Tuesday, July 28, 2009

Akal Vs Nafsu

Alkisah...

Pada satu hari, adalah seorang insan tu yang ternampak iklan iphone kat tv yang dikeluarkan oleh Maxis. Maka terjadilah sebuah dialog di antara Mr Nafsu dan Mr Akal.

Nafsu : Uish! Cantiknyer Iphone tu. Power gile graphic die. Kalau la aku dapat sebijik, sure best kan. Rasa cool giler. Boleh slide sana, boleh slide sini.

Akal : Ish! nak buat apa? handphone yang ada sekarang ni kan elok lagi.Dopod 838pro plak tu. Touch screen. Lebih kurang je macam iphone tu.

Nafsu : Ala..dopod tu dah lama. Dah hampir 3 tahun dah. Kadang2 keypad pon susah nak tekan.Iphone tu pon banyak oo function. Nak dengar lagu pon senang. Dload je kat itunes store.

Akal : Ala kau pon bukannye pakai sangat function2 dalam iphone tu. Setakat guna handphone untuk call dengan sms. Sekali sekala ada la guna calender tu skit. Dopod yang ada sekarang ni pun tak habis explore lagi sumer function die.

Nafsu : Ko ni kedekut la. Bukan tak mampu nak beli iphone tu. Baru rm2k plus je. Dah la harga die pon dah rendah. Ko kena treat urself. Dah penat menyimpan dan buat pelaburan, apa lah salahnyer sekali sekala belanja diri sendiri.

Akal : Aku bukan kedekut, tp being praktikal. Yang dopod ni pun ko dah beli mahal dulu. Tapi tak guna 100%. Kalau setakat guna untuk call ngan sms, handphone rm500 pun dah boleh pakai dah. Membazir je beli handphone baru. Pastu plak, dengan rm2k tu, baik ko guna untuk beli buku ke, bayar duit deposit rumah ke. Ada la jugak hasil. Kalau ko beli iphone tu, nanti harga die turun jugak. Lepas tu kuar plak model baru yang lagi canggih. Pastu nyesal. Nanti datang lagi keinginan nak tukar handphone baru lagi. Sampai bila la pusingan tu tak habis.

Nafsu : Cuba ko tengok kawan2 ko! Diorang sume pakai handphone canggih. Nanti orang cop ko kolot baru ko tau.

Akal : Biar la diorang nak kata apa pun. Aku ada matlamat aku sendiri. Selagi tak mencapai kebebasan kewangan, kita tak boleh sewenang2nye berbelanja tanpa fikir masak2. Perjalanan kita masih jauh. Selagi handphone ni boleh digunakan, selagi tu la tade keperluan untuk beli iphone tu.

Nafsu : Buring la aku cakap ngan ko ni. Asyik ko je menang. Huh!

(Dialog ini telah berterusan selama hampir 5 bulan dari hari insan tersebut melihat iklan iphone tu.Huhu...)

Makin besar periuk, makin besar kerak

Aku dalam dilemma ni...

Pada mulanya, aku tak berapa setuju dengan pepatah tu. Masa time bujang, aku dah terdedah dengan perancangan kewangan peribadi. So bila ada orang cakap macam tu, aku tend to disagree sebab aku ingat, kita yang bertanggungjawab dengan apa yang kita belanjakan. Tak kira la besar atau kecik mana pun pendapatan kita, kita boleh kawal perbelanjaan kita. Tak bermakna dengan peningkatan pendapatan, kita terpaksa berbelanja dengan lebih banyak.

Tapi sekarang ni aku mula terpikir balik tentang pepatah tu. Terutamanya lepas dah kawin, pastu ada plak baby. Pada masa ni, pendapatan aku boleh dikatakan telah bertambah berbanding semasa aku bujang. Dalam masa yang sama, aku sudah mula terasa betapa susahnya nak buat budget kewangan keluarga. Kalau masa bujang dulu, aku senang nak kawal sebab sekadar jaga perbelanjaan sendiri. Lepas kawin, banyak rupanya perbelanjaan2 yang aku tak terfikir. Tak mudah untuk aku buat budget. Lepas buat budget, nak ikut budget tu betul2 lagi la susah. Banyak sungguh tuntutan perbelanjaan yang aku tak boleh nak kata tidak.At the end, aku tak terasa mewah pun dengan pendapatan yang lebih besar. Macam tade beza.

Dalam buku Robert T Kiyosaki, die ada mention perkataan ' doodads' yang bermaksud perbelanjaan2 yang tidak mendatangkan pulangan kepada kita. Selalunya, aku fikir doodads ni macam membeli barang2 yang kita tidak berapa perlu macam kereta baru dan modify2 kereta, beli gadget2 elektronik, beli kasut berpasang2 etc.Lebih kurang membeli benda2 yang hanya memuaskan hati kita sahaja. Rupanya, konsep doodads tu lebih luas pengertian die. Contoh yang aku sendiri alami, perbelanjaan2 yang tersorok seperti selalu makan luar. Aku dan family memang bukan jenis yang suka membeli barang2 tapi kitorang suka berbelanja untuk makanan. Kalau ada makanan yang kami terasa nak makan, memang aku tak berkira. Selain dari tu, kenduri kendara pun menuntut aku untuk berbelanja. Kalau dah nama kenduri, takkan kita tak contribute kan? Selain tu, banyak gak hidden cost yang kita boleh terlepas pandang.Sebagai contoh,bila balik kampung, mesti la kena guna duit minyak n tol etc. Sumer benda nak kena guna duit. Dalam kes aku ni, mana ada benda2 yang aku beli. Tak terasa mewah pun. Sumer pun biasa2 je. Perabot rumah pun tak beli2 lagi padahal dah duduk rumah sendiri hampir setahun :P . Tapi duit macam cukup2 makan je.

Asas perancangan kewangan peribadi, kita kena make sure kita follow formula ni :

Pendapatan - Simpanan = Perbelanjaan

Selagi kita boleh ikut formula di atas, insyaAllah kewangan kita akan stabil dan kukuh. Nampak macam senang nak buat, rupanya struggle jugak. Bukan senang nak mengekalkan tabiat menyimpan dengan tuntutan2 perbelanjaan keluarga yang mendesak. Tak ramai orang luar yang memahami matlamat kewangan kita. Kalau silap gaya, orang akan cop kita kedekut. Tak syok la plak kan.

So jalan keluar yang aku nampak sekarang ni, nak tanak, kena la bekerja keras untuk terus menambahkan pendapatan sampingan disamping terus cuba mendisiplinkan diri untuk mengikut budget yang telah dibuat.

Saturday, July 25, 2009

Pinjaman Perkahwinan? Saya Mesti Pilih! :)

Semalam semasa membaca harian metro, aku terjumpa satu artikel dalam ruangan bisnes yang agak menarik perhatian. Bank Rakyat bercadang untuk memperkenalkan satu produk baru iaitu pinjaman perkahwinan. Ianya merupakan jenis pinjaman pertama diperkenalkan oleh Bank Rakyat. Kira tade lagi bank lain yang buat pinjaman perkahwinan. Biasanya, orang akan memohon pinjaman peribadi untuk tujuan berkahwin. Dari apa yang aku baca, pinjaman perkahwinan ni lebih kurang juga dengan pinjaman peribadi. Cuma nama je yang berbeza. Tak kisah la pasal nama tu, yang menjadi isu ialah tujuan pinjaman tersebut.

Aku taktau la nak rasa macam mana bila terbaca artikel tu. Nak tergelak pun ada, nak marah pun ada, nak setuju pun ada jugak. Nak kahwin pun kena buat pinjaman?! Kalau ikut hukum agama, cuma wajib sediakan mas kawin sahaja. Tade la mahal mana pun, paling tinggi aku dengar pun baru rm500. Macam negeri selangor, baru rm80 je. Takkan tu pun nak kena buat pinjaman kan? Itu la masalahnye sekarang. Bila yang wajib tak dipeduli, yang sampingan di ambil berat. Sekarang ni kalau nak kawin, kalau tade simpanan dalam rm30k, susah la jadinya. Banyak oo belanja kawin, dengan hantaran die lagi, baju persalinan lagi, kenduri kendara lagi, dewan lagi. Tu belum kira dengan andaman, bunga2 segar, pelamin besar kedabak, macam2 lagi la tuntutan2 adat/orang sekeliling. Kadang2 tu bukan pengantin tu nak sangat buat besar2an, biasanya sedara mara la yang banyak mulut. Nak kena ada itu la , nak kena ada ini la. Yang paling biasa kita dengar, “ ala kawin ni sekali je seumur hidup, apa salah nye berbelanja SIKIT” . SIKIT ke jadah nye!!

Mari kita mengira sedikit. Katakan la kita amik pinjaman sebanyak rm30k, interest 8% setahun dan kita ikat selama 10 tahun. Bulanan kita perlu bayar adalah sebanyak rm450! Kalau individu tu bergaji dalam rm2000, dah hampir ¼ dari gaji habis untuk melangsaikan hutang kawin yang hanya sehari tu. Disebabkan majlis sehari, kena tanggung hutang 10 tahun. Logik ke?! Silap gaya, anak dah 3-4 orang, hutang tak habis bayar. Tup2 bercerai la plak. Dah la bercerai, hutang kawin plak tak habis bayar. Waduh2…

Biasanya orang yang akan ambil hutang ni, orang yang berpendapatan kecil atau sederhana. Memang susah nak menyimpan. Budak2 muda yang baru keje la biasanya. Kalau orang kaya, tade la nak amik hutang, die kawin cash je. Hehe. Dalam kes ni sapa yang untung?! Bank la yang untung. Die pandai ambil peluang. Die nampak pinjaman kahwin ni banyak permintaan. So die kasi offer. Sure ramai yang berminat nak amik. Lepas kahwin, diri sendiri la yang tanggung seksa. Kalau dah ¼ gaji habis bayar hutang kawin, mana pulak nak cekau duit nak bayar rumah, bayar kereta, makan , bil etc? Bila dah terdesak, swipe plak kredit card atau buat lagi hutang peribadi yang baru. Sampai mati la hidup berhutang. Mau ke kita hidup macam tu?

From other perspective plak, aku takleh nak kondem tindakan bank rakyat ni.Dengan adanya kemudahan ni, lebih ramai golongan muda akan kawin awal.. Bagus juga Bank Rakyat buat produk ni, sekurang2nya mengurangkan gejala sosial. Tade la kes buang anak banyak sangat sebab dah ada peluang untuk orang kawin awal.

Cuma pendapat aku, dengan menggalakkan orang kawin dengan menggunakan hutang, ianya hanya menjadi penyelesaian jangka pendek. Walaupun gejala sosial berkurangan, tapi masalah masyarakat yang hidup berhutang akan bertambah. Itu pun satu masalah sosial juga. Apa yang perlu kita buat ialah untuk bagi pendidikan kewangan kepada golongan muda. Contoh paling senang, buat la perancangan. Kalau dah tahu nak kawin tu, mula la belajar menyimpan, cari kerja tambahan, pandai buat budget, belajar kawal nafsu etc etc. Bila dah ada ilmu, iallah kehidupan selepas kawin pun akan sejahtera. Lepas tu plak, pada sedara mara dan juga ibu bapa, jangan la diletakkan syarat2 yang begitu tinggi. Fahami la keadaan anak2 anda yang nak kawin tu. Kalau duit ada setakat rm10k, buat la kenduri nilai rm10k. Jangan la buat kenduri bernilai rm50k. Mati la budak tu nak carik duit. So jalan pintas, buat la pinjaman. Pastu masalah lain plak timbul.

Nasihat aku pada sesiapa yang nak kawin tu, buat la setakat yang termampu. Jangan ikut nafsu atau kata2 orang. Kalau korang jumpa sesiapa cakap (mungkin sedara mara atau ibu bapa) “ ala kalau tade duit nak buat kenduri, pergi la bank rakyat buat pinjaman”, ko balas je “ saya boleh je nak wat pinjaman, 10 tahun pun takpe, tapi kita sama2 bayar ye lepas tu..” siap dengan senyum kambing. Pastu tengok diorang nak reply cemana plak. Huhu..

Tuesday, July 21, 2009

Apa nak buat lagi ye?

Aku rasa dah tiba masanya untuk aku tukar fokus. Sekarang ni market rumah lelong macam agak overheat. Dengan penyertaan yang sebegitu ramai, peluang untuk mendapatkan hartanah yang tergolong dalam gred pelaburan agak sukar. Maybe ramai yang bid tu nak duduk sendiri. So kalau kita lawan dengan orang yang memang berniat nak duduk rumah tu, sure la kalah sebab budget diorang sure tinggi. Kita takkan nak letak harga tinggi sebab kalau silap gaya, kita boleh rugi. Even kalau cashflow break even pun tak boleh sebab kadar interest loan sekarang sudah terlalu rendah. Kita tidak tahu bila ia akan naik balik. Cuma yang pasti ia akan naik jugak one day sebab dah hukum market. Mesti ada turun naik.

Buat masa ni, banyak benda yang bermain dalam fikiran untuk diversify source of income. Tak boleh mengharapkan income dari satu sumber sahaja. Macam sekarang ni, income utama aku adalah dari gaji. Memang kalau aku stop keje sekarang, aku boleh kata 90% dari income aku akan stop. Macam mana nak survive kan. Boleh tu memang la boleh tapi sakit la. Kalau aku sakit sorang aku rasa bole tahan lagi. Tapi bila fikirkan wifey dan baby ema, macam tak sanggup nak tengok diorang susah. So aku bertahan la dulu. Nak cepat2 convert active income jadi passive income. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Salah satu yang aku terasa sekarang ialah nak tukar hp baru. Tengok iklan nokia N97 dengan HTC Touch HD, terliur je rasa. Bukan tak mampu beli, tapi bila pikir2 balik, macam tak kuat reason nak beli tu. Kalau setakat nak call dan sms, hp yang aku pakai sekarang ni elok lagi. So memang la tak justify. Terpaksa la aku pendamkan nafsu nak beli hp baru yang membara2 tu. Huhu...

Back to the title, antara benda yang aku terpk nak wat sekarang selain dari hartanah:

1) Buat bisnes training profesional.

Bisnes ni dah lama aku pasang niat. Siap pergi training by PUNB. Konon nak belajar pasal buat bisnes plan. Bagus training yang aku pergi tu. Cuma sekarang ni aku taktau apa dah jadi. Macam sejuk kejap. Just lately aku nampak peluang untuk pursue balik niat aku ni. Next step, nak korek balik nota2 lama pasal buat bisnes plan, pastu buat bisnes plan elok2 untuk bisnes training ni,carik mentor untuk kasi guidance pastu terus buat.

2) Tolong wifey buat bisnes jual barang baby

Sekarang wifey memang dah mula menjual barang baby secara online. Alhamdulillah ada sambutan cuma belum buat secara besar2an. Modal kecik, so untung pun kecil la. Tapi ada prospek untuk dibesarkan. Looking forward nak join kedai PMC 2020 letak barang kat situ plak.

3) Emas/CPO etc

Yang ni pun macam menarik. Tak kira la nak invest atau jadi ejen jualan. Janji boleh dapat income. Sifu2 pun ramai. Cuma lack of knowlegde je sekarang ni. Once dah gain good knowledge, aku pun nak try mula buat.

4) Jadi ejen untuk FM Media

Yang ni dah lama aku buat. Hasil pun alhamdulillah. Cukup la nak buat modal beli 2-3 bijik rumah. Ada la a few time aku stop kejap sbb keje opis banyak. Tapi sekarang ni aku nak start balik. Aku kena agihkan time betul2 supaya keje opis tak diabaikan, income dari buat sales FM Media pun masyuk.

Setakat ni tu je yang aku boleh buat sekarang. Tak larat nak fikir banyak2, takut tak terbuat. Yang ada kat atas tu pun kadang2 tak terkejar.

Apa2 pun yang penting kita kena rajin tingkatkan pendapatan kita. Jangan harap kan gaji utama kita je pastu rasa cukup. Sayang masa tu kalau terbiar. Habis je keje kol 5, terus balik rumah melepak. Tengok Tv pastu tido. Pastu esok pergi keje balik. Banyak aku lihat senario macam tu. Kesian pun ada jugak dengan diorang ni. Tapi nak buat macam mana, aku hanya mampu kasi nasihat. Kalau tanak tolong diri sendiri, aku pun takleh nak buat apa la. Sekurang2nya aku dah menjalankan tanggungjawab nasihat sesama kita.

Monday, July 20, 2009

Kalah : Flora Damansara Blok A

Tadi petang aku masuk bidding rumah flora damansara kat PAH. Start mula kol 3pm. Kol 2pm aku dah tercongok kat situ. Punya la semangat. Aku antara yang terawal datang. Siap sempat main DOTA lagi hehe.

Setelah 6 kali kekalahan berturut2, aku datang dengan semangat yang membara la. Kononnya ada la kot harapan nak menang RP sebab bidding dibuat hari kerja. Congak punya congak, paling tinggi pun aku bole pergi sampai rm48k itu pun kalau ada bidder.

Oh! betapa tersasarnya angan2 ku bila dah register, akak kaunter tu siap sound kata unit ni paling ramai bidder. Ada 5 orang. Huk aloh. Hari kerja pon boleh ramai bidder gak. Habis la harapan aku. Kalau dah ramai bidder tu, Bye2 la RP. Memang betul pun. Dari harga rm42k, naik sampai rm52k. Beza rm10k tu untuk rumah low cost. Dari segi calculation, memang la masih untung tp tak menepati kriteria aku. Aku ni jenis yang konservatif skit. Margin / safety buffer mesti nak besar. Aku tade fund besar untuk support property yang bermasalah di kemudian hari. So pada hari beli tu, aku mesti nak make sure rumah tu boleh untung. Kalau untung skit2 pon aku reject. Dari satu segi, strategi aku ni mmg la bagus. Tp melihatkan senario lelongan di kl sekarang, makin susah la aku nak menang rumah. Orang lain budget tinggi2. Aku lak budget ciput.

Nasib baik faris ada tadi.Tade la sedey sangat banding kalau pergi sorang2. Balik pon sorang2. Tadi sempat pass 2 lagi bank draft kat faris for future bidding. Ada lagi 2 unit aku nak masuk 27hb ni. Bulan ni je dah bape lelong aku masuk. Akak kaunter bank sampai dah cam dah muka aku. Nampak je muka aku amik nombor, dah tau dah apa aku nak wat. Kalau tak buat bank draft, mesti nak tebus bank draft.

Malu2...

Sunday, July 19, 2009

10 Questions to Robert Kiyosaki By Times

Nak share something yang menarik. Interview video Robert T Kiyosaki tentang buku terbaru beliau yang bertajuk 'The Conspiracy of The Rich".

Aku tak reti nak letak video tu terus dalam blog ni. So just paste link die dulu.

Click sini...

Selamat menonton!

Ok la, kalau malas nak tengok video, korang boleh baca interview tu kat bawah ni.

Question #1

The Rich Dad in your first book was based on your friend's father. What is that friend doing these days? Syed Tabish Rehman CHITTAGONG, BANGLADESH

He's a rich man. He's managing the family estate. I published Rich Dad, Poor Dad in 1997, and both my real dad and my other dad were dead. If I had written the book while my real dad was still alive, he'd have killed me.

Question #2

If you did not have your Rich Dad in your life, what would you be doing today? Ajay Gupta, GRAYSLAKE, ILL.

That's hard to say. As a young kid, I really wanted to be rich. I think you naturally seek your role models and teachers. Today I still seek mentors and wise men and wise women because that's how you get wiser--by hanging out with smart people

Question #3

At one point, you were living out of your car. How did you remain confident that you would be able to retire rich? Stephen San Roman LAREDO, TEXAS

Confidence comes from discipline and training. I spent six years in the Marine Corps. Military training teaches you that there are four strengths: mental, emotional, physical and spiritual. What happens for most people, since they lack that discipline, they crack under pressure. That discipline and training kept me going.

Question #4

Is it possible for a person with no money and few resources to still make a fortune? How? Muhammad Zafar ISLAMABAD, PAKISTAN

Get off your butt. You have to look for teachers. If you want to be a mechanic, go hang out with mechanics. It's really simple, but it takes determination, discipline, drive. You can't quit.

Question #5

Do you think anybody can be successful in business? Rogelio Gonzales BRICK TOWNSHIP, N.J.

Absolutely. It takes discipline. Most people would like to have a great body like Charles Atlas, but they're at Burger King wolfing down a Whopper with fries. I don't know how you can expect to get anything you want without some degree of long-term commitment. Quitting is the easiest thing to do. That's why most people don't make it.


Question #6

Does education have anything to do with how rich or poor you become? Muhammad Umar Gulzar NEW YORK CITY

No. Education is what you learn after you leave school.

Question #7

You've said that your dad forbade your family to talk about money at the dinner table. Are people allowed to talk about money at your dinner table? Jay Siena, TOKYO

That's all I talk about is money. When somebody tells me, "We don't discuss money"--well, money is discussed every day. We may not discuss religion, we may not discuss politics, but my decision to live in a safer community or have better food--it's all based upon money.


Question #8

Are there opportunities to create new companies in this turbulent economy? Jefferson Camargo SÃO PAULO, BRAZIL

This is the best time. When times are bad is when the real entrepreneurs emerge. Entrepreneurs don't really care if the market's up or down. They're creating better products and better processes. So when somebody says, "Oh, there's less opportunity now," it's because they're losers.

Question #9

I am in the middle of a business project, but I have doubts and fear of failing. How can I overcome this? Javier Hernandez GUADALAJARA, MEXICO

Everybody has doubts and fear of failing. But look at Tiger Woods or any great athlete: when the going gets tough, that's when they turn into geniuses and most people turn into wimps.

Question # 10

You talk about the profits that can be made flipping real estate properties. Did you take losses in the market downturn of the past few years? Kenny Smith, BOSTON

I never said that. I don't believe in flipping real estate properties. Flipping is gambling. That's not what I do. I am a pure investor. I look at properties for the cash flow. The people that are worried today are flippers. The people invested for cash flow are still doing fine.

Banyak info yang kita boleh perolehi dari sessi interview ni. Basically antara isi penting yang kita boleh dapat ialah untuk berjaya, kita perlu daya ketahanan atau preseverence yang tinggi. Dalam kata lain, kita tidak boleh mudah berputus asa walau betapa susah cabaran yang dihadapi.

Selain tu, kita kena bergaul dengan orang2 yang dah berjaya atau hendak berjaya. Carik mentor/guru yang bagus.Tanpa guru, kita mudah hilang arah lepas tu akan banyak buat silap yang sepatutnya boleh dielak.

Lastly, kalau nak buat investment property dengan cara yang berkesan, pi baca blog pie2020.

^_^

Saturday, July 18, 2009

Mari Pergi Stadium!!

TM Syoknya Bola

Haa ni la video yang aku ada mention sebelum ni. Masih lagi dimainkan di TV rasanya. Ni pun one of the job yang berjaya diperolehi oleh FM Media. Video ni pendek sedikit sebab ia dibuat untuk iklan TV. So takleh buat panjang2. Biasanya pun dalam 30 saat je duration.

Tapi rasanya macam tak best plak nak upload video dalam blog ni. Gambar jadi tak cantik sebab dah compress untuk rendahkan file size. Kalau size besar sangat, tak larat nak tunggu dia upload dalam blog.

Korang ada cadangan tak untuk atasi masalah ni?

Fall In Love All Over Again

3D Sinaran UDA TTDI

Ni contoh video 3D yang telah disiapkan oleh FM Media untuk UDA Holdings. Projek condonimium ni dinamakan Sinaran TTDI yang terletak betul2 dekat kawasan komersial TTDI. Masih dalam construction walaupun video ni telah lama disiapkan. Video ni terdiri dari dua bahagian dimana bahagian pertama menggunakan still images dan bahagian kedua pula menggunakan teknik 3D. Design dalam video ini menepati hampir 90% hasil akhir yang akan disiapkan oleh UDA Holding (kena follow exactly seperti yang arkitek dan interior designer nak sebab video ni digunakan untuk soft sale session.)

Ada banyak lagi video lain ni. Akan di update lagi kemudian...

Thursday, July 16, 2009

Very nice article by Pakdi..

10 Cara Untuk Hidup Bergaya tetapi Papa
December 4th, 2008 Perancangan Kewangan

1. Bayar semua bil selepas dapat gaji kecuali bayar diri sendiri

Anda bayar bil handphone, eletrik, air, internet, Astro, sewa rumah, installment rumah, installment kereta. Tetapi anda lupa untuk bayar diri anda terlebih dahulu. Do it consistenly until your retirement.

2. Beli kereta baru selepas beberapa bulan kerja

Kereta new brand. 9 tahun hutang. Minimum downpayment. Untuk lebih hebat, ganti sport rim, tambah spoiler, pasang skirting, masukkan sistem stereo, ganti radio, tintedkan cermin, ganti ekzos vroom vroom, tukar stereng sport dan semua yang dijual di kedai seterusnya buat baik dengan tauke kedai spare part. Senang nak tahu bila barang latest sampai. Baru pakai 3,4 tahun ganti yang baru lagi.

3. Pakai kredit kad

Mudah. Senang untuk berbelanja. Sesak-sesak hujung bulan swipe sahaja. Bayar minimum payment yang diminta oleh pihak bank sahaja. “Sayang nak makan di restoran mana hari ni? Abang belanja.”

4. Jadi ahli gymnasium

Mohon keahlian gymnasium berhampiran di tempat kerja. Mudah nak bersenam bila balik kerja. Perut pun macam dah boroi. Apa kelas berjogging di taman-taman awam yang percuma. Bulan pertama pergi hampir setiap hari dan bulan seterusnya dah tak sempat nak pergi sebab tugas yang banyak di pejabat.

5. Holiday setiap bulan

Jadi ahli di mana-mana pusat peranginan. Luar negara pun ok. Penat kerja. Kena release tension selalu. Kad kredit ada. Setakat nak bermalam di mana-mana hotel tiada masalah. Perbelanjaan holiday lebih penting dari menyertai mana-mana kelas pelaburan dan kewangan yang ada di pasaran.

6. Up to date with the latest fashion, gadget

Mesti tahu selalu fesyen terbaru di pasaran. Rambut, baju, minyak wangi, kasut, seluar. Gaya hidup moden. Metroseksual. Selain fesyen, kena beli mp3 player terbaru, kamera digital terkini, telefon bimbit dan macam-macam lagi. Walaupun telefon riban-riban tetapi cuma tahu sms. Sebab call mahal. Ceh. Tapi takpe. Yang penting stylo. Update jangan tak update!

7. Apply personal loan

Duit tak cukup nak berbelanja. Maklumlah maintenance tinggi. Kereta mesti paling baru. Modify sampai jadi paling sporty. Barang dalam rumah mesti yang paling up to date. Pakaian mesti fashionable. Bonus hujung tahun baru dapat. Nanti bayar lah balik lepas dapat bonus.

8. Mohon kredit kad baru

Gaji sudah naik. Promotion sudah dapat. 1 kad sahaja tak cukup. Apa lagi, mohon kad kredit di bank lain pula dengan had kredit yang lebih tinggi. Lebih mudah untuk berbelanja.

9. Say no to part time business & learning more about investment

“You nak I jual walter filter ni ? You ni. Jatuh la standard I. Kawan-kawan I semua VVIP, VIP, Datuk.”

“Apa susah-susah nak belajar pasal invesment ni. I punya agent ada. I call aje. Property agent I kata harga rumah takkan turun. Lagipun I dah buat regular savings dalam unit trust. Diversify diversify diversify dia kata. Broker I pun selalu recommend the hottest stock in the town.”

10. Gosip & Glamour

“Wow. Datuk K ada skandal dengan artis lain? Mana website yang you baca tu? Majalah hiburan apa yang you beli?”

“Er.. Warren Buffet tu siapa? Artis negara mana?”

(quote from pakdi.my, best artikel ni. Pada sapa2 yang terasa pedas lepas baca posting ni, mula2 la ubah gaya hidup anda.Actually kalau dah baca posting2 macam ni pun dah menunjukkan kita ada kesedaran. Golongan2 yang macam di atas tu takkan masuknye blog2 macam ni. So biarlah luncai terjun bersama labu2nya..)

Wednesday, July 15, 2009

Cone of Learning

Kali ni aku nak bercerita pasal teknik kita belajar. Tak kisah la belajar pasal apa pun. Kalau tak kena gaya, memang susah nak terima ilmu yang dipelajari tu.



Sapa pernah tengok gambar di di atas? Pada sapa2 yang tak pernah, diagram tu menunjukkan satu kajian terhadap manusia tentang kuantiti ilmu yang diperolehi mengikut cara pembelajaran yang dilakukan. Dalam diagram tu, teknik belajar di bahagi kepada dua bahagian iaitu pasif dan aktif. Selepas 2 minggu, kuantiti ilmu yang kita ingat bergantung dengan cara mana kita belajar. Kalau hanya belajar dengan cara membaca, menulis dan melihat, kita hanya mampu mengingat sehingga 30% sahaja selepas 2 minggu. Malangnya, cara ini yang paling digunapakai dalam sistem pendidikan kita kat malaysia ni. Tu yang malang tu. Kalau tak caya, cuba tanya pelajar2 kita dari yang kecik hingga lah pelajar universiti. Lepas exam, berapa banyak yang dia ingat lagi. Aku sendiri pun dah tak ingat apa yang aku belajar kat Uni dulu hehe. Pada aku tu salah satu kepincangan dalam sistem pendidikan kita yang hanya exam oriented. Kesian pada budak2 SPM yang struggle nak belajar berpuluh2 subjek. Untuk apa pun aku taktau la. Time masuk alam pekerjaan nanti baru la die tau penangan realiti.


Lain plak halnye kalau belajar secara aktif iaitu dengan membuat praktikal. Aku memang tade contoh lain la, mesti nak kait dengan hartanah punya :) . Kalau dah berpuluh buku property kita baca, dah pergi seminar sana sini, tapi kalau tak mula membeli hartanah, sampai bila pun kita susah nak ingat apa yang kita belajar dalam buku dan seminar tu. Nak tanak, kita mesti mulakan langkah pertama. Seeloknya, mula dengan hartanah paling murah. Biasa nya low cost la . Dari situ baru kita dapat belajar selok belok pelaburan hartanah ni. Perasaan gemuruh nak mengeluarkan duit deposit, kelecehan naik turun bank dan pejabat lawyer nak kasi setel semua urusan, kerenah PBT dan geng2 seangkatan dengan nya yang kadang2 buat kita sakit jiwa. Tu sume kita takkan rasa dengan hanya membaca dan mendengar seminar. Aku sendiri pun, lepas 4 tahun dok membaca buku pasal hartanah, baca forum, ber TT etc, baru lah dapat peluang untuk memulakan pelaburan hartanah aku iatu satu unit aparment sederhana rendah kat pantai dalam. Masa tu la baru bermulanya titik tolak perjalanan aku dalam bidang pelaburan hartanah ni. Bayangkan la, 4 tahun dok membaca je to beb! Ingatkan dah tere dah, rupanya bila mula buat secara real, baru kita tau betapa ceteknya ilmu kita ni.


So pada sapa2 yang diluar tu yang berminat nak buat pelaburan hartanah, berani2 kan lah diri untuk memulakan langkah. Tapi dengan syarat kenalah belajar dulu teori sebanyak mana yang termampu. Jangan plak main terjah je kang silap gaya tergolek plak terus tak bangun2. Pastu kutuk2 kata pelaburan hartanah ni risky la, tade untung la etc2. Lagi satu cara bagus nak belajar tentang ilmu kewangan, pergi main board cashflow. Kat situ pun kita boleh belajar dengan berkesan. Kalau taktau mana nak dapatkan game tu, sila2 rujuk blog en juruukur kita. Die ada bole kasi pinjam (ehem ehem..kena sewa. silap lak )


PS: En juru ukur, ini macam boleh kira iklan ka? kalau ada customer, sini komisen juga kasi sikit la. :D

Tuesday, July 14, 2009

Kisah lecturer aku...

Minggu ni aku kena pegi training 'introduction to Cisco Router configuration' kat Kompleks Antarabangsa, Jalan Sultan Ismail KL. Dari isnin sampai jumaat. Best ooo. Pergi training free. Company sponsor. Rasanya mahal jugak course tu sebab biasanya course2 teknikal ni mahal2. Kalau course2 self help macam motivasi etc biasanya murah sikit.

Actually aku nak cerita kisah lecturer aku ni. Dia ni chinese.Semalam lepas habis training, kitorang pekena teh kat kedai bawah. Ada satu part tu, aku tanya die, berapa die dapat untuk kasi training ni. Dia kata rm800 per day. So kalau 5 hari, dah rm4000!! Kalau sebulan dia buat training 10 hari, purata dah dapat rm8000. Lebih dari gaji manager tu! Keje 2 minggu je sebulan. Masyuk2. Aku tanya umur die. Baru 31 tahun. Aisey, tua 2 tahun je dari aku tapi income dah boleh cecah rm10k sebulan. Memang die kata kalau jadi freelance trainer nie, kalau tak cecah rm10k sebulan, baik takyah jadi trainer. Nampak sangat jadi trainer nie very lucrative. Tapi syarat kena expert la dalam field yang nak diajar tu. Kalau tak expert, nanti kena *tiau*dengan anak murid sendiri.

Sejarah die pulak macam nie. Awal2 dulu, die ni keje sebagai junior technician dekat lowyat. Then after a while, die dapat offer macam2 training dekat lowyat, dinaikkan pangkat jd senior technician. Kalau dah keje lowyat tu, memang konpem la terer pasal komputer2 ni. Then infomatic amik die jadi lecturer sebab die ada degree. Part yang best kat informatic ni la. Die kata informatic ni kedekut. Gaji die masa awal2 keje hanya dapat rm1800 je. Degree tu. Lepas 3 tahun, baru la merasa rm2250. Memandangkan gaji yang kecil , die pun buat la OT banyak2. Biasanya, lecturer diperuntukkan hanya 18 jam seminggu untuk bagi lecture. Masa2 yang lain tu digunakan untuk buat research etc. Tapi die pergi hentam sampai 40 jam bagi lecture. Claim die je dah mencecah rm6k sebulan. So pihak finance pon query la. Dari situ die dah geram dengan informatic. Tak lama pastu, die apply fund utk beli model Cisco router yang baru untuk buat research. Tak banyak pun dalam rm3k je kalau tak silap. Tu pun tak lulus. finance department kata tade budget. Apa daa..so si lecturer ni memang tak putus asa, die pun pergi ke singapore beli sendiri router tu guna duit die sendiri. Pastu die study sorang2 .Bila dah tere, die pun bagi lecture guna real router. So anak murid die pun ramai la kagum sampai ke pengetahuan top management informatic. Top management tanya mana die dapat router tu. Die dengan selamba je cakap kat malaysia tada jual. Kalau mau, sewa dari die. So Informatic pun sewa la cisco router tu dengan kadar rm7k sebulan siap buat agreement. Yang lucunye, masa die nak tuntut sewa router tu dekat finance, si finance ni bising2 cakap mana boleh ada syarikat sendiri kasi sewa pada informatic. Die dengan selamba suruh rujuk dengna naib presiden.Naib presiden siap backup die lagi. Memang puas hati sungguh la. Padahal awal2 die mintak budget rm3k finance tak bagi. Sekarang dengna modal 3k, die dapat sewa rm7k sebulan. Bape banyak return on investment tu? Property pun kalah macam tu hehe.

Sekarang nie die memang dah fulltime freelance. Die kata keje sendiri lagi untung. Dah la ada kebebasan. Memang banyak pengajaran betul la dari cerita die. Salah satu nye jangan putus asa. Kalau kita rasa apa yang kita buat tu betul, biar la orang lain nak kata apa pun. Yang penting kita buat sungguh2. Selain tu, kalau rasa kita punya keje tak dihargai oleh syarikat kita bekerja, cepat2 la improve diri dari segi ilmu dan kewangan, then bersedia untuk bergerak sendiri. Takkan sampai bila2 nak dibuli kan? Kita tahu nilai diri kita macam mana. Kalau rasa apa yang kita dapat tu tak setimpal, mungkin dah tiba masanya untuk kita cari alternatif lain. Hidup kita ni sekali je. Kalau kita berterusan buat benda yang kita tak suka dalam hidup, then why live?

Monday, July 13, 2009

Call off la plak

Sekarang ni aku taktau nak post apa dalam blog. Kekecewaan semalam masih belum terubat. Sepatutnye semalam aku ada nak masuk bid satu unit kat sentul ni. Property > 100K. Dari segi calculation, memang boleh untung. Bank draft semua dah buat tinggal tunggu hari je. Bayangkan la seminggu aku menggelabah, tertanya2 betul ke ni , betul ke ni..bukan skit tu pelaburan yang perlu dilakukan. Kewangan aku pun baru je nak cukup2 makan. Kalau melabur dalam property yang harga rm100k ke atas, memang dah nyawa2 ikan la simpanan aku. Tapi lepas berfikir lama, kira2 pun dah wat ntah bape kali, last2 memang aku decide nak bid utk property ni.

Sekali bila tiba hari bidding, aku tergerak plak nak call auctioneer tu nak tau status. Actually aku call sbb nak double check berapa deposit diorang nak. 5% ke atau 10% sebab aku prepare 5% je. Kalu dibuatnye diorang nak 10%, lagi la aku kecewa. Memang diorang nak 5% je deposit so kira selamat la. Malangnya, diorang inform rumah tu kena call off last minit daa.Siap boleh tanya kat aku " en Izwan taktau ke? nasib baik tak datang". Aduh...penat seminggu aku menggelabah, sekali kena call off. ni la namanya kalah sebelum bertanding. Tape la tade rezeki. Namun kekecewaan tu masih terasa lagi. Tape2 banyak lagi property lain yang aku boleh masuk. Life goes on...Tak dapat hari ni, esok lusa 10 lagi property yang datang.

Just now aku baru lunch dengan makcik aku. Borak punya borak, rupanya dia pon into property jugak. Tapi die punya style ialah go for capital appreciation. Aku plak target utk cashflow. Actually dua2 strategy ni ada pros and cons masing2. So terpulang ikut keselesaan pelabur tu sendiri.Yang penting ilmu kena ada sebelum buat apa2 pelaburan.

Macam merepek plak post kali ni. Hmm...

Friday, July 10, 2009

Cabar diri

Aku ada satu nasihat di sini. Chewahh ada hati tu nak kasi nasihat padahal diri sendiri pun tak pawe lagi hehe. tape la ilmu yang baik patut dikongsi kan..

So topik kali ni ialah pasal mencabar diri. Bila kita biasa membuat sesuatu perkara yang rutin, kita akan rasa selesa dengan perkara tersebut kerana kita sudah mahir melakukannya. Segalanya berada dalam genggaman la orang kata. Masalah timbul macam mana pun, kita yakin boleh selesaikan. Tapi dalam jangkamasa panjang, kita akan rugi. Sebab kita tidak akan belajar benda baru kerana untuk belajar benda baru, kita perlu menyelesaikan masalah2 yang baru. Kalau setakat masalah2 biasa, tade la ilmu baru yang kita boleh dapat.

Aku suka nak guna contoh property investment. Biasa nya kalau baru nak bermula, kita digalakkan untuk membeli rumah low cost. Rumah low cost ni modal die kurang so mudah kita nak kumpul duit and buat pelaburan. Lepas tu kalau dikatakan tidak berjaya, kerugian kita pun tade la tinggi sangat. Masih boleh dicover lagi dan tidak la tergolek tak bangun2. Akan tetapi, kalau hanya melabur dengan rumah low cost, ( sampai 20 bijik rumah lowcost) , kita tidak rasa thrill lagi dah. Dari segi emosi, kita dah stabil. Dah hilang perasaan cuak. Lepas tu dah tade apa nak belajar lagi dah sebab segala masalah rumah low cost kita bole setel dengan mudah. Bila dah sampai tahap macam tu, dah tiba masanya untuk kita upgrade pelaburan kita. Mungkin kita boleh start melabur rumah apartment/condo plak! Haa masa tu baru la gelabah balik, sebab jumlah duit yang dilaburkan lebih banyak dari biasa. Memang kita akan berhati2 sebab kalau rugi duit tu, memang terjejas jugak la emosi. Lepas tu masalah apartment / kondo ni pun lain dari low cost. So di situ kita akan memperolehi ilmu dan pengalaman yang baru. Dari segi tu, kita telah menjadi individu yang lebih wise dari sebelumnya. Kan elok tu..

Senang citer, untuk property investment ni, aku dah decide laluan aku dah. Lebih kurang macam ni :

low cost --> apartment --> kondo --> komersial -- > tanah (haa yang ni sifu juruukur dah ada. Modal je tade lagi hehe )

Perjalanan aku masih jauh. Masih bertatih dengan low cost. Baru nak merangkak dengan apartment plak. Tengah menggelabah la nie hehe

Wednesday, July 8, 2009

Thinking like an entreprenuer

Pada masa sekarang ni (aku rasa korang sure perasan jugak kan? kalau korang kaki lelong la) , ramai betul orang berpusu2 masuk acara lelongan hartanah. Terutamanya untuk unit2 yang berharga bawah rm100k. Macam kes unit penara hari tu. Sampai 40 orang bidder! Giler ramai.Dah tade rumah lain ke nak bid? tu pun orang bid sampai market value.

Aku cakap kalau macam ni takleh jadi ni. Kena fikirkan strategi baru. Satu strategi yang aku terfikir sekarang ni ialah untuk cari hartanah yang berharga rm100k ke atas. Dengan strategi ni, aku akan mengurangkan persaingan sebab rasanya tak ramai yang berminat nak masuk bidding hartanah rm100k ke atas.Antara sebabnya ialah kos yang tinggi (deposit tinggi, legal fees tinggi, maintanence tinggi etc). Tapi aku pun ada masalah juga. Modal aku pun bukannye besar sangat. So risiko tinggi untuk aku kalau nak main property2 mahal ni. Aku dah tanya dengan bank. Dari segi loan, kapasiti aku masih besar lagi. So kat situ dah selesai satu masalah. Kalau ikutkan senang, aku akan kekal main property2 murah sahaja. Risiko rendah dan aku akan rasa selesa.Tapi aku tidak akan belajar apa2 lagi sebab aku tahu prosedur beli rumah murah2.Dah sampai masanya untuk aku upgrade ilmu aku.

Untuk mengatasi masalah modal ni, aku perlu berfikir sebagai seorang usahawan. Dan sebagai usahawan, satu kriteria yang penting ialah to raise capital. Dapatkan modal dari sumber luar. Buat masa ini, aku hanya terfikirkan sedara mara je. Alkisah, ada sedara aku yang boleh dikatakan sebagai jutawan senyap. Memang tak bising2 pun tapi some how die citer kat aku kisah die untuk dijadikan pengajaran. Maybe sebab die rasa mentaliti aku sama macam dia kot. Dan at the end of the day, die ada masalah juga. Masalah terlalu banyak duit. Taktau nak letak kat mana. Haa kan peluang tu. Aku boleh datang kat die dengan satu proposal. Aku nak propose buat joint venture di mana sedara aku tu akan bekalkan modal dan aku akan uruskan hal2 berkaitan property. Die berminat nak buat pelaburan hartanah di kl (die kat johor) tapi tade kepakaran dan tak memahami keadaan hartanah kat kl. Selain dari tu, nak apply loan bank pun susah sebab dah berumur. Aku plak tade modal yang mencukupi tapi ada la skit2 ilmu hartanah kat kl ni. Loan pun aku bole apply iallah tade masalah.

This weeken aku akan balik jumpa sedara mara aku kat johor. Ada kenduri tahlil. So kat situ nanti aku akan usulkan cadangan ni. Kalau sedara aku tu berminat, aku akan JV dengan die. Die keluarkan modal semua, aku bekalkan kepakaran dan masa. Profit bahagi 50-50 lepas ditolak segala perbelanjaan. But still to negotiation la.

Hehe excited ni. Tak sabar nak balik kampung. :)

Monday, July 6, 2009

Promo skitt...

Sekarang ni aku tengah berusaha untuk increase kan income aku (Financial IQ #1 : Make more money ). Selain dari income dari gaji, aku tengah belajar untuk buat sales. Bagus sebenarnya kita belajar buat sales ni sebab dalam apa2 bisnes, kita perlukan kemahiran sales untuk menjual produk atau perkhidmatan kita.

Alkisah , seorang rakan lama aku bukak satu company multimedia yang concentrate on multimedia design. Nama company : FM Media Sdn Bhd .Dah 5 tahun kat market. Main customer majoriti datang dari kerajaan dan sekarang mula beralih ke sektor swasta. Die offer aku untuk buat promotion untuk syarikat die memandangkan kerja aku sekarang banyak deal dengan pegawai kerajaan. Aku kata 'why not?' Bukan rugi apa pun. Modal air liur je dan networking yang ada.
Basically main services yang dioffer adalah seperti berikut :

1) Video & Motion graphic (corporate video, special effect, flash etc)

2) 3D visualization (buat video 3D)

3) Interactive design (website, interactive cd, Digital profile)

4) Graphic design (branding, corporate profile, phamplet, brouchure)

5) Interior design

Antara artwork2 yang telah dihasilkan :


Projek phamplet MAMPU (JPM)



Projek phamplet Pejabat Kesihatan Daerah Petaling (kempen susu ibu)




Projek produk RHB Islamic (Az-zahra)




Ada banyak lagi projek lain sebenarnya tapi kalau aku nak letak semua gambar dalam post ni, jenuh la. Aku pun bukan reti sangat nak letak2 gambar dalam blog ni. Baru je nak belajar :D.

Untuk sampel video, korang pernah tengok tak iklan TM Syoknya Bola? Sekarang ni ada lagi dimainkan dekat tv. Haa video tu Fm media la yang buat.

Aku memang nak letak sampel video yang ada, tapi file besar2. Nanti aku kasi compress dulu. Pastu aku letak dalam post ni.

Kalau ada di antara korang yang ada kawan2 yang memerlukan khidmat multimedia design, boleh la contact aku untuk demo session.Tak pun kalau ada sesapa yang ada kenalan2 dalam gomen yang nak memerlukan khidmat multimedia, pun boleh calling2 aku. Komisen kita boleh cerita. Tade hal punya :) Sama2 kita tingkatkan pendapatan kita pastu bole rempit buat investment. :)

There goes my Krabi...

Memandangkan aku tak jadi g krabi yang sepatutnya memakan masa 5 hari, secara tiba2 aku ada extra time selama 5 hari untuk di isi dengan perkara lain. Nak holiday pun tak dapat so terpaksa la kita fikirkan benda lain yang boleh dibuat. Takkan nak dok rumah goyang kaki je kan. Keje opis sori la aku nak fikir, aku tgh mood holiday. Paling minima pun aku akan tumpu pada aktiviti yang menguntungkan aku sahaja aka mind my own business. Memang kalau orang opis call aku tanak angkat la. Sori la geng, time cuti aku takleh nak pk keje.

So selama 5 hari ni memang banyak benda aku dah buat. Since start decide untuk tak jadi pergi krabi, aku dah immediately plan apa nak buat. Siap list down lagi.

1. Aku terus browse internet tgk2 rumah lelong mana yang best2 untuk bulan july ni. Ada la jugak beberapa unit yang menarik tapi tak seganas bulan jun lepas. Bersepah2 unit best sampai taktau nak pilih yang mana. Malangnya satu pun tak lekat, orang bid gile2 melampau. So harap bulan july ni ada la rezeki untuk aku plak. Antara rumah yang aku usha ada kat area ampang dan sentul. Rumah ampang tu sampai dua kali aku pergi jenguk. First time pergi aku bawak wifey and ema sahaja. Then bila ada masa lagi, aku usha lagi kali kedua but this time aku ajak faris dan pie for some profesional opinion. Tak cukup lagi, aku siap bawak in law untuk mintak pendapat diorang jugak . But rasanya mungkin aku akan pass untuk unit ampang ni sebab macam banyak duit nak guna sblm unit tersebut sedia untuk menjana duit untuk aku.

2. Jumaat lepas plak sempat ajak in law tgk2 resort dekat port dickson. Sekarang ni area port dickson sudah menjadi hot area untuk pelaburan. Rasanya blog pie memainkan peranan penting terutamanya untuk resort Tiara Beach Resort. Kalau 5 bulan lepas, boleh dikatakan tade sapa nak invest kat situ. Sekarang ni harga rm120k pun ada orang sambar jugak. Dah MV dah tu. Antara unit yang kitorang survey kat situ ialah laguna resort, ocean view dan sri bulan. Memang setakat ni tade resort yang lagi best dari TBR la terutamanya part maintanence. Memang TBR lebih terjaga.

3. Hari ni plak aku nak submit application untuk OD. Nak tambah OD aku yang ada sekrang. Senang prepare awal2. Kalau ada peluang yang datang tiba2, senang nak sambar. OD aku sekarang tade la banyak mana pun. Seciput je kalau nak dibandingkan dengan otai2 lain seperti Pie, faris ngan juruukur. Harap2 tade masalah untuk apply OD ni sebab current account dah ada. Once dah approve, patut duit tu boleh terus dimasukkan dalam current account aku.

Basically 5 hari ni memang aku utilise la dan tak rasa sangat terkilan bila tak jadi g krabi. Aku berjaya cover dengan benda2 lain. Kalau aku decide untuk melepak sahaja kat rumah, sure hari terakhir aku cuti ni aku akan rasa menyesal tak ingat. So pesanan aku pada rakan2, bila2 ada masa terluang, gunakan lah sebaiknya. Paling busuk pun baca la buku2 yang boleh meningkatkan ilmu kita. Pada sesiapa plak yang masih tengah makan gaji, keje keras sampai tak bercuti, apa kata take a pause sebentar, nilai kehidupan anda. Di mana anda sekarang dan kemana hendak pergi. Pastu kalau anda terlalu sibuk, cuba fikir anda sibuk tu untuk sapa? diri anda atau tokey company anda. Renung2kan la...

ps: aku tak kata kita kena jadi malas kat tempat keje, kita dibayar untuk bekerja so kita patut buat keje sebaik mungkin. Jadi pekerja yang cemerlang. Tapi bukan sampai kita keje separuh mati macam jadi kuli. Sampaikan weekend pun kita masih spend time kita untuk orang.

Saturday, July 4, 2009

TT PMC 3 july 09

Korang mesti pelik kan kenapa aku masih boleh tulis blog padahal sepatutnya aku ada kat krabi sekarang ni. Actually aku tak jadi pergi krabi pun. Kensel last minit. Details die takyah la aku tulis kat sini. Basically kensel sebab H1N1 la. Semua orang takut nak pergi bercuti. Burn tiket air asia aku. Rugi2..

Untuk menyedapkan hati yang lara ni, aku join TT PMC malam tadi. Aku sampai dalam kol 1030pm. Agak lewat tapi seb baik masih ada yang lepak2 lagi. Tak ramai plak yang join TT malam tadi just muka2 otai jer yang datang macam pie, tuah, faris, juruukur, kayzen ngan asri. Aku prefer kalau TT tak ramai orang. Max dalam 8 orang kira ok la sebab kalau ramai sangat, topik jadi tak fokus. End up jadi kelompok2 group yang kecil. Susah nak tumpu topik mana nak borak.

Oleh kerana kehadiran tak ramai, banyak perbualan dapat dibuat. Macam2 topik keluar. As usual topik banyak berkisar dengan pelaburan la kan. Diselit2 juga dengan lawak asri yang susah juga aku nak ikut. Banyak kali aku blur tapi asri memang cool. Suka berjenaka. Tuah plak suka nak kenakan si Asri ni. Taktau la apsal. Lantak diorang la. Antara topik yang aku ingat ialah pasal asri yang tak update blog hehe, keadaan lelongan sekarang yang agak sengit dan merapu ( Bid price > market value ..keje gile sungguh) and pasal pejabat pmc yang baru dekat bandar seri permaisuri. Tahniah PMC! ada opis tu..lepas ni berdesup la aktiviti syarikat. Macam2 boleh dibuat.

Pie, tuah, asri dan faris balik awal malam tadi. So tinggal juruukur, kayzen dan aku aje yang masih bertahan borak. Oleh kerana tinggal 3 orang je, lagi banyak la topik yang dibualkan. Better tulis dalam bentuk point kot.

1. Site visit apartment kat ampang - aku mintak pendapat rakan2 tentang satu unit yang akan dilelong di ampang. based on pemerhatian aku, tempat ni agak tersorok dan terletak di atas bukit. Spooky gak tempat tu. Guard kat situ siap cakap rumah tu dah 15 tahun tade orang duduk. fuyoo apa la agaknya yang tinggal dalam rumah tu ek? hehe..boleh panggil krew misteri nusantara buat dokumentari kat situ. Geng2 pmc pun tak pernah tau pasal apartment tu. So tak banyak feedback yang aku dapat.

2. apa nak buat dengan tanah kat bentong - tanah ni ayah aku punya. Masih lagi bayar kat bank tapi tanah ni tade hasil. So tanya la si juruukur kot2 die ada pendapat untuk membangunkan tanah ni. Sekurang2nya dapat hasil untuk cover installment bank. Juruukur suggest untuk bersihkan tanah cantik2, pastu buat pagar. Then contact jab pertanian negeri and cerita pasal tanah tu. Mengikut juruukur, pejabat pertanian boleh membantu dari segi pengurusan ladang/kebun (tanah tu tanah kebun dan ada pokok2 buah yang matang, memang dah ada hasil just tade orang g kutip n jual. So yang makan pun monyet2 la kot ). Aku baru tau pasal benda ni so mungkin ada harapan. Need to find time to see pejabat pertanian.

3. Jiwa kacau di tempat kerja - haa topik ni memang panjang la diborakkan. Aku menceritakan keadaan aku di tempat kerja sekrang. Aku tak minat nak buat kerja sekrang. Jiwa meronta2 untuk keluar dan buat keje sendiri. Seronoknya dapat susun jadual sendiri. Kita decide nak buat apa on that specific day. Boleh jumpa orang2 yang seronok kita jumpa. Sekrang ni aku kerja teknikal yang aku tak minat nak go further. Nasihat juruukur dan kayzen sama dengan apa yang telah aku bincang dengan adik2 aku. Plan properly apa nak buat bila dah quit, make sure ada cukup fund untuk cover 1 year punya family expenses and penuhkan quota loan untuk property (kalau dah quit, susah nak apply loan bank sebab tade fix income ).Sekrang memang tengah memenuhkan duit saving dan looking for oppoturnity utk tambah property. Basically on track la. Harap2 la aku boleh capai matlamat aku ni by 2010.

At the end of the TT, juruukur ajak main cashflow 101. Die ada board game tu. Aku pun berminat nak main walaupun dah khatam version pc die beratus kali. Rasanya tak sama kalau kita main dengan kawan2 sebab ada human interaction. Sekarang ni aku nak cari geng2 yang nak main pastu arrange main kat rumah aku. Boleh wat potluck sekali. sure best!

Kitorang blah dari tempat tu kol 145am. Agak lewat. Mata pun dah berat. Tapi memang this is among the best TT aku pernah join. Looking forward for the next session ..