Monday, November 23, 2009

Sroott Sroot...

Adeh, tensennye bila kena selsema. Sume benda buat rasa tak kena. Kepala pon terasa weng je. Habis weekend aku kali ni. Langsung tak produktif.

Aku start terasa nak selsema masa bangun pagi hari sabtu lepas. Hidung dah tersumbat. Kepala pun rasa bengal2 je. Tapi terpaksa gagahkan jugak diri. Bila nak terasa demam ni, kita takleh manjakan badan sangat. Kena terus cergas aktif. Kalau mental asyik kata demam, sure badan pon jadi lemah.

Weken ni sepatutnya aku pergi rumah sewa bukit subang. Nak tukar tombol pintu bilik. Budak2 penyewa rumah tu dah kasi deposit sumer siap. Kunci rumah pun aku dah kasi. Sewa start bulan december 2009. So extra days untuk november ni aku halalkan je la. Lagi pun aku tak start lagi bayar ansuran kat bank. Duit sewa disember tu kira duit terpijak la. Banyak benda yang aku tak setelkan lagi untuk rumah ni. Dinding tak cat, tombol bilik tak tukar, lampu pun ada yang tak menyala. Tapi memandangkan penyewa aku bersungguh2 nak pindahkan barang dulu, aku terima je la deposit diorang. So nampak gaya terpaksa la cepat2 aku setelkan apa yang terbuat. Benda yang paling mudah, tukar tombol pintu la.

Mula2 aku ingat nak guna servis satu solution. Malas rasanya nak buat sendiri. Bukan bidang aku pun benda2 kunci ni. Orang lain bole buat 10 minit, kalau aku buat mau jadi sejam untuk satu tombol (aku pernah alami benda ni dulu untuk rumah pantai dalam aku. Rupanya memang tombol pintu tu bermasalah). Tapi bila fikirkan kos extra yang terlibat, last2 aku decide nak buat sendiri. Kedekut jugak aku ni rupanya hehe..

Laa rupa2nya bukan la susah mana pun. Kalau tombol pintu tu ok, memang cepat je setel. Aku habiskan keje tukar 3 tombol pintu dalam 30 minit je. Puas bila dah berjaya setelkan. Cuma berpeluh jugak la sebab tade kipas dalam bilik. Dah la tengah hari. Panas. Bila dah setel kerja tukar tombol tu, aku pun blah la cepat2. Sebab ada appointment nak cek kereta kat bengkel plak lepas tu. Yang ni projek lain plak. Malas nak kecoh sekarang. Dah ada hasil kang, baru aku citer.

Hari ahad plak lagi la haru. Selsema aku makin menjadi2. Lepas pergi klinik amik ubat (ubat free. Sebab masih bole guna medical card gitn. Ini la time2 terakhir nak lenjan medical card gitn. Lepas ni kalau sakit kena bayar sendiri), aku terus balik rumah. Pengsan the whole evening. Apa pun tak buat.

Hari ni selsema aku dah ok skit. Dah tak weng sangat dah. Aku dah budget, kalau tak reda gak, aku mc je hari ni. MC yang sendiri declare. Takyah report kat sapa2. Alhamdulillah, selsema dah reda skit, so aku terus pergi opis baru aku. Sayang la satu hari kalau tak buat apa2. Bila dah keje sendiri ni, mesti make sure hari2 kita tu ada hasil. Mesti produktif. Tak boleh malas2. Kalau baru sakit skit dah lembik, susah la. Sekarang tade orang nak marah2 kita kalau lambat masuk keje etc. Kita yang kena motivate diri sendiri. Kalu tak keje, takde duit. Simple je.

Self employed ni baru fasa kedua dalam misi aku. Kena cepat2 lompat masuk dalam quadrant bisnes / investor plak. Once pasif income > expenses aku, baru la tercapai matlamat kewangan aku. Masih jauh lagi perjalanan ini. Apa2 pun, dengan maju setapak setiap hari, iallah matlamat tersebut akan tercapai..

No comments: