Memandangkan aku tak jadi g krabi yang sepatutnya memakan masa 5 hari, secara tiba2 aku ada extra time selama 5 hari untuk di isi dengan perkara lain. Nak holiday pun tak dapat so terpaksa la kita fikirkan benda lain yang boleh dibuat. Takkan nak dok rumah goyang kaki je kan. Keje opis sori la aku nak fikir, aku tgh mood holiday. Paling minima pun aku akan tumpu pada aktiviti yang menguntungkan aku sahaja aka mind my own business. Memang kalau orang opis call aku tanak angkat la. Sori la geng, time cuti aku takleh nak pk keje.
So selama 5 hari ni memang banyak benda aku dah buat. Since start decide untuk tak jadi pergi krabi, aku dah immediately plan apa nak buat. Siap list down lagi.
1. Aku terus browse internet tgk2 rumah lelong mana yang best2 untuk bulan july ni. Ada la jugak beberapa unit yang menarik tapi tak seganas bulan jun lepas. Bersepah2 unit best sampai taktau nak pilih yang mana. Malangnya satu pun tak lekat, orang bid gile2 melampau. So harap bulan july ni ada la rezeki untuk aku plak. Antara rumah yang aku usha ada kat area ampang dan sentul. Rumah ampang tu sampai dua kali aku pergi jenguk. First time pergi aku bawak wifey and ema sahaja. Then bila ada masa lagi, aku usha lagi kali kedua but this time aku ajak faris dan pie for some profesional opinion. Tak cukup lagi, aku siap bawak in law untuk mintak pendapat diorang jugak . But rasanya mungkin aku akan pass untuk unit ampang ni sebab macam banyak duit nak guna sblm unit tersebut sedia untuk menjana duit untuk aku.
2. Jumaat lepas plak sempat ajak in law tgk2 resort dekat port dickson. Sekarang ni area port dickson sudah menjadi hot area untuk pelaburan. Rasanya blog pie memainkan peranan penting terutamanya untuk resort Tiara Beach Resort. Kalau 5 bulan lepas, boleh dikatakan tade sapa nak invest kat situ. Sekarang ni harga rm120k pun ada orang sambar jugak. Dah MV dah tu. Antara unit yang kitorang survey kat situ ialah laguna resort, ocean view dan sri bulan. Memang setakat ni tade resort yang lagi best dari TBR la terutamanya part maintanence. Memang TBR lebih terjaga.
3. Hari ni plak aku nak submit application untuk OD. Nak tambah OD aku yang ada sekrang. Senang prepare awal2. Kalau ada peluang yang datang tiba2, senang nak sambar. OD aku sekarang tade la banyak mana pun. Seciput je kalau nak dibandingkan dengan otai2 lain seperti Pie, faris ngan juruukur. Harap2 tade masalah untuk apply OD ni sebab current account dah ada. Once dah approve, patut duit tu boleh terus dimasukkan dalam current account aku.
Basically 5 hari ni memang aku utilise la dan tak rasa sangat terkilan bila tak jadi g krabi. Aku berjaya cover dengan benda2 lain. Kalau aku decide untuk melepak sahaja kat rumah, sure hari terakhir aku cuti ni aku akan rasa menyesal tak ingat. So pesanan aku pada rakan2, bila2 ada masa terluang, gunakan lah sebaiknya. Paling busuk pun baca la buku2 yang boleh meningkatkan ilmu kita. Pada sesiapa plak yang masih tengah makan gaji, keje keras sampai tak bercuti, apa kata take a pause sebentar, nilai kehidupan anda. Di mana anda sekarang dan kemana hendak pergi. Pastu kalau anda terlalu sibuk, cuba fikir anda sibuk tu untuk sapa? diri anda atau tokey company anda. Renung2kan la...
ps: aku tak kata kita kena jadi malas kat tempat keje, kita dibayar untuk bekerja so kita patut buat keje sebaik mungkin. Jadi pekerja yang cemerlang. Tapi bukan sampai kita keje separuh mati macam jadi kuli. Sampaikan weekend pun kita masih spend time kita untuk orang.
No comments:
Post a Comment