Monday, July 6, 2009

Promo skitt...

Sekarang ni aku tengah berusaha untuk increase kan income aku (Financial IQ #1 : Make more money ). Selain dari income dari gaji, aku tengah belajar untuk buat sales. Bagus sebenarnya kita belajar buat sales ni sebab dalam apa2 bisnes, kita perlukan kemahiran sales untuk menjual produk atau perkhidmatan kita.

Alkisah , seorang rakan lama aku bukak satu company multimedia yang concentrate on multimedia design. Nama company : FM Media Sdn Bhd .Dah 5 tahun kat market. Main customer majoriti datang dari kerajaan dan sekarang mula beralih ke sektor swasta. Die offer aku untuk buat promotion untuk syarikat die memandangkan kerja aku sekarang banyak deal dengan pegawai kerajaan. Aku kata 'why not?' Bukan rugi apa pun. Modal air liur je dan networking yang ada.
Basically main services yang dioffer adalah seperti berikut :

1) Video & Motion graphic (corporate video, special effect, flash etc)

2) 3D visualization (buat video 3D)

3) Interactive design (website, interactive cd, Digital profile)

4) Graphic design (branding, corporate profile, phamplet, brouchure)

5) Interior design

Antara artwork2 yang telah dihasilkan :


Projek phamplet MAMPU (JPM)



Projek phamplet Pejabat Kesihatan Daerah Petaling (kempen susu ibu)




Projek produk RHB Islamic (Az-zahra)




Ada banyak lagi projek lain sebenarnya tapi kalau aku nak letak semua gambar dalam post ni, jenuh la. Aku pun bukan reti sangat nak letak2 gambar dalam blog ni. Baru je nak belajar :D.

Untuk sampel video, korang pernah tengok tak iklan TM Syoknya Bola? Sekarang ni ada lagi dimainkan dekat tv. Haa video tu Fm media la yang buat.

Aku memang nak letak sampel video yang ada, tapi file besar2. Nanti aku kasi compress dulu. Pastu aku letak dalam post ni.

Kalau ada di antara korang yang ada kawan2 yang memerlukan khidmat multimedia design, boleh la contact aku untuk demo session.Tak pun kalau ada sesapa yang ada kenalan2 dalam gomen yang nak memerlukan khidmat multimedia, pun boleh calling2 aku. Komisen kita boleh cerita. Tade hal punya :) Sama2 kita tingkatkan pendapatan kita pastu bole rempit buat investment. :)

3 comments:

Rohaniah Noor said...

video tu letak kat facebook je.. then import ke sini.
mcm blog anwar ibrahim tu.. hehe

Rohaniah Noor said...

silap. bukan facebook tp youtube..

mdizone said...

thanks for the advice. Actually nak kena compress dulu file video tu. baru boleh post kat youtube.