Aku nak berehat sekejap la dari dunia lelongan hartanah. Maybe dalam seminggu dua.
Dalam bulan 7 sahaja, aku mengalami kekalahan sebanyak 8 kali berturut2. Orang puteh kata losing streak. Mental down jugak ni. Penat naik turun bank buat bank draft.
Mungkin ada eloknya aku berehat dahulu sebab dikhuatiri aku akan hilang kewarasan kalau terus menerus masuk lelongan. Takut nanti hilang objektif. Aku masuk auction sebab nk buat duit bukan sebab nak menang angkat paddle. Kalau berterusan masuk lelong, nanti boleh tersilap langkah. Bahaya sebab bidang hartanah ni, kalau tersilap sekali je, nak recover balik boleh makan bertahun.
By the way, awal2 bulan pun belum banyak hartanah best yang keluar. Banyak yang kena peram dengan auctioneers. Kita tunggu hujung bulan 8 ni plak. Kalau ada yang menarik, aku akan join lelong balik.
No comments:
Post a Comment