Kenapa ye aku tanya soalan macam ni? Sebab ni salah satu cara yang agak efektif untuk melaksanakan konsep "pay yourself first" dan pada masa yang sama mendesak kita untuk berusaha untuk mencari pendapatan tambahan. Kita kena anggap payment untuk diri kita ni sebagai satu perbelanjaan wajib sama je macam bayar installment rumah, kereta etc.
Kalau kita anggap buat simpanan ni hanya bila ada lebihan, mmg sampai bila2 la kita takkan menyimpan sebab setiap lebihan yang ada tu konpem kita akan teringin nak belanjakan. Tu pasal ada orang walaupun pendapatan bertambah, perbelanjaan dia pun bertambah jugak.
Aku pun tak praktis lagi benda ni. Setiap bulan seboleh2nya aku akan make sure sumer payment yang perlu aku bayar mesti dilunaskan, termasuk la portion untuk simpanan.Cuma amount simpanan tu tade la besar mana. So tak seronok juga.
Aku tergerak nak tanya ni sbb aku tengah baca balik buku " Increase Ur Financial IQ" bab "budgeting ur money". Dalam buku tu cakap, kita kena praktis budget surplus. Budget surplus ni ialah cara kita menguruskan kewangan di mana di setiap bulan, kita ada lebihan kewangan yang kita boleh simpan, labur atau belanja. Dalam buku tu juga, penulis ada cakap. Time dia tengah susah dulu, dia tetap pay himself first walaupun sampai tade duit nak bayar kat bank etc. Selama beberapa bulan dia kena kejar dengan pihak bank tapi dia tetap berpegang pada prinsip tu dan pada masa yang sama, dia bertungkus lumus untuk mencari pendapatan tambahan untuk top up shortage yang dialaminya. At the end, dia berjaya la juga untuk cukupkan sumer payment yang perlu dibuat.
So point kat sini ada dua perkara. Satu ialah menjadikan konsep simpanan peribadi tu sebagai belanja yang kita perlu bayar. Kedua ialah untuk push diri kita agar tidak complacent walaupun pendapatan kita cukup2 nak cover sumer belanja tapi tade lebihan untuk simpanan.
Masalah aku sekarang ni ialah aku agak complacent dengan apa yang aku ada. Setakat ni alhamdulillah masih cukup pendapatan untuk tampung sumer belanja. Tapi yang tak bestnya, aku tak terasa ada improvement. Bila cukup je income untuk satu bulan tu, aku dah terasa nak lepak. Sebab tade sapa yang nak marah aku atau kejar aku pasal tak buat payment. Tu yang tergerak nak praktis benda di atas. Agak2 nyer bila bank call tanya payment bila nak masuk, sure aku menggelabah nak dapatkan more income untuk bayar kat bank kan? Bila jadi macam tu, konpem la aku akan berusaha dengan lebih rajin.
Cuma cara ni agak tak digalakkan kot sbb nanti ccris sure tak cantik. Bahaya juga kalau ada plan nak buat loan di masa akan datang. Susah nak dapat loan. Loan pun penting juga dalam plan untuk increase asset.
Rasanya awal2 ni aku nak increase lagi simpanan aku and jadikan income aku tak sufficient untuk tampung expenses yang ada. Then nak tengok how stong is the discomfort feeling and the drive to strive more and earn more money untuk cover amount yang tak cukup tu. For the start, aku akan tolak 20% dari setiap income yang aku dapat masuk dalam personal saving n cuba hidup dengan balance duit tu. Kalau masih rasa selesa, aku akan increasekan lagi percentage tu sampai la aku jadi menggelabah.
We'll see how this experiment go...hmmm
No comments:
Post a Comment