Tuesday, November 17, 2009

Majlis Farewell GITN

Last week budak2 opis aku organize majlis farewell untuk aku. Sehari sebelum aku bertolak ke penang untuk cuti2 penang. Aku contribute skit belanja diorang sumer makan domino pizza. Itu je yang aku mampu buat masa ni. Iallah bila rezeki aku murah nanti, aku memang dah niat nak belanja budak2 opis aku ni makan best skit.

Majlis farewell tu buat kat opis je. Dalam kol 430pm macam tu. Time2 orang dah malas nak keje. Seronok juga la bila ada kawan2 yang sanggup susah payah belikan pizza, prepare2 meja etc. Sepanjang aku bersama GITN (almost 7 tahun), ni la geng2 yang aku dah anggap macam keluarga.Sekurang2nya ada juga la yang ingat kat aku ni. Nak harapkan management atasan, rasanya nama aku pun diorang tak cam kot. Sapa la aku kan. Hanya watak picisan je. Exec cabuk.

So sebelum makan2 tu, ada la skit2 ucapan dari manager dan rakan2. Aku pun tak terkecuali untuk memberi sepatah dua kata. Aku tak cakap banyak sangat sbb perut dah lapar. Sanggup tak pergi lunch ni semata2 nak bedal pizza. Aku cerita la skit2 kenapa aku ambil keputusan nak tender resignation. Sempat jugak aku citer apa aku nak buat lepas ni. Aku memang ada plan nak jadi real estate agent. Macam Satu solution tu. Sebab bidang hartanah ni memang passion aku. So aku cakap la kat kawan2 aku ni, kalau ada apa2 benda nak refer pasal hartanah, boleh calling2 aku. Aku akan bantu setakat mana yang mampu. Sebak juga masa bagi ucapan tu. Lastly sumer pun wish each other gud luck for the future. Aku pun harap kawan2 aku ni akan lebih maju di masa hadapan. Jangan hanya mengharap income dari gaji sahaja. Tambahkan usaha untuk multiple source of income sebab makan gaji ni bukan la terjamin sangat seperti mana yang kita bayangkan.

Tak lupa juga ucapan dari head department aku yang dikenali sebagai En Salim. Sepanjang 7 tahun ni, beliau boleh dianggap sebagai father figure kat gitn ni. Seorang yang sangat penyabar dan tenang. Kalau korang kenal die, memang boleh tabik hormat la kat tahap kesabaran en Salim ni. Banyak nasihat yang akut terima dari beliau. Antara nasihat yang aku takkan lupa, masa tu aku baru je join gitn. Dalam tahun 2002 camtu kot. Time tu aku tengah stress giler keje. Ye la baru start nak bertapak. Apa pun taktau lagi. Bile En Salim perasan aku tengah stress macam tu, dia bagi kata2 nasihat. Die cakap masalah sentiasa ada. Masalah juga akan sentiasa datang dan pergi. Jangan terlalu tertekan dengan masalah2 yang ada. Be relax and try our best to solve the problem. Iallah sampai satu ketika, masalah yang merunsingkan kita tu akan pergi juga. Memang nasihat ni aku simpan la sampai sekarang dan aku akan apply dalam venture2 aku yang akan datang.

At the end of the day, aku disuprisekan oleh kawan2 aku ni. Diorang prepare farewell gift rupanya. Aku memang tak sangka langsung. Ingatkan habis setakat makan2 je. Ada juga tanda kenangan yang aku bole simpan. Thanks a lot guys!! Terharu habis la time tu...

Iallah kalau ada rezeki, laluan hidup kita akan bersilang lagi di masa akan datang...


5 comments:

treec00l said...

tahniah bro,

sudah melangkah keluar dari alam menjadi pekerja.

sekarang sudah bekerja sendiri.

tahniah ya.

ape plan lepas ni? story mory lah.

p/s: GITN tu ape?

rumet said...

GITN - Gulai Ikan Temenung Networks.... syarikat jual gulai ikan instant... tak pernah jumpa ke?

mdizone said...

Ko ke yang jual ikan tu rumet? patut la manjang bau hanyir je. haha..

Lepas ni ada a few plan nak buat. Tapi tengah pelan2 kayuh lagi. Nanti aku akan update tentang plan2 aku.

tungguu...

zjie said...

GITN - Government Integrated Telecommunications Network

i wish u best of Luck... zjie

mdizone said...

zjie, thanks for the clarification. Ko staff GITN ke?