Korang mesti pelik kan kenapa aku masih boleh tulis blog padahal sepatutnya aku ada kat krabi sekarang ni. Actually aku tak jadi pergi krabi pun. Kensel last minit. Details die takyah la aku tulis kat sini. Basically kensel sebab H1N1 la. Semua orang takut nak pergi bercuti. Burn tiket air asia aku. Rugi2..
Untuk menyedapkan hati yang lara ni, aku join TT PMC malam tadi. Aku sampai dalam kol 1030pm. Agak lewat tapi seb baik masih ada yang lepak2 lagi. Tak ramai plak yang join TT malam tadi just muka2 otai jer yang datang macam pie, tuah, faris, juruukur, kayzen ngan asri. Aku prefer kalau TT tak ramai orang. Max dalam 8 orang kira ok la sebab kalau ramai sangat, topik jadi tak fokus. End up jadi kelompok2 group yang kecil. Susah nak tumpu topik mana nak borak.
Oleh kerana kehadiran tak ramai, banyak perbualan dapat dibuat. Macam2 topik keluar. As usual topik banyak berkisar dengan pelaburan la kan. Diselit2 juga dengan lawak asri yang susah juga aku nak ikut. Banyak kali aku blur tapi asri memang cool. Suka berjenaka. Tuah plak suka nak kenakan si Asri ni. Taktau la apsal. Lantak diorang la. Antara topik yang aku ingat ialah pasal asri yang tak update blog hehe, keadaan lelongan sekarang yang agak sengit dan merapu ( Bid price > market value ..keje gile sungguh) and pasal pejabat pmc yang baru dekat bandar seri permaisuri. Tahniah PMC! ada opis tu..lepas ni berdesup la aktiviti syarikat. Macam2 boleh dibuat.
Pie, tuah, asri dan faris balik awal malam tadi. So tinggal juruukur, kayzen dan aku aje yang masih bertahan borak. Oleh kerana tinggal 3 orang je, lagi banyak la topik yang dibualkan. Better tulis dalam bentuk point kot.
1. Site visit apartment kat ampang - aku mintak pendapat rakan2 tentang satu unit yang akan dilelong di ampang. based on pemerhatian aku, tempat ni agak tersorok dan terletak di atas bukit. Spooky gak tempat tu. Guard kat situ siap cakap rumah tu dah 15 tahun tade orang duduk. fuyoo apa la agaknya yang tinggal dalam rumah tu ek? hehe..boleh panggil krew misteri nusantara buat dokumentari kat situ. Geng2 pmc pun tak pernah tau pasal apartment tu. So tak banyak feedback yang aku dapat.
2. apa nak buat dengan tanah kat bentong - tanah ni ayah aku punya. Masih lagi bayar kat bank tapi tanah ni tade hasil. So tanya la si juruukur kot2 die ada pendapat untuk membangunkan tanah ni. Sekurang2nya dapat hasil untuk cover installment bank. Juruukur suggest untuk bersihkan tanah cantik2, pastu buat pagar. Then contact jab pertanian negeri and cerita pasal tanah tu. Mengikut juruukur, pejabat pertanian boleh membantu dari segi pengurusan ladang/kebun (tanah tu tanah kebun dan ada pokok2 buah yang matang, memang dah ada hasil just tade orang g kutip n jual. So yang makan pun monyet2 la kot ). Aku baru tau pasal benda ni so mungkin ada harapan. Need to find time to see pejabat pertanian.
3. Jiwa kacau di tempat kerja - haa topik ni memang panjang la diborakkan. Aku menceritakan keadaan aku di tempat kerja sekrang. Aku tak minat nak buat kerja sekrang. Jiwa meronta2 untuk keluar dan buat keje sendiri. Seronoknya dapat susun jadual sendiri. Kita decide nak buat apa on that specific day. Boleh jumpa orang2 yang seronok kita jumpa. Sekrang ni aku kerja teknikal yang aku tak minat nak go further. Nasihat juruukur dan kayzen sama dengan apa yang telah aku bincang dengan adik2 aku. Plan properly apa nak buat bila dah quit, make sure ada cukup fund untuk cover 1 year punya family expenses and penuhkan quota loan untuk property (kalau dah quit, susah nak apply loan bank sebab tade fix income ).Sekrang memang tengah memenuhkan duit saving dan looking for oppoturnity utk tambah property. Basically on track la. Harap2 la aku boleh capai matlamat aku ni by 2010.
At the end of the TT, juruukur ajak main cashflow 101. Die ada board game tu. Aku pun berminat nak main walaupun dah khatam version pc die beratus kali. Rasanya tak sama kalau kita main dengan kawan2 sebab ada human interaction. Sekarang ni aku nak cari geng2 yang nak main pastu arrange main kat rumah aku. Boleh wat potluck sekali. sure best!
Kitorang blah dari tempat tu kol 145am. Agak lewat. Mata pun dah berat. Tapi memang this is among the best TT aku pernah join. Looking forward for the next session ..
2 comments:
wowowowo...ruginya tak dapat join..pokli pun lama dah tak sempat nak join mmg sibuk dgn active income....nanti kita jumpa lagi....:P....TT emas pulok
aloo bro.bru jer terbaca ur blog.interesting.byk jugk ilmu dpt, lebih2 lg pasal robert t kiyosaki tu..hehe..oke bro..keep in touch.kem salam kt wife..
azlyyna@gmail.com-
Post a Comment