Wednesday, July 15, 2009

Cone of Learning

Kali ni aku nak bercerita pasal teknik kita belajar. Tak kisah la belajar pasal apa pun. Kalau tak kena gaya, memang susah nak terima ilmu yang dipelajari tu.



Sapa pernah tengok gambar di di atas? Pada sapa2 yang tak pernah, diagram tu menunjukkan satu kajian terhadap manusia tentang kuantiti ilmu yang diperolehi mengikut cara pembelajaran yang dilakukan. Dalam diagram tu, teknik belajar di bahagi kepada dua bahagian iaitu pasif dan aktif. Selepas 2 minggu, kuantiti ilmu yang kita ingat bergantung dengan cara mana kita belajar. Kalau hanya belajar dengan cara membaca, menulis dan melihat, kita hanya mampu mengingat sehingga 30% sahaja selepas 2 minggu. Malangnya, cara ini yang paling digunapakai dalam sistem pendidikan kita kat malaysia ni. Tu yang malang tu. Kalau tak caya, cuba tanya pelajar2 kita dari yang kecik hingga lah pelajar universiti. Lepas exam, berapa banyak yang dia ingat lagi. Aku sendiri pun dah tak ingat apa yang aku belajar kat Uni dulu hehe. Pada aku tu salah satu kepincangan dalam sistem pendidikan kita yang hanya exam oriented. Kesian pada budak2 SPM yang struggle nak belajar berpuluh2 subjek. Untuk apa pun aku taktau la. Time masuk alam pekerjaan nanti baru la die tau penangan realiti.


Lain plak halnye kalau belajar secara aktif iaitu dengan membuat praktikal. Aku memang tade contoh lain la, mesti nak kait dengan hartanah punya :) . Kalau dah berpuluh buku property kita baca, dah pergi seminar sana sini, tapi kalau tak mula membeli hartanah, sampai bila pun kita susah nak ingat apa yang kita belajar dalam buku dan seminar tu. Nak tanak, kita mesti mulakan langkah pertama. Seeloknya, mula dengan hartanah paling murah. Biasa nya low cost la . Dari situ baru kita dapat belajar selok belok pelaburan hartanah ni. Perasaan gemuruh nak mengeluarkan duit deposit, kelecehan naik turun bank dan pejabat lawyer nak kasi setel semua urusan, kerenah PBT dan geng2 seangkatan dengan nya yang kadang2 buat kita sakit jiwa. Tu sume kita takkan rasa dengan hanya membaca dan mendengar seminar. Aku sendiri pun, lepas 4 tahun dok membaca buku pasal hartanah, baca forum, ber TT etc, baru lah dapat peluang untuk memulakan pelaburan hartanah aku iatu satu unit aparment sederhana rendah kat pantai dalam. Masa tu la baru bermulanya titik tolak perjalanan aku dalam bidang pelaburan hartanah ni. Bayangkan la, 4 tahun dok membaca je to beb! Ingatkan dah tere dah, rupanya bila mula buat secara real, baru kita tau betapa ceteknya ilmu kita ni.


So pada sapa2 yang diluar tu yang berminat nak buat pelaburan hartanah, berani2 kan lah diri untuk memulakan langkah. Tapi dengan syarat kenalah belajar dulu teori sebanyak mana yang termampu. Jangan plak main terjah je kang silap gaya tergolek plak terus tak bangun2. Pastu kutuk2 kata pelaburan hartanah ni risky la, tade untung la etc2. Lagi satu cara bagus nak belajar tentang ilmu kewangan, pergi main board cashflow. Kat situ pun kita boleh belajar dengan berkesan. Kalau taktau mana nak dapatkan game tu, sila2 rujuk blog en juruukur kita. Die ada bole kasi pinjam (ehem ehem..kena sewa. silap lak )


PS: En juru ukur, ini macam boleh kira iklan ka? kalau ada customer, sini komisen juga kasi sikit la. :D

1 comment:

HAFIZAL AHLAN said...

boss.. bole.. no problem.. hu hu hu..