Saturday, July 25, 2009

Pinjaman Perkahwinan? Saya Mesti Pilih! :)

Semalam semasa membaca harian metro, aku terjumpa satu artikel dalam ruangan bisnes yang agak menarik perhatian. Bank Rakyat bercadang untuk memperkenalkan satu produk baru iaitu pinjaman perkahwinan. Ianya merupakan jenis pinjaman pertama diperkenalkan oleh Bank Rakyat. Kira tade lagi bank lain yang buat pinjaman perkahwinan. Biasanya, orang akan memohon pinjaman peribadi untuk tujuan berkahwin. Dari apa yang aku baca, pinjaman perkahwinan ni lebih kurang juga dengan pinjaman peribadi. Cuma nama je yang berbeza. Tak kisah la pasal nama tu, yang menjadi isu ialah tujuan pinjaman tersebut.

Aku taktau la nak rasa macam mana bila terbaca artikel tu. Nak tergelak pun ada, nak marah pun ada, nak setuju pun ada jugak. Nak kahwin pun kena buat pinjaman?! Kalau ikut hukum agama, cuma wajib sediakan mas kawin sahaja. Tade la mahal mana pun, paling tinggi aku dengar pun baru rm500. Macam negeri selangor, baru rm80 je. Takkan tu pun nak kena buat pinjaman kan? Itu la masalahnye sekarang. Bila yang wajib tak dipeduli, yang sampingan di ambil berat. Sekarang ni kalau nak kawin, kalau tade simpanan dalam rm30k, susah la jadinya. Banyak oo belanja kawin, dengan hantaran die lagi, baju persalinan lagi, kenduri kendara lagi, dewan lagi. Tu belum kira dengan andaman, bunga2 segar, pelamin besar kedabak, macam2 lagi la tuntutan2 adat/orang sekeliling. Kadang2 tu bukan pengantin tu nak sangat buat besar2an, biasanya sedara mara la yang banyak mulut. Nak kena ada itu la , nak kena ada ini la. Yang paling biasa kita dengar, “ ala kawin ni sekali je seumur hidup, apa salah nye berbelanja SIKIT” . SIKIT ke jadah nye!!

Mari kita mengira sedikit. Katakan la kita amik pinjaman sebanyak rm30k, interest 8% setahun dan kita ikat selama 10 tahun. Bulanan kita perlu bayar adalah sebanyak rm450! Kalau individu tu bergaji dalam rm2000, dah hampir ¼ dari gaji habis untuk melangsaikan hutang kawin yang hanya sehari tu. Disebabkan majlis sehari, kena tanggung hutang 10 tahun. Logik ke?! Silap gaya, anak dah 3-4 orang, hutang tak habis bayar. Tup2 bercerai la plak. Dah la bercerai, hutang kawin plak tak habis bayar. Waduh2…

Biasanya orang yang akan ambil hutang ni, orang yang berpendapatan kecil atau sederhana. Memang susah nak menyimpan. Budak2 muda yang baru keje la biasanya. Kalau orang kaya, tade la nak amik hutang, die kawin cash je. Hehe. Dalam kes ni sapa yang untung?! Bank la yang untung. Die pandai ambil peluang. Die nampak pinjaman kahwin ni banyak permintaan. So die kasi offer. Sure ramai yang berminat nak amik. Lepas kahwin, diri sendiri la yang tanggung seksa. Kalau dah ¼ gaji habis bayar hutang kawin, mana pulak nak cekau duit nak bayar rumah, bayar kereta, makan , bil etc? Bila dah terdesak, swipe plak kredit card atau buat lagi hutang peribadi yang baru. Sampai mati la hidup berhutang. Mau ke kita hidup macam tu?

From other perspective plak, aku takleh nak kondem tindakan bank rakyat ni.Dengan adanya kemudahan ni, lebih ramai golongan muda akan kawin awal.. Bagus juga Bank Rakyat buat produk ni, sekurang2nya mengurangkan gejala sosial. Tade la kes buang anak banyak sangat sebab dah ada peluang untuk orang kawin awal.

Cuma pendapat aku, dengan menggalakkan orang kawin dengan menggunakan hutang, ianya hanya menjadi penyelesaian jangka pendek. Walaupun gejala sosial berkurangan, tapi masalah masyarakat yang hidup berhutang akan bertambah. Itu pun satu masalah sosial juga. Apa yang perlu kita buat ialah untuk bagi pendidikan kewangan kepada golongan muda. Contoh paling senang, buat la perancangan. Kalau dah tahu nak kawin tu, mula la belajar menyimpan, cari kerja tambahan, pandai buat budget, belajar kawal nafsu etc etc. Bila dah ada ilmu, iallah kehidupan selepas kawin pun akan sejahtera. Lepas tu plak, pada sedara mara dan juga ibu bapa, jangan la diletakkan syarat2 yang begitu tinggi. Fahami la keadaan anak2 anda yang nak kawin tu. Kalau duit ada setakat rm10k, buat la kenduri nilai rm10k. Jangan la buat kenduri bernilai rm50k. Mati la budak tu nak carik duit. So jalan pintas, buat la pinjaman. Pastu masalah lain plak timbul.

Nasihat aku pada sesiapa yang nak kawin tu, buat la setakat yang termampu. Jangan ikut nafsu atau kata2 orang. Kalau korang jumpa sesiapa cakap (mungkin sedara mara atau ibu bapa) “ ala kalau tade duit nak buat kenduri, pergi la bank rakyat buat pinjaman”, ko balas je “ saya boleh je nak wat pinjaman, 10 tahun pun takpe, tapi kita sama2 bayar ye lepas tu..” siap dengan senyum kambing. Pastu tengok diorang nak reply cemana plak. Huhu..

4 comments:

SAIFUL said...

di Oman tempat aku keje ..pakej loan utk perkahwinan memang semua bank ada sediakan..mula2 dulu heran juga..tapi bila tanya kalau nak kahwin minima kena sediakan RM50K..tu utk hantar belanja..tak termasuk kos lain...tu la elok ye majlis kahwin ni buat mana yg mampu je..dulu pernah jadi penjamin member buat PL dgn B.Rakyat utk kos kahwin lepas berapa thn b.rakyat kejar aku..sebab member tak byr...ada baik ada buruk pakej ni..

mdizone said...

Dalam Islam, perkahwinan amat2 digalakkan. Untuk mengelakkan maksiat. Budaya masyarakat kita yang buat keadaan jadi susah. So nak salahkan sapa? Bank atau masyarakat?

Tu pasal kita kena bersederhana. Jangan melampau2 buat majlis. Ikut mana yang mampu. Keyword die 'mampu'. Kalau memang dah ada budget rm30k untuk kawin hasil usaha menyimpan dari awal dan ianya tidak menggunakan simpanan emergency, memang tade masalah. Tapi kalau saving pun tade, pastu nak kawin perabih rm50k,haa tanggung la seksa die nanti.

Grizzly snowy panda bear said...

ni untuk kahwin yg pertama kali ke?
ke dia ada tier dia jugak untuk kali kedua dan seterusnya?hee

ieqhwan said...

Dengan hanya 3.99% sahaja setahun. Maximum loan sehingga 200K.

Tidak perlu penjamin.

Berlandaskan Syariah.

Bayaran balik melalui biro angkasa

Keutamaan untuk overlap hutang lama. Untuk loan kahwin, ada pakej lain.

Mendapat perlindungan takaful.

Berminat, Sila SMS Nama Anda, No. I/C, jumlah pinjaman, Gaji, Dan Nama Syarikat Anda Bekerja ke 0136782460 (Ikhwan)

Perhatian!!!!..PROMOSI INI AKAN TAMAT BILA-BILA MASA