Wednesday, July 8, 2009

Thinking like an entreprenuer

Pada masa sekarang ni (aku rasa korang sure perasan jugak kan? kalau korang kaki lelong la) , ramai betul orang berpusu2 masuk acara lelongan hartanah. Terutamanya untuk unit2 yang berharga bawah rm100k. Macam kes unit penara hari tu. Sampai 40 orang bidder! Giler ramai.Dah tade rumah lain ke nak bid? tu pun orang bid sampai market value.

Aku cakap kalau macam ni takleh jadi ni. Kena fikirkan strategi baru. Satu strategi yang aku terfikir sekarang ni ialah untuk cari hartanah yang berharga rm100k ke atas. Dengan strategi ni, aku akan mengurangkan persaingan sebab rasanya tak ramai yang berminat nak masuk bidding hartanah rm100k ke atas.Antara sebabnya ialah kos yang tinggi (deposit tinggi, legal fees tinggi, maintanence tinggi etc). Tapi aku pun ada masalah juga. Modal aku pun bukannye besar sangat. So risiko tinggi untuk aku kalau nak main property2 mahal ni. Aku dah tanya dengan bank. Dari segi loan, kapasiti aku masih besar lagi. So kat situ dah selesai satu masalah. Kalau ikutkan senang, aku akan kekal main property2 murah sahaja. Risiko rendah dan aku akan rasa selesa.Tapi aku tidak akan belajar apa2 lagi sebab aku tahu prosedur beli rumah murah2.Dah sampai masanya untuk aku upgrade ilmu aku.

Untuk mengatasi masalah modal ni, aku perlu berfikir sebagai seorang usahawan. Dan sebagai usahawan, satu kriteria yang penting ialah to raise capital. Dapatkan modal dari sumber luar. Buat masa ini, aku hanya terfikirkan sedara mara je. Alkisah, ada sedara aku yang boleh dikatakan sebagai jutawan senyap. Memang tak bising2 pun tapi some how die citer kat aku kisah die untuk dijadikan pengajaran. Maybe sebab die rasa mentaliti aku sama macam dia kot. Dan at the end of the day, die ada masalah juga. Masalah terlalu banyak duit. Taktau nak letak kat mana. Haa kan peluang tu. Aku boleh datang kat die dengan satu proposal. Aku nak propose buat joint venture di mana sedara aku tu akan bekalkan modal dan aku akan uruskan hal2 berkaitan property. Die berminat nak buat pelaburan hartanah di kl (die kat johor) tapi tade kepakaran dan tak memahami keadaan hartanah kat kl. Selain dari tu, nak apply loan bank pun susah sebab dah berumur. Aku plak tade modal yang mencukupi tapi ada la skit2 ilmu hartanah kat kl ni. Loan pun aku bole apply iallah tade masalah.

This weeken aku akan balik jumpa sedara mara aku kat johor. Ada kenduri tahlil. So kat situ nanti aku akan usulkan cadangan ni. Kalau sedara aku tu berminat, aku akan JV dengan die. Die keluarkan modal semua, aku bekalkan kepakaran dan masa. Profit bahagi 50-50 lepas ditolak segala perbelanjaan. But still to negotiation la.

Hehe excited ni. Tak sabar nak balik kampung. :)

4 comments:

HAFIZAL AHLAN said...

wowowwo.. syoknya.. pasni main tanah lak la.. dah ada funder tuu.. ha ha ha

INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR

mdizone said...

haa menarik gak idea tu. Sedara aku tu pun beli jual tanah gak tapi area johor la. area kl die tak tau. Nanti bole pk bisnes sama2.bila mau main cashflow nie?

Rohaniah Noor said...

kalau modal semua dia, then profit 50-50 saya rasa tinggi dan unfair. kalau konsep mudharabah, biasanya pengusaha cuma amik 30, pengeluar modal 70.
unless modal pun u ada keluarkan juga.. to balance back.
just my 2 cents

mdizone said...

thanks for the feedback rohaniah. Betul jugak tu. tu yg kata terpulang pada budi bicara.

Tapi untuk kes hartanah, loan atas nama saya.so in term of liabiliti, liabiliti saya lebih tinggi dari pemberi modal. Pemberi modal mungkin melabur dalam 20% dari harga hartanah tersebut (deposit,tunggakan, legal dan renovation etc). So kalau apa2 jadi pun, hanya rugi capital. Tapi saya pula terpaksa menanggung loan sebanyak 90% dari harga property which doesnt go easily in case something bad happen. Saya boleh di declare bankrupt. So liabiliti saya lebih tinggi walaupun saya tak keluarkan modal.

So cemana? 50-50 masih tinggi ke? saya mengalu2kan sebarang pendapat. :)