Sunday, November 1, 2009

Skim Subsidi Minyak - Pakdi.my

(Petikan dari www.pakdi.my)

Salah satu perkara bread and butter dalam Belanjawan 2010 adalah, penstrukturan semula skim subsidi minyak.

Antara perkara yang banyak dipersoalkan adalah, pengguna Merc-edes pun membayar harga minyak yang sama dengan pengguna Kanc-il. Sedangkan yang pakai Kanc itu majoritinya bukanlah berduit macam pengguna Merc pun.

Subsidi petrol ini merupakan satu perkara yang rumit. Tak beri salah, beri pun salah.

Pada saya, apa yang kerajaan patut buat adalah, fokus kepada perkara yang boleh mereka kawal. Jangan fokus kepada perkara yang mereka tidak boleh kawal.

Misalnya, turun naik harga minyak dalam pasaran terbuka, bukan sesuatu yang boleh dikawal oleh kerajaan. Walaupun Malaysia pengeluar minyak, tetapi negara anggota OPEC adalah lebih berkuasa dari Malaysia. Jadi, harga minyak bukan perkara yang patut kerajaan fokus.

Tetapi kerajaan boleh mengawal infrakstruktur kemudahan awam, kerajaan boleh mengawal cukai kereta, kerajaan boleh mengawal tol di lebuhraya.

Kerajaan sepatutnya memikirkan, sekiranya minyak terpaksa dijual RM 180 / liter , rakyat mempunyai lebih dari satu pilihan pengangkutan untuk meneruskan urusan sehari-hari.

Bagaimana kualiti jalan di Malaysia?
Bagaiamana kualiti bas awam ?
Bagaiamana kualiti teksi ?
Bagaimana kualiti ERL, Star, Putra dan KTM komuter ?
Bagaimana rakyat boleh tidak terbeban dari cukai berlebihan dalam industri jual beli kereta ?
Bagaimana tol boleh dihapuskan ?

Masalahnya sekarang, kita tidak punya banyak pilihan. Harga minyak melambung. Tetapi pengangkutan awam yang sedia ada tidak mampu menyelesaikan masalah. Sudah lah kos tol, pembelian kereta di Malaysia sudah sedia terbeban, ditambah pula dengan kenaikan petrol, maka sudah tentu lah rakyat marah.

Bagi saya, selagi mana infrastruktur pengangkutan awam ini tidak dibaiki dahulu, buatlah apa pun dengan struktur subsidi minyak, ia tidak banyak membantu, lebih-lebih lagi kalau anda tergolong dalam golongan middle-class. Anda perlu memilih untuk menjadi orang miskin, atau orang yang kaya.

Sistem sedia ada hari ini adalah kerajaan perlu membantu orang miskin dan orang kaya, dan mengenakan cukai yang tinggi terhadap middle-class.

Contoh dalam Belanjawan 2010 :

Orang miskin tidak pakai kredit kad. Orang middle-class banyak pakai kredit kad. Orang kaya, mengeluarkan kredit kad. Siapa yang kena cukai perkhidmatan RM 50?

Orang miskin tidak bayar cukai pendapatan. Orang middle-class kena bayar cukai pendapatan sampai 26%. Orang kaya, dapat banyak pengecualian cukai, dan bantuan dalam bentuk projek kerajaan.

Orang miskin tidak pakai broadband yang hampeh tu. Orang middle-class yang banyak pakai broadband yang hampeh tu, dan diberi rebat cukai sebanyak RM 500. Dan orang kaya dapat menikmati dahulu peruntukan RM 11.3 bilion untuk projek High Speed Broadband.

Orang miskin tidak pakai komputer. Orang middle-class pakai komputer. Orang kaya jual komputer. Dan penjawat awam dibenarkan untuk buat pinjaman dengan kerajaan 3 tahun sekali untuk beli komputer dari tauke-tauke komputer ni.

Orang miskin tidak beli Sukuk 1Malaysia. Orang middle-class akan banyak beli Sukuk 1Malaysia. Dan orang kaya yang mendapat manfaat terlebih dahulu dari RM 3 bilion yang bakal dikutip dari Sukuk 1Malaysia. Orang middle class cuma dapat 5% setahun.

Orang miskin tidak punya KWSP. Orang middle-class semua ada KWSP. Tapi orang middle-class cuma dapat kira-kira 4.5% sahaja setahun. Tetapi orang kaya yang uruskan dana-dana KWSP dapat imbuhan yang lebih dari pencarum itu sendiri, tengok sahajalah ValueCap Sdn Bhd, senang-senang pinjam RM 5 bilion. Kita nak keluarkan duit KWSP sendiri pun susah.

Ya, dalam Belanjawan 2010 kali ini ada disebut pasal meningkatkan kemudahan awam. Tetapi saya fikir, ia sudah disebut dari dulu sampailah sekarang. Tetapi bila berlaku kenaikan harga minyak, kebanyakan kita masih belum boleh lagi meninggalkan kereta di rumah dan memilih untuk menaiki kenderaan awam bukan ?

2 comments:

~tuah.rimbun~ said...

public transport di malaysia adalah sgt menyakitkan hati..
tak setanding dgn status metropolitan KL..
kadar mahal, fasiliti yg teruk dan tak konsisten...
tak masuk akal kalau tgu komuter sejam sekali, walhal itu keretapi penguhubung antara tempat tersebuk di KL...

mdizone said...

lrt dengan monorail masih boleh diterima. kadar tambang pun rasanya berpatutan. Cuma kalau komuter tu, memang sucks big time la. hampas tak hingatnyer.