Monday, November 2, 2009

Microsoft Money 2004 for Macbook ku


Semenjak aku pakai macbook ni, makin berserabut otak aku nak belajar selok belok guna os mac ni. Memang banyak berbeza dengan OS window. Bila nak migrate ni, antara benda yang aku risaukan ialah pasal software microsoft money yang aku dok guna since 2004 untuk track financial details aku .

Lama aku pakai software ni, version 2004 punya. CD installer die pon aku dah tak ingat letak mana. Terpaksa la menggagau carik dekat digital mall ss 14. Tiga kedai aku pusing, baru la jumpa satu cd installer microsoft money yang comprehensive. Aku malas nak guna apple punya finance software, sbb malas nak setup balik sumer akaun2 aku. Yang ada sekarang ni pun aku tak boleh nak buat accurate, ni kan plak nak setup akaun baru. Dulu masa hanya ada akaun cashflow harian, senang la nak manage. Sekarang ni dah ada asset2, nak adjust plak dengan loan account, perghh memang la aku malas nak buat. So kalau boleh nak terus guna je apa yang ada.

Seb baik macbook ni aku install window sekali. Member aku tolong buatkan guna boot camp. Sajer nak install window jugak sbb mana la tau ada time2 nak guna software window, contoh macam microsoft money ni la. Everytime nak update, aku kena boot macbook ni masuk window. Leceh skit la tapi better dari tak buat langsung. Sekurang2nya aku masih boleh update finance aku kat pc.

Sedar tak sedar, dah lebih lima tahun aku maintain update perbelanjaan aku masuk dalam microsoft money. Dulu masa mula2 nak start, mmg susah. Die punya rasa malas, tuhan aje yang tau. Tapi penting sebenarnya kita catat perbelanjaan kita. Kita perlu tahu ke mana duit kita diperuntukkan setiap bulan untuk kita merancangan kewangan kita. Kalau kita taktau duit kita habis kat mana, macam mana kita nak belajar buat budget kan. Tup2 je tengah bulan duit dah kering. Terpaksa plak ikat perut etc. Tak seronok la life macam tu.

Benda catat perbelanjaan ni macam dah jadi habit aku dah. Sekurang2nye aku akan update selang 3-4 hari sekali selagi mana aku masih ingat perbelanjaan aku. Selalunya aku akan update tiap2 hari la sbb bukak pc tiap2 hari. Bukan susah mana pun, setakat tak sampai seminit sehari. Bukannya kita spend berpuluh2 item sehari. Kalau macam aku, setakat duit makan, duit tol, duit minyak, duit belanja miscelaneous, sumer boleh ingat punya. Unless kalau dah lebih 4-5 hari tu mmg susah la nak ingat. Tapi tak perlu detail sangat pun. Kalau dah lupa, buat la anggaran. Janji kena buat.

Untuk sapa2 yang dah start main ODASB dan sebagainya, step catat perbelanjaan ni lagi2 la critical. Kalau tak jaga, dengan ODASB tu sekali bole lingkup sbb asyik spend2 je. Tak selidik kita spend utk apa. Sekarang ni pun banyak software finance yang boleh membantu. Untuk aku, mmg aku propose guna microsoft money je. Aku pun tak guna banyak function dalam software tu, cukup sekadar track daily expenses pun dah cukup. Hujung bulan je, aku produce report (dlm bentuk pie chart etc). Dari situ aku dah boleh tahu kat mana terlebih belanja, kat mana terkurang belanja etc. Next month aku boleh la buat adjustment yang sepatutnye.

Kan bagus macam tu...

2 comments:

~tuah.rimbun~ said...

wow, benda bari microsoft money ni bagi aku..

bagus2!!

mdizone said...

bagus software ni. senang nak guna n track financial kita. kalau dulu orang guna buku 555 untuk track expenses. Pada aku leceh sbb sumer benda kena guna manual. kalau guna software ni, cukup bulan je kita boleh generate report. takyah pening2 nak study expenses kita