Mengikut plan aku, patut bulan 12 aku dah kena start pulun buat marketing job untuk fmmedia. Kalau everything berjalan lancar, dalam bulan jan - feb 09 aku dah start dapat call untuk job presentation. Bulan march - april job dah siap. Bulan may dapat payment. Perghhh nak kena tunggu sampai bulan 5 baru dapat payment tu. 5 bulan tade pendapatan. Time2 ni la penting ada saving. Kalau tade saving, aku pun tak berani nak quit. Tu kalau sumer berjalan lancar. Kalau tak lancar? haa mana la aku nak cekau duit belanja.
Untuk start ni, antara benda yang aku buat ialah aku setup blog baru untuk cerita perjalanan aku dengan fmmedia. Aku cuba tulis blog ni dalam english. Konpem lintang pukang la grammar aku. Dah lama tak menulis dalam english. Last sekali seingat aku pun masa time nak buat SPM. Time tu memang concern gile la dengan grammer. Sekarang ni lantak la. Janji orang paham bila baca. Buat masa ni, content tak banyak lagi. Tape pelan2 kayuh...
Kalau sudi nak tgk blog baru aku, boleh la klik kat sini
For this week, masih belum banyak aktiviti yang aku rancang. Just calling2 client2 lama . Update2 citer. Kalau dapat buat appointment jumpa dah kira bagus dah. Most of the time, aku akan spend banyak masa di pejabat fmmedia. Kat rumah susah nak buat keje, banyak sangat distraction. Katil la, tv la, ps2 la. Tak mampu lagi nak kuat kan semangat untuk bekerja dengan efisien kat rumah.
Pada kawan2 yang dah bekerja dari rumah, macam mana korang disiplin kan diri? aku fail lagi la part ni. Hehe.....
No comments:
Post a Comment