Tuesday, June 30, 2009

Konspirasi Pendidikan?!

Korang perasan tak, kenapa sistem pendidikan kita tidak mengadakan satu subjek khusus tentang perancangan kewangan. Mungkin kalau sekolah rendah agak terlalu awal, ianya sudah sepatutnya boleh didedahkan pada pelajar2 sekolah menengah dan juga kepada pelajar2 peringkat tinggi.

Kenapa aku highlightkan perkara ni? sebab ada satu lapuran yang aku terbaca (biasa la lepas baca terlupa sumber die dari mana hehe...tapi rasanya akpk ada kot), kebanyakan orang yang declare bankrup adalah golongan muda yang belum mencecah 30an dan puncanya adalah kad kredit. Biasalah darah muda, masa awal2 kerja, pertama kali dapat gaji dan boleh menyara diri mereka sendiri, sure macam2 benda nak beli.Handphone baru, kereta baru, perabot baru, awek baru hehehe. Susah nak kawal nafsu2 material macma ni. Selain dari tu, mereka juga akan layak untuk memohon kredit kad. Bayangkan, gaji baru rm1500 dah bole apply kredit kad. Part tu pun aku tak setuju gak tapi later aku komen lain. Bila nafsu besar, gaji plak tak cukup nak tampung, kredit kad la jawapannyer. Swipe sana, swipe sini. Time bayar belakang punya cerita. Janji enjoy dulu. Bila statement sampai, baru nak garuk kepala tak tau cemana nak bayar.Last resort, declare bankrup la. Sepatutnya masalah bankrup golongan2 muda ni tak berlaku sebab mereka ni baru la nak mengenal dunia. Tup2 bankrup pulak.Sian2...

Perkara sebegini tidak akan berlaku jika golongan muda kita dibekalkan dengan ilmu kewangan yang secukupnya sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Bila dapat gaji, tahu nak buat budget dan mengawal nafsu perbelanjaan. Ada matlamat kewangan dan sebagainya. Baru la terjamin sedikit laluan hidup. Apa la salahnya diajarkan ilmu kewangan peribadi ni kepada pelajar2 kita. Buat la macam subjek2 lain macam kemahiran hidup, seni lukis etc. Tak perlu la dijadikan subjek wajib tapi dapat ajar basic pun cukup. Tak perlu nak ajar sampai technical anylisis etc. Tu kalau diorang nak , diorang boleh belajar sendiri.

Aku ada teori konspirasi. hehe..kalau korang nak terima atau tak , terpulang la. Aku punya pendapat, golongan pelajar2 kita, memang dibentuk untuk menjadi pekerja. Bila dah masuk alam pekerjaan, semestinya diorang ni lambat laun akan menjadi penghutang kepada pihak2 bank. Hutang rumah, hutang kereta, hutang KAD KREDIT dan macam2 lagi hutang. Hutang personal loan nak kawin pon ada! isk isk..tak patut sungguh. Yang untung kat sini sapa? pihak bank la kan. Diorang buat duit banyak dengan golongan2 muda yang tidak tahu tentang kewangan ni. Ye la kalau ramai orang tau pasal kewangan, sure diorang takkan buat hutang2 lapuk (bad debt) yang akan dikenakan interest yang tinggi. Kalau semua orang buat hutang yang baik2 dan berhati2 membuat hutang, macam mana bank nak buat duit. Lepas tu, kalau bank tak buat duit, macam mana kerajaan nak dapat untung dari sumber cukai yang dikenakan ke atas bank2 ni. Haha.logik tak? Dari kata lain, golongan2 muda yang tak celik kewangan ni macam binatang ternakan yang dibela oleh pihak bank la. Cukup masa kena sembelih.

Ok la aku tak boleh nak panjang2 citer sangat pasal topik ni. Nanti melalut2 pastu kuar ayat2 yang dikategorikan akta hasutan plak. Naya je karang kena ISA.

Adiosss..

3 comments:

Rohaniah Noor said...
This comment has been removed by the author.
Rohaniah Noor said...

isk.. tak de la konspirasi sebegitu.
saya memang merasakan mata pelajaran perancangan kewangan perlu diadakan di sekolah. sama ada sebagai subjek elektif atau satu modul tambahan yg wajib dipelajari tp tak masuk dlm peperiksaan SPM.. tu terpulangla kan..
tp ia tidak berlaku.
pada pendapat saya ini kerana tiada sebarang kajian berkenaan keperluan mengadakan mata pelajaran ini dijalankan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kem Pelajaran Malaysia. Mungkin tiada orng berpengaruh yang initiate.. menteri tak suruh.. KSU tak pernah mention. Pegawai2 kat bahagian tu sendiri pulak mungkin mereka sendiri pun tak mahir ilmu perancangan kewangan ni atau merasakan ia tidak sesuai, jadi ia tidak dicadangkan ke pengurusan tertinggi.
meungkin juga concern kpm adalah jumlah mata pelajaran yg dah terlalu banyak di sekolah.
tu yg sekarang subjek utk SPM nak di scale down ke 10 subjek sahaja.
Tapi kalau menteri yg bagi arahan, bulan 7 dia suruh, awal thn depan kurikulum dan silibus dah siap.
hehehe

m0mmY said...

then maknanya, sistem pendidikan kita masih kurang effisien la dalam menangani isu2 sekrang ni. Mungkin tiada konspirasi, tapi lebih kepada taktau hala tuju mana nak pergi. Dan orang2 yang berkuasa kat dalam kementerian pendidikan pun tak mahir dengan perancangan kewangan peribadi. Banyak punca boleh jadi rupanya. Harap2 ada perubahan la di masa akan datang