --- > Richard Branson

PS: Nak tukar hp baru pun berfikir sampai berbulan2 lamanya. Itu pun tak tukar2 lagi. Ini kan pula niat nak tukar kereta huhu...lagi lama la jawabnya.

Tuesday, September 6, 2011

Raya oh Raya

Uish, dah dekat seminggu lebih kita bercuti raya kan? Rasanya majoriti dari kita dah mula balik ke rumah masing2 dan mula bekerja. Ada juga yang sambung lagi cuti sebab tanak sama2 meredah jem pada weken yang lepas. Tapi dari feedback yang aku terima, weken lepas tade la jem sangat. Yang teruk jem adalah semalam ( Isnin). Haha pelik kan. Rasanya ramai orang fikir benda yang sama kot. Sumer nak elak balik time weken sbb konpem jalan jem so semua orang pakat balik hari isnin. Tup2 jem jugak. Sure tensen...


Macam mana raya korang tahun ni? best? tak best? Sepatutnya sure lagi best kan sebab cuti panjang. Bukan senang nak dapat extend cuti raya sampai seminggu. Biasanya 2-3 hari je. Kalau nak cuti panjang, kena tolak dari rekod cuti tahunan. Tak syiok la. Cuti tahunan nak simpan untuk benda lain juga kan. Raya aku tahun ni memang best. Ada banyak improvement. Harap2 keadaan ni akan berterusan dan semakin baik.


Cuma satu benda yang aku concern sekarang ni adalah pasal makan. Ayoyo ! time bulan puasa memang nampak badan aku susut. Biasa la nama pun puasa. Rasanya ada kot 4-5kg turun. Tapi yang merunsingkan kepala ialah time sambut raya especially time minggu beraya tu. Tiap2 hari makan rendang, nasi impit, lemang, bla bla bla. Pergh hasil usaha dalam sebulan, terhapus dalam masa beberapa hari sahaja. Baru je plan nak maintain berat badan ideal. ( Sebenarnya kalau ikut BMI, dah terlajak beberapa point dah ni hehe)


Budget raya korang plak macam mana? ok? within control? burst? Aku nyer budget raya tahun ni kureng skit la. Tersasar sedikit. Sebab nya bukan pasal aku overspend. Belanja raya memang dah ada allocation. Rupanya duit yang sepatutnya diasingkan untuk raya, tak kunjung tiba. Sepatutnya duit tu dah dapat sebelum raya. Itu la namanya tade rezeki. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. So terpaksa la korek sikit2 kat saving untuk tampung belanja raya. Anyway, semuanya masih dalam keadaan terkawal so lepas raya ni, kena pulun balik la nak top up duit yang dah digunakan tu.


Saje nak update u all. Sabtu ni ada acara mega auction kat KL. Under CIMB Bank. Banyak property2 menarik yang akan dilelong. Rugi kalau terlepas. Nak tengok listing tu? Boleh klik link di bawah cari auction 10 September 2011.


rumah lelong panas



Kalau takut terlepas listing2 yang best di masa hadapan, korang boleh isi form kat ruangan atas kanan tu. Listing2 terbaru akan diemail terus kepada korang. Mudah kan? :)

Saturday, August 27, 2011

Selamat Hari Raya dan Salam Merdaka

Uish , dah hari sabtu dah hari ni. Lagi 3 hari kita akan menyambut raya. Malam tadi jalan pun dah mula start nk jem. Hari ni tak tau la macam mana keadaan jalan raya seluruh Malaysia. Jem teruk kot? Diharap kepada semua yang balik beraya, pandu kenderaan anda elok2, semoga dapat sampai ke destinasi yang dituju dengan keadaan yang selamat.

Ok la aku pun nak mengambil kesempatan ini untuk turut mengucapkan SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR BATIN kepada semua pembaca blog ni. Tak kira la sama ada anda mengenali diri ini atau pun tidak. Mohon ribuan kemaafan jika ada tersalah kata atau posting yang menyinggung perasaan mana2 pihak . Yang baik kita ambil, yang buruk kita buang.

Semoga raya kita pada tahun ini akan lebih baik dari tahun yang sebelumnya.

Oh ya, lupa dah. Salam merdeka juga kepada seluruh rakyat Malaysia.

;)





Wednesday, August 24, 2011

Buka Puasa di Grand Dorsett Subang

Semalam aku menerima rezeki terpijak bila lawyer aku jemput untuk berbuka puasa di Grand Dorsett Subang bersama dengan staff2 dia. Memang la aku takkan tolak. Terima kasih banyak2 kepada En Yahya dari Rusmah Arunan n Associates di atas jemputan yang diberikan.

Dalam bulan Ramadhan kali ni, ni la buffet berbuka pertama aku. Sebab selalunya berbuka dengan makanan yang dimasak sendiri atau beli kat pasar ramadhan. Tak macam time keje kat TM dulu, sentiasa dapat jemputan berbuka dari vendor2. Ada la peluang nak merasa makanan dari hotel2 yang berlainan.

Sekarang ni aku perasan harga buffet untuk seorang sudah semakin mahal. Dulu kalau ada hotel charge rm100 per head tu dah kira amat2 mahal la. Sekarang ni dah jadi lumrah. Kalau ada yang charge below rm80 pun dah kira murah. Inflasi2...

Banyak gak makanan yang disediakan oleh pihak Dorsett. Antaranya nasi beriani kambing, teriyaki, ikan bakar n ketam bakar, masakan melayu and kambing golek. Chocolate fountain pon ada oo! Food taste memang not bad. Semua yang aku amik basically memang layanzz...no complaint at all. Lagi pun sebab free kan. Semua jadi sedap la hehe..

Jum layan gambar...

Kebab

Fruits

Kuih2

Beratur amik makanan

Appetizer?

Terbaik! Kambing Golek..

Teriyaki ( sate jepun)

Pasta

Can u see the rib? hehe...

Budak tanak makan n suka lari2...

Thursday, August 18, 2011

Teknik menangani risau yang tak bertempat...




Korang sure pernah rasa risau kan...cuak, panik, gelabah etc...tak kisah la dalam senario macam mana pun...bila konflik datang, pasti perasaan2 tersebut timbul...kalau risau tu skit , tade isu la...tapi kalau risau tu melampau, silap2 boleh paralyse...apa pon takleh nak buat...

Sebenarnya perasaan risau ni tak mendatangkan apa2 hasil...hanya merugikan je...bila timbul satu2 masalah atau isu, kita kena cuba sedaya upaya untuk elak dari melayan perasaan risau dan cuak. Sebaliknya kita perlu terus tune otak kita untuk brainstorm langkah2 penyelesaian yang boleh dilakukan. Immediately! Implementation tu belakang citer lagi..start latih minda untuk bz mencari solution. Kalau minda dah bz, dia tade masa nak pk pasal risau2 lagi dah...Aku belajar teknik ni masa pergi kursus improve EQ (emotional quotient) dulu...

Selain dari tu, aku juga apply teknik ni. Katakan la ada satu masalah datang. Kita tengok masalah tersebut dan analisa worst case senario yang boleh berlaku. Then kita apply langkah2 ini :

1. Listkan worst case scenario yang boleh berlaku
2. Bersedia untuk menerima scenario tersebut jika terpaksa
3. Kemudian dengan tenang, usaha untuk mencari langkah2 penyelesaian bagi mengelakkan terjadinya worst case scenario tersebut.

Mari kita citer pasal pengalaman aku dulu..Time2 awal nak amik keputusan untuk berhenti dari kerja makan gaji dan bekerja sendiri. Masa tu mmg cuak ooo! tade nye aku nak cakap aku cool je masa aku tender resignation letter kat HR. Menggelabah beb! Aku siap buat list pros n cons tindakan aku tu kat atas kertas.

Time tu otak berserabut pk macam2 :

1. Mana aku nak carik duit untuk sara keluarga
2. Kalau fail, cemana? aku nak mintak tolong dari sapa?
3. kalau aku fail, sure ramai orang gelakkan aku . Sure diorang kata " haa tu la aku dah cakap, ko maintain keje makan gaji je, selamat...haa sekarang ni ko dah susah, padan muka"
4. Kalau fail, kena jual sumer harta...

and macam2 lagi la benda2 negatif yang terlintas di fikiran time tu..

So macam mana aku overcome masalah ni? well aku praktiskan la tips kat atas tu. Aku fikirkan worst case scenario. Katakan la aku gagal, so aku kene terima hakikat tersebut (walaupun pahit) dan ambil tindakan yang sewajarnya. Dah sampai tahap nak mintak parent in law jaga famili aku n aku bawak diri berkelana untuk cuba bangun balik haha... tapi aku cuba la elak dari jadi sampai macam tu.

Selain dari tu, aku dah siapkan saving emergency awal2 yang membolehkan aku survive beberapa bulan tanpa income. Susun atur financial aku supaya lebih kukuh. Kurangkan hutang2 lapuk atau bad debt ( yang ada time tu cuma hutang kereta je yang manageable). Hutang rumah tade, cc tade. So hati lebih tenang. Aku kawal expenses bulanan dan latih diri untuk hidup sekadar yang ada.

Tu sume langkah2 penyelesaian yang aku ambil untuk mengurangkan impak worst case scenario yang boleh timbul. Sekarang ni ok skit la. Risau tetap risau. Cuma tahap kerisauan aku tu dah mula berkurangan berbanding masa awal2 berhenti keje dulu. Harap2 lepas ni aku boleh eliminate terus risau2 tu dan fokus pada usaha memajukan diri lagi.

Pada rakan2 ku yang ada cita2 nak bekerja sendiri / mulakan bisnes sendiri .. ada sorang kawan aku guna term " bakar jambatan" haha...maybe tips di atas boleh membantu korang dapatkan keberanian untuk take the plunge. Jangan sampai bila2 hanya buat perancangan demi perancangan. Overcome your fear and the success will follow...

Tuesday, August 16, 2011

Ada budget extra...lalala

Start pada bulan 10 nanti, aku dah tak duduk kat opis ttdi lagi dah. Tak sambung tenancy agreement. Genap setahun aku menyewa kat situ. Sayang gak sebenarnya bila tak sambung sbb ofis pun ok. Good deal gak la.

Ada dua sebab kenapa aku tak sambung menyewa kat situ. Pertama pasal aku dah ada home office yang aku boleh guna. ( dulu pun mmg dah ada cuma banyak gangguan tu pasal aku carik opis luar). Kedua pasal aku dah ada office space percuma yang aku boleh guna bila2 masa kat pejabat agency hartanah aku kat kota damansara. Siap meja ngan phone line sumer. Dedicated khas untuk agent. Manyak untung. Masa masuk opis ttdi dulu, aku tak jadi agent hartanah lagi so tade la jumpa kemudahan2 macam ni.

So bila dah ada ofis free ni, macam tak praktikal la plak untuk aku ada expenses office aku sendiri. Kenapa perlu bayar kalau boleh guna free kan.

Sekarang ni budget opis yang selama ni aku bayar dah boleh guna untuk benda lain. Haa mula la ni dah gatal tangan hehe. Antara option2 yang aku ada untuk extra budget tu:

1. Masuk kan terus dalam ASB (tambah portion potongan bulan2)
2. Jadikan budget untuk tingkatkan ilmu ( buku , seminar etc)
2. Pasang unifi kat rumah , lebihan budget masuk dalam ASB
3. Put aside selama 6 bulan n then beli hp baru (option ni sangat tempting :P)
4. Increase budget food bulan2 ( ni pun menarik juga sbb aku mmg suka makan)

Setakat ni option 1 dan 2 masih kuat di hati. Cuma tak sure la plak nanti kot2 berubah ke hehe...

Friday, August 12, 2011

Proton I-Care : 1-800-888-398


Malam tadi aku ada bisnes meeting kat TTDI. ( pergh bisnes meeting ke? macam gah je bunyik dia haha) . Lepak kat satu kedai mamak Jasema yang sederet dengan CIMB TTDI. Lama lepak kat situ. Ada dekat 2 jam jugak la. Dari 1015pm sampai 1215pm.

Bila time dah nak balik tu, lepas salam2 sumer, aku pergi la kat kete aku. Aiyo! sekali aku lupa nak tutup lampu daaa. Bila try nak start, memang dah tak boleh. Konpem bateri dah kong. Aisey masalah jugak ni. Tengah2 malam plak la benda ni nak jadi. Aku pun try la mintak tolong kat 2-3 orang yang lalu lalang kat situ ( yang ada kete la), nk mintak tolong pinjam jumper n nak buat jump start. Sorang pun tade jumper masalahnya. Yang aku pun mmg tak beli jumper haha padan muka aku. Nasib baik ada sorang ni advice aku untuk cuba call Proton I-Care. 24 hours service. So aku yang dah desperate ni, try je la call.

Nak jadi citer, bila aku call ,senang je dapat cakap dengan support team. Lepas citer lebih kurang, dia inform site support akan dihantar sebentar lagi. Site support akan call aku direct. Lebih kurang 45 minit gak la aku tunggu sebab site support tu ada kes lain plak dia tengah handle. Kira tade hal la. Sempat lagi aku g mamak tu tadi n order mee goreng n teh ais. Kira buat sahur terus.

Bila support tu dah datang, kitorang pun terus la setelkan masalah kete aku ni. Jumpstart guna small power generator yang dia bawak. Tak sampai 1 minit, masalah aku selesai haha. Staff yang support aku ni pun bagus. Very friendly walaupun dah pukul 1am time tu. Siap kasi advice la gi pasal bateri kete aku tu. Mmg dah high time untuk tukar pun.

Fee yang aku kena adalah rm31.80. Siap ada resit n problem report sumer. Boleh la aku include dalam tax calculation aku nanti.

To Proton I-Care team, keep up da good work n professionalism. Bukan senang aku nak puji proton tau hahaha....


Friday, August 5, 2011

Nasi Sunda Sambara (Bandung)

Salah satu food heaven kat bandung ( aku baru je balik 1 august yang lepas)...memang layanzz....