So masa time borak2 tu, kuar la topik pasal beli rumah pertama. Mana satu bagus? Beli rumah untuk duduk sendiri atau terus buat rental investment. Susah juga nak jawab persoalan ni. Setiap individu ada keperluan dan kehendak yang berbeza. Member aku ni plan nak beli rumah ni untuk duduk sendiri. Budget die tinggi. Dalam rm230k. Ok la tu. Sebab gaji die besar.
So back to the issue, which on is better? Both objective have their own pros and cons.
Kalau beli untuk duduk sendiri, automatik ini bermakna kita tak perlu lagi menyewa dengan orang lain. Kita boleh buat apa saja kat rumah kita tu. Nak hias ke, nak renovate ke. Macam2 la boleh buat. Memang kepuasan maksima la sebab kita duduk rumah sendiri. Takyah nak mintak izin tuan rumah kalau nak tebuk2 dinding. Parent pon tak bising2. Diorang pun tumpang bangga anak diorang dah mampu beli rumah sendiri. Bulan2 bayar ansuran, at the end of the day, rumah tu jadi milik kita. Kalau menyewa, kita yang kayakan tuan rumah. Baik bayar untuk rumah kita sendiri kan?
Yang tak bestnye, bila nak apply loan untuk rumah kedua (untuk investment), kita punya loan komitmen dah tinggi. Biasanya bank ada had limit terhadap debt exposure kita. Kalau aku tak silap, loan repayment takleh lebih 50% dari gaji pemohon( kalau aku silap, tolong betulkan ek..) So kalau gaji kita dalam rm3k, bayar loan rumah pertama dalam rm1k, pastu ada loan kete campur kredit card campur personal loan etc etc, cuma tinggal dalam rm1000 je. Kita punya komitmen dah lebih dari 50%. Macam mana nak apply utk loan rumah kedua? Bank sure tanak kasi punya. So ini akan membantutkan proses kita nak bina asset. Yang ada hanya lah liabiliti. (noted : rumah duduk sendiri merupakan liabiliti). So kalau nak beli rumah untuk pelaburan, nak tanak sama ada kita kena tinggikan income atau restructure komitmen.
Kalau kita beli rumah pertama untuk disewakan, lain pulak cerita. Bila ada penyewa pastu kita boleh sediakan tenancy agreement dan statement bank (menunjukkan duit sewa masuk), bank akan kira sewa tersebut sebagai rental income kita. Ini bermakna bayaran ansuran rumah tersebut tidak akan efek debt exposure kita. Theoritically, kita boleh beli sebanyak mana rumah yang kita nak dan masih boleh apply loan bank walaupun gaji kita tak naik2 (ni teori sahaja, bank masih ada had limit walaupun diorang tak admit). Dengan syarat setiap rumah kita tu ada bukti rental income dan rental income tersebut lebih dari ansuran bulanan.
Cuma yang kurengnye, kita still kena menyewa la. So bila menyewa dengan orang ni, paham2 je la masalahnya. Kena bayar sewa tapi rumah tu bukan kita punya. Nak buat apa2 pun tak boleh dan tak berbaloi. Kepuasan duduk rumah sendiri tu tade.
So antara dua objektif ni, aku still kata kena ikut apa situasi setiap individu. Untuk aku , aku prefer beli rumah pertama untuk rental terus. Sebab gaji aku tak besar. Kalau beli rumah utk duduk sendiri, bank tanak kasi dah loan lagi utk rumah kedua. So kena bersabar dulu untuk beli rumah sendiri. Once aku dah capai target bape rumah sewa aku nak beli, baru aku fikir untuk beli rumah duduk sendiri plak.
Lagi pun kalau beli rumah untuk duduk, lagi payah nak put aside duit untuk investment. Ye la paham2 la bila ada rumah sendiri. Nanti mula la gatal nak isi perabut la, nak renovate la, nak hias sana hias sini la. Duit pun habis kat rumah je. Bilanya nak start investment? Silap gaya amik personal loan untuk buat renovation sbb raya. Elok2 beli rumah untuk improve financial condition, terus dibelenggu hutang.Haru2....
5 comments:
Kalau baru kali pertama, saya cadang beli untuk pelaburan dulu. Banyak yang saya perhatikan jarang sekali orang akan kekal di rumah pertama. Ini mungkin disebabkan kena tukar kerja, citarasa berubah, ingin buat rumah sendiri dengan tanah lot etc.. Selalunya bila kita mencapai umur 40an baru kita setabil dari segi pemilihan tempat untuk bersara, keawangan dasnya.. Untuk tidak menyesal kemudian hari lebih baik beli rumah untuk pelaburan dulu....
thanks for your comment mailmat. Kita sependapat. :)
vote for investment....rather than
saya bersetuju dengan idea yg diketengahkan oleh saudara..dan saya juga masih belum memiliki rumah buat waktu ni & dlm masa yg sama mula meminati dlm bidang pelaburan hartanah... nice article!
salam eezone,
what if kita masukkan gaji wife ke acc kita but break it off let say dlm 400 each..so nnt dlm acc statement kita akan ada duit masuk..maintain dlm few months..pastu buat dummy rental agreement with sewa 400 mcm jmlh yg kita masuk tu..heheh..agreement tu g stamp kt pesuruhjaya sumpah je..
bukti agreement + bukti acc statement..so bank tentu leh bagi buat loan lagi...i think other people out there ada yg implement like this..
Hi Alhusni,
Aku pun pernah dengar orang buat macam tu. Rasanya bole je buat. Tade masalah rasanya. As long payment kat bank cantik, shudnt be any issue at all. Try tanya sifu pie, rasanya dia lagi mahir kot.
Post a Comment