Alkisah...
Pada satu hari, adalah seorang insan tu yang ternampak iklan iphone kat tv yang dikeluarkan oleh Maxis. Maka terjadilah sebuah dialog di antara Mr Nafsu dan Mr Akal.
Nafsu : Uish! Cantiknyer Iphone tu. Power gile graphic die. Kalau la aku dapat sebijik, sure best kan. Rasa cool giler. Boleh slide sana, boleh slide sini.
Akal : Ish! nak buat apa? handphone yang ada sekarang ni kan elok lagi.Dopod 838pro plak tu. Touch screen. Lebih kurang je macam iphone tu.
Nafsu : Ala..dopod tu dah lama. Dah hampir 3 tahun dah. Kadang2 keypad pon susah nak tekan.Iphone tu pon banyak oo function. Nak dengar lagu pon senang. Dload je kat itunes store.
Akal : Ala kau pon bukannye pakai sangat function2 dalam iphone tu. Setakat guna handphone untuk call dengan sms. Sekali sekala ada la guna calender tu skit. Dopod yang ada sekarang ni pun tak habis explore lagi sumer function die.
Nafsu : Ko ni kedekut la. Bukan tak mampu nak beli iphone tu. Baru rm2k plus je. Dah la harga die pon dah rendah. Ko kena treat urself. Dah penat menyimpan dan buat pelaburan, apa lah salahnyer sekali sekala belanja diri sendiri.
Akal : Aku bukan kedekut, tp being praktikal. Yang dopod ni pun ko dah beli mahal dulu. Tapi tak guna 100%. Kalau setakat guna untuk call ngan sms, handphone rm500 pun dah boleh pakai dah. Membazir je beli handphone baru. Pastu plak, dengan rm2k tu, baik ko guna untuk beli buku ke, bayar duit deposit rumah ke. Ada la jugak hasil. Kalau ko beli iphone tu, nanti harga die turun jugak. Lepas tu kuar plak model baru yang lagi canggih. Pastu nyesal. Nanti datang lagi keinginan nak tukar handphone baru lagi. Sampai bila la pusingan tu tak habis.
Nafsu : Cuba ko tengok kawan2 ko! Diorang sume pakai handphone canggih. Nanti orang cop ko kolot baru ko tau.
Akal : Biar la diorang nak kata apa pun. Aku ada matlamat aku sendiri. Selagi tak mencapai kebebasan kewangan, kita tak boleh sewenang2nye berbelanja tanpa fikir masak2. Perjalanan kita masih jauh. Selagi handphone ni boleh digunakan, selagi tu la tade keperluan untuk beli iphone tu.
Nafsu : Buring la aku cakap ngan ko ni. Asyik ko je menang. Huh!
(Dialog ini telah berterusan selama hampir 5 bulan dari hari insan tersebut melihat iklan iphone tu.Huhu...)
2 comments:
akal : kita kena upgrade, kadang-kadang kita kena hargai diri sendiri.. baru kita ada momentum untuk terus ke depan.. hu hu hu
Post a Comment