Aku rasa dah tiba masanya untuk aku tukar fokus. Sekarang ni market rumah lelong macam agak overheat. Dengan penyertaan yang sebegitu ramai, peluang untuk mendapatkan hartanah yang tergolong dalam gred pelaburan agak sukar. Maybe ramai yang bid tu nak duduk sendiri. So kalau kita lawan dengan orang yang memang berniat nak duduk rumah tu, sure la kalah sebab budget diorang sure tinggi. Kita takkan nak letak harga tinggi sebab kalau silap gaya, kita boleh rugi. Even kalau cashflow break even pun tak boleh sebab kadar interest loan sekarang sudah terlalu rendah. Kita tidak tahu bila ia akan naik balik. Cuma yang pasti ia akan naik jugak one day sebab dah hukum market. Mesti ada turun naik.
Buat masa ni, banyak benda yang bermain dalam fikiran untuk diversify source of income. Tak boleh mengharapkan income dari satu sumber sahaja. Macam sekarang ni, income utama aku adalah dari gaji. Memang kalau aku stop keje sekarang, aku boleh kata 90% dari income aku akan stop. Macam mana nak survive kan. Boleh tu memang la boleh tapi sakit la. Kalau aku sakit sorang aku rasa bole tahan lagi. Tapi bila fikirkan wifey dan baby ema, macam tak sanggup nak tengok diorang susah. So aku bertahan la dulu. Nak cepat2 convert active income jadi passive income. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Salah satu yang aku terasa sekarang ialah nak tukar hp baru. Tengok iklan nokia N97 dengan HTC Touch HD, terliur je rasa. Bukan tak mampu beli, tapi bila pikir2 balik, macam tak kuat reason nak beli tu. Kalau setakat nak call dan sms, hp yang aku pakai sekarang ni elok lagi. So memang la tak justify. Terpaksa la aku pendamkan nafsu nak beli hp baru yang membara2 tu. Huhu...
Back to the title, antara benda yang aku terpk nak wat sekarang selain dari hartanah:
1) Buat bisnes training profesional.
Bisnes ni dah lama aku pasang niat. Siap pergi training by PUNB. Konon nak belajar pasal buat bisnes plan. Bagus training yang aku pergi tu. Cuma sekarang ni aku taktau apa dah jadi. Macam sejuk kejap. Just lately aku nampak peluang untuk pursue balik niat aku ni. Next step, nak korek balik nota2 lama pasal buat bisnes plan, pastu buat bisnes plan elok2 untuk bisnes training ni,carik mentor untuk kasi guidance pastu terus buat.
2) Tolong wifey buat bisnes jual barang baby
Sekarang wifey memang dah mula menjual barang baby secara online. Alhamdulillah ada sambutan cuma belum buat secara besar2an. Modal kecik, so untung pun kecil la. Tapi ada prospek untuk dibesarkan. Looking forward nak join kedai PMC 2020 letak barang kat situ plak.
3) Emas/CPO etc
Yang ni pun macam menarik. Tak kira la nak invest atau jadi ejen jualan. Janji boleh dapat income. Sifu2 pun ramai. Cuma lack of knowlegde je sekarang ni. Once dah gain good knowledge, aku pun nak try mula buat.
4) Jadi ejen untuk FM Media
Yang ni dah lama aku buat. Hasil pun alhamdulillah. Cukup la nak buat modal beli 2-3 bijik rumah. Ada la a few time aku stop kejap sbb keje opis banyak. Tapi sekarang ni aku nak start balik. Aku kena agihkan time betul2 supaya keje opis tak diabaikan, income dari buat sales FM Media pun masyuk.
Setakat ni tu je yang aku boleh buat sekarang. Tak larat nak fikir banyak2, takut tak terbuat. Yang ada kat atas tu pun kadang2 tak terkejar.
Apa2 pun yang penting kita kena rajin tingkatkan pendapatan kita. Jangan harap kan gaji utama kita je pastu rasa cukup. Sayang masa tu kalau terbiar. Habis je keje kol 5, terus balik rumah melepak. Tengok Tv pastu tido. Pastu esok pergi keje balik. Banyak aku lihat senario macam tu. Kesian pun ada jugak dengan diorang ni. Tapi nak buat macam mana, aku hanya mampu kasi nasihat. Kalau tanak tolong diri sendiri, aku pun takleh nak buat apa la. Sekurang2nya aku dah menjalankan tanggungjawab nasihat sesama kita.
5 comments:
Bestnya.. dapat balik kerja pukul 5.. bertuahnya..
diversiti hasillah nampaknya nanti ye.
kalau jadi bos sendiri, nak balik kol bape pon boleh. Suka hati je. Ada satu buku yg best " great by 24" . recommeded! citer pasal budak muda yang ada bisnes sendiri dan dah mengecapi tahap sukses.
Malaysian tulis ke?
haah.malaysian yang tulis. chinese guy. die buat company translation
Post a Comment