Tuesday, July 28, 2009

Makin besar periuk, makin besar kerak

Aku dalam dilemma ni...

Pada mulanya, aku tak berapa setuju dengan pepatah tu. Masa time bujang, aku dah terdedah dengan perancangan kewangan peribadi. So bila ada orang cakap macam tu, aku tend to disagree sebab aku ingat, kita yang bertanggungjawab dengan apa yang kita belanjakan. Tak kira la besar atau kecik mana pun pendapatan kita, kita boleh kawal perbelanjaan kita. Tak bermakna dengan peningkatan pendapatan, kita terpaksa berbelanja dengan lebih banyak.

Tapi sekarang ni aku mula terpikir balik tentang pepatah tu. Terutamanya lepas dah kawin, pastu ada plak baby. Pada masa ni, pendapatan aku boleh dikatakan telah bertambah berbanding semasa aku bujang. Dalam masa yang sama, aku sudah mula terasa betapa susahnya nak buat budget kewangan keluarga. Kalau masa bujang dulu, aku senang nak kawal sebab sekadar jaga perbelanjaan sendiri. Lepas kawin, banyak rupanya perbelanjaan2 yang aku tak terfikir. Tak mudah untuk aku buat budget. Lepas buat budget, nak ikut budget tu betul2 lagi la susah. Banyak sungguh tuntutan perbelanjaan yang aku tak boleh nak kata tidak.At the end, aku tak terasa mewah pun dengan pendapatan yang lebih besar. Macam tade beza.

Dalam buku Robert T Kiyosaki, die ada mention perkataan ' doodads' yang bermaksud perbelanjaan2 yang tidak mendatangkan pulangan kepada kita. Selalunya, aku fikir doodads ni macam membeli barang2 yang kita tidak berapa perlu macam kereta baru dan modify2 kereta, beli gadget2 elektronik, beli kasut berpasang2 etc.Lebih kurang membeli benda2 yang hanya memuaskan hati kita sahaja. Rupanya, konsep doodads tu lebih luas pengertian die. Contoh yang aku sendiri alami, perbelanjaan2 yang tersorok seperti selalu makan luar. Aku dan family memang bukan jenis yang suka membeli barang2 tapi kitorang suka berbelanja untuk makanan. Kalau ada makanan yang kami terasa nak makan, memang aku tak berkira. Selain dari tu, kenduri kendara pun menuntut aku untuk berbelanja. Kalau dah nama kenduri, takkan kita tak contribute kan? Selain tu, banyak gak hidden cost yang kita boleh terlepas pandang.Sebagai contoh,bila balik kampung, mesti la kena guna duit minyak n tol etc. Sumer benda nak kena guna duit. Dalam kes aku ni, mana ada benda2 yang aku beli. Tak terasa mewah pun. Sumer pun biasa2 je. Perabot rumah pun tak beli2 lagi padahal dah duduk rumah sendiri hampir setahun :P . Tapi duit macam cukup2 makan je.

Asas perancangan kewangan peribadi, kita kena make sure kita follow formula ni :

Pendapatan - Simpanan = Perbelanjaan

Selagi kita boleh ikut formula di atas, insyaAllah kewangan kita akan stabil dan kukuh. Nampak macam senang nak buat, rupanya struggle jugak. Bukan senang nak mengekalkan tabiat menyimpan dengan tuntutan2 perbelanjaan keluarga yang mendesak. Tak ramai orang luar yang memahami matlamat kewangan kita. Kalau silap gaya, orang akan cop kita kedekut. Tak syok la plak kan.

So jalan keluar yang aku nampak sekarang ni, nak tanak, kena la bekerja keras untuk terus menambahkan pendapatan sampingan disamping terus cuba mendisiplinkan diri untuk mengikut budget yang telah dibuat.

1 comment:

Anonymous said...

waaaa.....salute....salute...