Semalam
saya berpeluang untuk join small sharing session tuan Mohd Ali Majis. Beliau
merupakan seorang pakar hartanah, pelelong berlesen dan juga coach pelaburan
hartanah.
Baru
saya tahu sedikit sejarah beliau...bagaimana beliau bermula...banyak sungguh
dugaan dan cabaran yang diharungi untuk sampai ke peringkat sekarang...respek
bro! Part cerita bukak bisnes carwash pastu kena pukul dengan orang yang dengki
sampai ada kesan parut...scary sungguh!
Antara
slide yang menarik perhatian saya adalah panduan yang digunakan oleh tuan Ali
sebelum membuat pemilihan hartanah...Kat mana nak beli, bila nak beli, apa yang
perlu ada sebelum beli etc...
Saya
percaya panduan ini amat berguna untuk rakan2 yang follow page saya ni...sebab
listing memang saya update secara mingguan, tapi nak pilih yang mana? Semua
nampak best..hahaha...
Beliau
menggunakan Konsep IKON...
I
--> Ilmu
Sebelum
melabur, kita kena ada ilmu tentang pelaburan hartanah. Kena tahu sedikit
sebanyak tentang selok belok pelaburan hartanah. Mana boleh main beli je tanpa
tahu apa kita buat. Apa persediaan yang diperlukan etc. Sekarang ni dah mudah.
Buku, ebook, seminar coach etc semua dah banyak. Tinggal pilih je approach mana
yang sesuai. Malah free sharing pun dah banyak diadakan. So tiada alasan untuk
tidak tambah ilmu dahulu sebelum bermula.
K
--> Kawasan
Yang
ni juga penting. Kalau kita tade kawasan faveret, konpem kita akan jadi
golongan pelabur ikut2an. Mana orang beli, situ juga kita nak beli. Akhirnya
berebut2 dan bid lelong melebihi harga pasaran. Kan dah rugi...Banyak lagi
kawasan lain yang masih ok untuk dibeli. Part ni memang kita kena rajin buat
lawatan dan kajian. Tidak boleh malas. Tidak boleh semua benda hendak disuap.
Tiada jalan mudah untuk senang ya...
O
---> Objektif/ Opportunity ( Peluang)
Sebelum
melabur, kita kena tahu apa matlamat kita membeli. Nak simpan lama? Nak jual
terus? Nak buat sewa? Tanpa matlamat, jadi la senario " aku tak sure
kenapa aku beli...sedara mara aku semua beli kat situ...so aku ikut
lah..." hahaha...
Selain
itu, kita juga kena bijak mengenal peluang. Peluang ada di mana2. Kita kena
train minda kita untuk bijak menilai peluang. Ada juga peluang yang
berselindung di balik masalah. Kalau kita bijak menilai, kita akan dapat grab
peluang tersebut bila mana orang lain semua melarikan diri.
N
---> Networking/ Negotiation
Dalam
pelaburan hartanah, kita tak boleh bergerak sorang2. Kena ada jemaah. Kena ada
ramai kawan2 yang sama minat. Sebab ada peluang yang kita tak boleh nak grab
sorang2. Bila ada jemaah, peluang yang besar boleh dikongsi bersama. Selain tu,
kita kena berkawan dengan agent2 hartanah sebab mereka ini adalah orang pertama
yang selalu jumpa peluang2 best. Kalau kita baik dengan mereka, kita akan jadi
orang yang pertama mereka share peluang2 best tu.
Skill
negotiation juga tidak boleh dipandang remeh. Kena praktis / polish skill
tersebut. Dengan skill nego yang bagus, kita boleh dapatkan deal2 yang best
dalam market. Tak kisah la kita beli thru new development ke, subsale ke atau
pun lelong.
Sekiranya
anda rasa sharing ni bermanfaat, sila2 kan share dengan rakan2 yang lain.
No comments:
Post a Comment