Sebelah pagi, lepas sarapan sumer, aku ngan family bergerak ke bukit subang untuk tengok rumah. Satu solution ada inform yang diorang dah bersihkan rumah tu. Good2. Aku memang nak rumah ni dibersihkan cepat so boleh segera disewakan. Setakat ni aku puas hati dengan servis satu solution. Cuma masih ada beberapa perkara yang boleh diperbaiki. Part tu nanti aku citer direct la dengan Satu solution. Selain dari nak tengok rumah, aku pun nak tampal iklan sewa kat area bukit subang tu. Kalau ada rezeki, boleh sewakan terus bulan ni. Ni la untung kalau beli rumah lelong yang tak berpenghuni. Kita boleh pantas uruskan rumah tu supaya boleh diduduki, pastu terus sewa. Loan belum jalan, duit sewa dah rasa. syok kan...
Rumah tu aku puas hati la tahap kebersihannya. Dah kira boleh masuk duduk dah. Cuma tinggal nak kena balas bersihkan lantai sikit sbb dah macam berhabuk. Tinggal mop lebih kurang jadi bersih balik la. Sayangnya salah satu pintu bilik terkunci plak dari dalam. Aku mana ada kunci bilik2 dalam rumah tu. Sume nak kena tukar balik dengan kunci baru. Nampak gaya nak kena panggil Macha Bri lagi ni nak kasi bukak kunci. Leceh betul. Baru je aku plan nak tukar sendiri. Bukan susah mana pun. Cuma part nak bukak pintu berkunci je aku fail lagi. Tak pernah buat.
So lepas cek lebih kurang, aku pun gerak la dari situ. Sebab nak pergi tampal iklan plak. Aku tampal kat area2 situ je. Kat bus stop, kat papan kenyataan etc. Pastu aku pergi 7 eleven kat situ untuk letak notis iklan. Bagus 7 eleven ni. Aku suka sebab ada servis buletin. Percuma plak tu. Orang pun suka datang 7 eleven klau nak cari bilik atau rumah sewa. Mudah dan menyenangkan. Lepas setel tampal iklan sumer, aku pun chow balik rumah untuk lunch. Belah petang ada appointment nak tengok kereta plak.
Dalam kol 130pm, aku bergerak ke pusat bandar damansara. Ada appointment dengan seorang seller kereta honda. First time aku masuk area bukit damansara. Tempat rumah orang2 kaya. Seller ni anak orang kaya rupanya. Die nak jual kereta die sbb nak beli harrier. Muda lagi seller ni. Baru je 28. Keje oil n gas. Sure banyak duit. Selamba je nak angkat harrier. Aku bukannyer reti sangat nak tengok2 kereta ni. Nasib baik aku bawak member aku untuk teman. Die agak biasa dengan kereta so aku harap boleh dapat some guidance. Tade la aku termangu2.
Jumpa seller tu pun tak lama. Borak2 skit2 pastu terus pergi test drive. Pusing2 area pusat sains negara. Aku baru perasan. Perasaan kereta baru dengan 2nd memang agak berbeza walaupun untuk honda. Kalau kereta 2nd ni, feeling die kureng skit. Aku tak kata kete honda yang aku test drive ni tak bagus, cuma bila compare dengan pengalaman aku test drive kat mofaz hari tu, memang terasa la beza dia. Tapi overall kete ni ok. Enjin suspension sumer ok lagi. Bawak pun masih sedap. Cuma kena buat skit kat part interior, bersihkan lebih kurang, dah boleh kata puas hati la. So next step lepas ni, aku akan bawak kete ni untuk pergi worksyop member aku yang datang sekali tu. Nak tengok kot2 ada apa2 yang kitorang tak nampak hari ni. So kalau sumer ok, mebe aku amik terus kot. Malas nak tengok2 lagi dah kete lain. Masa dah tak banyak ni. Nak cek loan lagi etc. Pening2..
Yang bestnyer hari ni, time tengah hari tadi masa aku baru je 15 minit sampai rumah n nak prepare untuk lunch, dah ada orang call nak datang tengok rumah. Siap kata nak datang terus petang ni nak tengok. Aduh mana lepas beb.Aku baru je sampai rumah nak makan. Sebelah petang dah ada appointment nak tengok kereta. So aku set balik dengan dia nak jumpa esok pagi kol 10am. Berkesan sungguh iklan yang aku tampal hari ni. Mula2 aku ingatkan area bukit subang ni suam2 kuku je. Paling cepat aku dapat tenant pun dalam next week. Tak sangka plak lepas 2 jam aku tampal dah ada orang call tanya. Harap2 ada la rezeki esok orang tu terus decide nak amik. :)
No comments:
Post a Comment