Monday, January 30, 2012

Hari Ahad yang Malang

Kebiasaannya, hari ahad merupakan hari yang menyeronokkan ramai orang. Pada hari tersebut, ramai yang mengambil kesempatan untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga. Bila tiba waktu malam pula, ramai juga yang mengeluh sebab perlu pergi kerja pada keesokan harinya.

Kisah saya pula, pada ahad semalam, dalam perjalanan ke Shah Alam untuk bersarapan, tayar kereta boleh pancit akibat terlanggar serpihan plastik ( rasanya plastik kereta lain yang mungkin tertanggal akibat kemalangan). Plastik tu agak keras dan menghasilkan bunyi yang kuat apabila berlanggar dengan tayar kereta saya.

Setelah pelanggaran berlaku, hanya dalam lebih kurang 80 meter, tayar kereta terus pancit habis. Terpaksa saya memberhentikan kereta di tepi jalan atas rumput di jalan yang menaik bukit. Di sini lah bermulanya masalah saya...

Ingin saya kongsikan tips untuk menukar tayar kereta yang pancit. Jika dalam kereta anda hanya ada jek kereta standard ( yang jenis kena putar tu...) , jangan berhenti untuk menukar tayar di atas tanah (lebih-lebih lagi di jalan yang berbukit atau tidak rata). Apabila saya cuba untuk menaikkan kereta, jek kereta mula menyenget apabila naik semakin tinggi disebabkan tapak jek tenggelam di atas tanah ( tanah tidak mampu menanggung berat kereta). Ini menyebabkan kerja tukar tayar yang sepatutnya mudah dan hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit, terus tidak dapat dilakukan.

Cuma nasib saya agak baik sebab kereta saya pancit di lingkungan kawasan jagaan Prolintas dan ada peronda Prolintas yang lalu di kawasan saya tu. Beliau yang membantu memanggil rakan beliau untuk membawa jek yang lebih besar ( jenis yang guna kat kedai tayar) dan tidak sampai 5 minit, selesai kerja menukar tayar. Kalau guna jek yang biasa tu, rasanya sampai esok pun tayar tak bertukar.

Kalau para pembaca hendak tahu langkah-langkah untuk menukar tayar kereta yang pancit, boleh rujuk di sini. Ilmu yang amat berguna terutamanya untuk pemandu wanita.

PS : tayar kereta saya dah masuk kategori "total lost". Terpaksa saya beli tayar baru untuk menggantikan tayar yang pancit tu.


4 comments:

rohaniah noor said...

aduhhh... duit melayang... masa terbuang...

mdizone said...

nak buat macam mana rohaniah noor, ni la namanya dugaan..

benda2 macam ni memang tak boleh dijangka...kena redha and move on...

Tapi memang terus tak buat apa2 la sunday tu...balik rumah terus tido hehe...

Farid Adam said...

penat nak putar atas tanah tu...

tapi bro tak rasa lagi tayar pecah masa mendaki bukit...lagi parah..hoho

mdizone said...

haha mintak dijauhkan... :P