Aku ada satu nasihat di sini. Chewahh ada hati tu nak kasi nasihat padahal diri sendiri pun tak pawe lagi hehe. tape la ilmu yang baik patut dikongsi kan..
So topik kali ni ialah pasal mencabar diri. Bila kita biasa membuat sesuatu perkara yang rutin, kita akan rasa selesa dengan perkara tersebut kerana kita sudah mahir melakukannya. Segalanya berada dalam genggaman la orang kata. Masalah timbul macam mana pun, kita yakin boleh selesaikan. Tapi dalam jangkamasa panjang, kita akan rugi. Sebab kita tidak akan belajar benda baru kerana untuk belajar benda baru, kita perlu menyelesaikan masalah2 yang baru. Kalau setakat masalah2 biasa, tade la ilmu baru yang kita boleh dapat.
Aku suka nak guna contoh property investment. Biasa nya kalau baru nak bermula, kita digalakkan untuk membeli rumah low cost. Rumah low cost ni modal die kurang so mudah kita nak kumpul duit and buat pelaburan. Lepas tu kalau dikatakan tidak berjaya, kerugian kita pun tade la tinggi sangat. Masih boleh dicover lagi dan tidak la tergolek tak bangun2. Akan tetapi, kalau hanya melabur dengan rumah low cost, ( sampai 20 bijik rumah lowcost) , kita tidak rasa thrill lagi dah. Dari segi emosi, kita dah stabil. Dah hilang perasaan cuak. Lepas tu dah tade apa nak belajar lagi dah sebab segala masalah rumah low cost kita bole setel dengan mudah. Bila dah sampai tahap macam tu, dah tiba masanya untuk kita upgrade pelaburan kita. Mungkin kita boleh start melabur rumah apartment/condo plak! Haa masa tu baru la gelabah balik, sebab jumlah duit yang dilaburkan lebih banyak dari biasa. Memang kita akan berhati2 sebab kalau rugi duit tu, memang terjejas jugak la emosi. Lepas tu masalah apartment / kondo ni pun lain dari low cost. So di situ kita akan memperolehi ilmu dan pengalaman yang baru. Dari segi tu, kita telah menjadi individu yang lebih wise dari sebelumnya. Kan elok tu..
Senang citer, untuk property investment ni, aku dah decide laluan aku dah. Lebih kurang macam ni :
low cost --> apartment --> kondo --> komersial -- > tanah (haa yang ni sifu juruukur dah ada. Modal je tade lagi hehe )
Perjalanan aku masih jauh. Masih bertatih dengan low cost. Baru nak merangkak dengan apartment plak. Tengah menggelabah la nie hehe
No comments:
Post a Comment