Thursday, November 5, 2009

Working from home anyone?

Tadi berita cerita pasal kerajaan nak kenalkan sistem kerja dari rumah. Kementerian Kerja Raya nak start dulu bermula dengan kakitangan pelukis pelan. Sebab diorang ni kebanyakannyer kerja mengadap pc. So kehadiran mereka di pejabat tidak kritikal.

Aku menyambut baik langkah ni. Banyak faedahnye dari segi sosial dan ekonomi. Kalau pekerja boleh bekerja dari rumah, boleh jimat dekat tol,minyak dan parking. Masa perjalanan juga dapat dijimatkan. Takyah bersesak2 ke pejabat. Secara tak langsung, kesesakan lalulintas juga dapat dikurangkan. Memang aku sokong sangat2 la. Antara sebab aku beralih arah pun sebab ni juga. Aku takleh terima suasana kena punch card. Sepatutnye kita dinilai dari segi produktiviti kita. Kemahiran kita menyelesaikan masalah. Bukan dengan melihat berapa awal kita sampai opis dan berapa lewat kita balik. Padahal majoriti yang balik lewat tu pun bukannya buat keje. Banyak browsing internet ngan main game je. Pastu claim OT. Ala macam la aku taktau. Aku pun pernah keje pejabat gak hehe...(aku tak cakap sumer ye, memang ada yang stayback sbb nak kejar dateline.. bagus2..harap2 korang dapat bonus banyak tahun ni)

Cuma biasa yang jadi isu pasal kerja dari rumah ni lebih tertumpu kepada organisasi yang besar2. Macam kerajaan la. Susah nak nilai produktiviti secara individu sebab terlalu ramai. Dalam ramai2 tu, ramai juga yang tak sibuk. Banyak yang buat2 sibuk. Jawatan diwujudkan sbb nak cipta peluang pekerjaan yang lebih banyak. Tapi yang peliknye, banyak pulak jabatan2 yang kekurangan staff. Staff2 kat situ plak bekerja macam nak giler. Aku sendiri kenal 2-3 staff kerajaan yang stayback sampai 3-4 am pastu esok ada meeting kol 9am. Kalau aku pun tak tahan oo.Gaji bukan banyak pun. Respek2..

Cuma untuk kerja dari rumah ni, tak semua jawatan boleh diapplikasikan. Kalau yang kerja kaunter, keje guard, macam mana nak kerja dari rumah kan. Sure la tak jalan jabatan tu. Kalau plak jenis yang kerja hanya mengadap pc keluarkan report, mebe boleh dipertimbangkan golongan ni kerja dari rumah. Tapi konpem la yang kene datang opis tu jeles kan? hehe..

Kita tengok dan lihat je la macam mana kerajaan nak implement sistem ni. Aku sokong je sbb aku prefer sistem yang menilai hasil kerja seseorang berbanding berapa awal die datang pejabat :)

No comments: