Monday, November 9, 2015

Belajar dengan Haji H...

Haji H ni kawan saya...

Kenal pun dalam dunia pelaburan hartanah... 

Seorang yang pakar dalam bidang pelaburan tanah...kalau nak buat ukur tanah, kajian tanah, nilai tanah, beliau la orang nya...

Pada satu sessi sarapan bersama, saya sempat bertanya tentang rahsia kewangan beliau....Oh ya! Haji H ni dah kira "bersara" dari dunia kerja...dah lama capai kebebasan kewangan...cuma beliau masih memilih untuk bekerja di syarikat beliau sendiri...

Haji H kata, beliau follow kisah mimpi nabi Yusof....di mana dalam mimpi tu, akan ada 7 tahun mewah dan 7 tahun kemarau...

So Haji H ni kerja keras dan buat strategi agar kewangan beliau mampu untuk bertahan jika datang masa 7 tahun susah tu...

- 7 tahun nilai simpanan perbelanjaan bulanan
- Pendapatan pasif melebihi belanja bulanan

Bila dah capai peringkat tu, kita akan lebih yakin untuk menghadapi sebarang kemungkinan kemelut kewangan...

Hmm 7 tahun nilai simpanan bulanan....

Kalau sebulan belanja sebanyak rm5000, so kena ada simpanan sebanyak :

RM 5000 x 12 bulan x 7 tahun = RM 420,000

Tapi untuk rakan2 yang baru nak bermula, jangan takut dengan angka tu...mulakan langkah pertama kita...start small, finish big...

Start target untuk simpan 3 bulan nilai belanja bulanan dulu....then tambah ke 6 bulan, then setahun...dan seterus nya...

Be creative...buat pelaburan bijak...hasil pelaburan tu diambil sedikit masuk tabung kecemasan dan selainnya dilaburkan semula...ulang2 sampai kita capai matlamat...

Esok pagi nak main game cashflow 101 dengan haji H...nak korek lagi rahsia2 beliau....

Hohohoho....







1 comment:

hafez said...

Macam kenal Haji H ni. Saya pun rajin follow blog dia dulu2.