Tuesday, July 14, 2009

Kisah lecturer aku...

Minggu ni aku kena pegi training 'introduction to Cisco Router configuration' kat Kompleks Antarabangsa, Jalan Sultan Ismail KL. Dari isnin sampai jumaat. Best ooo. Pergi training free. Company sponsor. Rasanya mahal jugak course tu sebab biasanya course2 teknikal ni mahal2. Kalau course2 self help macam motivasi etc biasanya murah sikit.

Actually aku nak cerita kisah lecturer aku ni. Dia ni chinese.Semalam lepas habis training, kitorang pekena teh kat kedai bawah. Ada satu part tu, aku tanya die, berapa die dapat untuk kasi training ni. Dia kata rm800 per day. So kalau 5 hari, dah rm4000!! Kalau sebulan dia buat training 10 hari, purata dah dapat rm8000. Lebih dari gaji manager tu! Keje 2 minggu je sebulan. Masyuk2. Aku tanya umur die. Baru 31 tahun. Aisey, tua 2 tahun je dari aku tapi income dah boleh cecah rm10k sebulan. Memang die kata kalau jadi freelance trainer nie, kalau tak cecah rm10k sebulan, baik takyah jadi trainer. Nampak sangat jadi trainer nie very lucrative. Tapi syarat kena expert la dalam field yang nak diajar tu. Kalau tak expert, nanti kena *tiau*dengan anak murid sendiri.

Sejarah die pulak macam nie. Awal2 dulu, die ni keje sebagai junior technician dekat lowyat. Then after a while, die dapat offer macam2 training dekat lowyat, dinaikkan pangkat jd senior technician. Kalau dah keje lowyat tu, memang konpem la terer pasal komputer2 ni. Then infomatic amik die jadi lecturer sebab die ada degree. Part yang best kat informatic ni la. Die kata informatic ni kedekut. Gaji die masa awal2 keje hanya dapat rm1800 je. Degree tu. Lepas 3 tahun, baru la merasa rm2250. Memandangkan gaji yang kecil , die pun buat la OT banyak2. Biasanya, lecturer diperuntukkan hanya 18 jam seminggu untuk bagi lecture. Masa2 yang lain tu digunakan untuk buat research etc. Tapi die pergi hentam sampai 40 jam bagi lecture. Claim die je dah mencecah rm6k sebulan. So pihak finance pon query la. Dari situ die dah geram dengan informatic. Tak lama pastu, die apply fund utk beli model Cisco router yang baru untuk buat research. Tak banyak pun dalam rm3k je kalau tak silap. Tu pun tak lulus. finance department kata tade budget. Apa daa..so si lecturer ni memang tak putus asa, die pun pergi ke singapore beli sendiri router tu guna duit die sendiri. Pastu die study sorang2 .Bila dah tere, die pun bagi lecture guna real router. So anak murid die pun ramai la kagum sampai ke pengetahuan top management informatic. Top management tanya mana die dapat router tu. Die dengan selamba je cakap kat malaysia tada jual. Kalau mau, sewa dari die. So Informatic pun sewa la cisco router tu dengan kadar rm7k sebulan siap buat agreement. Yang lucunye, masa die nak tuntut sewa router tu dekat finance, si finance ni bising2 cakap mana boleh ada syarikat sendiri kasi sewa pada informatic. Die dengan selamba suruh rujuk dengna naib presiden.Naib presiden siap backup die lagi. Memang puas hati sungguh la. Padahal awal2 die mintak budget rm3k finance tak bagi. Sekarang dengna modal 3k, die dapat sewa rm7k sebulan. Bape banyak return on investment tu? Property pun kalah macam tu hehe.

Sekarang nie die memang dah fulltime freelance. Die kata keje sendiri lagi untung. Dah la ada kebebasan. Memang banyak pengajaran betul la dari cerita die. Salah satu nye jangan putus asa. Kalau kita rasa apa yang kita buat tu betul, biar la orang lain nak kata apa pun. Yang penting kita buat sungguh2. Selain tu, kalau rasa kita punya keje tak dihargai oleh syarikat kita bekerja, cepat2 la improve diri dari segi ilmu dan kewangan, then bersedia untuk bergerak sendiri. Takkan sampai bila2 nak dibuli kan? Kita tahu nilai diri kita macam mana. Kalau rasa apa yang kita dapat tu tak setimpal, mungkin dah tiba masanya untuk kita cari alternatif lain. Hidup kita ni sekali je. Kalau kita berterusan buat benda yang kita tak suka dalam hidup, then why live?

2 comments:

HAFIZAL AHLAN said...

ezone.. bijak mamat nii ekk.. modal 3K.. sewa 7K sebulan.. wowowow kayo kayo

mdizone said...

nama pun chinese. Diorang ni memang tere bab2 cari duit ni.Sekarang ni die lagi pawe. Beli router2 2nd hand dari luar negara, pastu refurbish dan jual balik kat sini. Main kontena tu!