Showing posts with label Property. Show all posts
Showing posts with label Property. Show all posts

Thursday, March 22, 2012

Kisah Rumah Sewa (Pantai Dalam)

Alo? Alo? Senyap sunyi je kan blog ni. Lama betul tade update. Silap2 labah2 pun dah mula datang nak buat sawang hahaha...

Ok kali ni nak bercerita lagi pasal kisah rumah sewa kat Pantai Dalam. Sebelum ni dah cerita kat sini. Time tu cerita pasal mengecat rumah. So sekarang ni alhamdulillah rumah ni dah selamat disewakan.

Kadar sewa? Rasanya ada yang dah tahu kot. Pernah sebut di facebook. Lebih Rm 1k untuk unit fully furnish. Rumah low medium cost apartment. 710sf. Takde parking. Tinggi ke kadar sewa tu? Boleh la. Ramai yang suka bila dengar dapat duit ni.

Akan tetapi tak ramai yang tahu macam mana kesukaran nak dapatkan penyewa yang sanggup bayar sewa sebanyak tu. Bukan senang nak menguruskan rumah sewa. Saya terpaksa menunggu sehingga sebulan setengah untuk mendapatkan penyewa yang saya berkenan dan mampu untuk membayar kadar sewa yang saya inginkan. Rasanya ada dekat 20 orang yang tengok kot. Ulang alik ke rumah sewa ni pun rasanya dah lebih 8 kali. Memang hati kena cekal. Kalau tak cekal, awal2 dah fed up.

Proses memilih penyewa ni bukan benda yang remeh. Kena buat betul2. Masa sessi tunjuk rumah tu, ada penyewa yang kita suka, dia tak suka pulak kat rumah tu. Kalau suka kat rumah tu pun, budget pula tade. Ada yang boleh bayar, tapi kita pulak yang tak berkenan. So terpaksa la tunggu sampai sebulan setengah padahal rekod area tu pernah dapat penyewa dalam masa tak sampai satu hari.

Kepada rakan2 tuan rumah sekalian, kalau anda ada rumah sewa, pastikan pulangan rumah sewa anda betul2 berbaloi dengan usaha yang anda curahkan. Kalau setakat break even, susah la. Nak menguruskan rumah sewa bukan senang. Alang2 buat, biar lah benar2 menguntungkan.

Lagi teruk kalau ada rumah sewa, tapi tiap2 bulan kita pula yang nak kena top up sebab installment bulanan lagi tinggi dari sewa. Kalau anda di posisi sedemikian, cepat2 lah jual rumah sewa tu. Itu bukan lagi asset anda tetapi dah jadi liabiliti.

Ingat ya! Kalau nak jadi kaya, beli dan simpan asset, bukan beli dan simpan liabiliti...




Thursday, January 5, 2012

Berita Buruk Atau Baik?

(sumber : http://www.themalaysianinsider.com/business/article/RHB-Research-sees-property-sales-growth-tumbling-75pc)



RHB Research sees property sales growth tumbling 75pc



January 05, 2012

Tightening credit will drive demand towards more affordable property, said RHBRI. — File pic


KUALA LUMPUR, Jan 5 — Property sales growth is expected to fall to around a quarter of what it was in the last two years due to the projected lower GDP expansion and continuing euro zone crisis, RHB Research Institute (RHBRI) said today.


“We reiterate that, property sales are highly driven by the macroeconomic factors, i.e. the ultimate GDP growth, as seen in the last 20 years,” it said in a note.



“Given RHBRI’s estimated GDP growth of 3.6 per cent for 2012, we expect overall property sales to slow to around 5 per cent this year, following a remarkable 21 per cent and 20 per cent growth in 2010 and 2011 (based on annualised 1H numbers) for residential segment.”



Buyers were now taking longer to decide on property purchases, the research house noted, adding that large-scale projects such as SP Setia’s KL Eco City have already seen pullouts in bookings.



RHBRI added that it still expects property demand to gradually switch to the affordable or mass housing segment as demand for high-end properties dry up due to affordability issues and tighter financing.



Bank Negara Malaysia issued stricter lending guidelines last year, requiring banks to use net income rather than gross income to calculate debt service ratio for loan approvals.



The guidelines, which came into effect on January 1, cover all consumer loan products including housing loans, personal loans, car loans, credit card receivables and loans for the purchase of securities.



The move was introduced to rein in household debt, which stood 76 per cent to GDP, the second-highest in Asia after South Korea.



Despite “wobbly” fundamentals, RHBRI has upgraded the property sector from underweight to neutral, noting that property stocks had likely bottomed out in the fourth quarter of 2011 and the market did not expect further regulatory measures.






( Apa pandangan korang tentang artikel di atas? Adakah ia akan membuatkan korang tertanya2 akan prestasi sektor hartanah pada tahun ini? Ramai juga client aku yang khuatir untuk membuat sebarang pelaburan hartanah terutamanya pada hujung tahun lepas. Ramai yang takut kalau beli sekarang, harga hartanah akan jatuh menjunam macam harga silver dan emas baru2 ni.



Aku tak boleh nak komen panjang pasal bagaimana pelaburan hartanah akan perform tahun ni. Aku tade bebola kristal yang boleh melihat masa akan datang. Kalau aku ada, konpem aku dah kaya raya. Beli je saham google masa diorang baru nak start. Takyah susah2 pening kepala nak beli rumah, uruskan loan, uruskan penyewa etc hehe...



Cuma yang aku boleh cakap, investing is a plan. Kita mesti ada perancangan tentang bagaimana kita nak terlibat dalam satu2 pelaburan. Termasuk la pelaburan hartanah. Kalau yang dah ada plan tu, diorang tak kisah sangat pasal keadaan ekonomi dunia. Diorang memang dah ada strategi untuk bertindak jika ada sebarang pergerakan harga pasaran hartanah. Kalau yang tade plan n ikut2 orang tu yang menggelabah tak tentu pasal tu. Orang lain beli, dia pun gatal nak beli. Tak kisah la apa2 jenis pelaburan pun termasuk la pelaburan hartanah.



Thats why ilmu tu penting. Kawan2 yang sekepala juga penting. Antara cara terbaik untuk mendapatkan ilmu dan rakan2 yang sekepala dengan kita dalam bidang pelaburan hartanah adalah dengan menghadiri seminar. Aku sendiri ada buat allocation untuk pergi ke majlis2 ilmu macam ni. So aku suggest korang pun buat benda yang sama. Cari ilmu dulu sebelum buat sebarang tindakan pelaburan.



Kalau korang tercari2 seminar hartanah mana yang bagus untuk korang join, aku nak suggest satu seminar yang dianjurkan oleh satusolution ( tuan bri). Aku merupakan salah seorang peserta awal dalam seminar ni dan aku boleh katakan ilmu dan network yang aku dapat memang berbaloi. Harganya juga amat berpatutan ( ikut harga aku dulu la...harga sekarang ni kena cek balik) .



Nak tau lebih lanjut, korang boleh refer kat sini :



SEMINAR HARTANAH - SATU SOLUTION SDN BHD



Tak silap aku kelas yang dianjurkan agak limited. So better korang act cepat. Takut terlepas kapal. Nanti gigit jari plak kang...



Semoga korang mendapat manfaat dari ilmu yang dikongsikan di situ...Good Luck! )





Wednesday, December 21, 2011

Lanjutan Premium Hartanah Leasehold hanya RM1000?

( Sumber : http://mes.selangor.gov.my/modules/news/article.php?storyid=5 )

Rakyat yang menghadapi masalah menjelaskan bayaran premium tanah akan dibantu kerajaan negeri demi memastikan rakyat di Selangor memiliki rumah sendiri.



Kerajaan negeri menetapkan bayaran serendah RM1,000 bagi penyelesaian isu itu dan bagi mereka yang masih tidak mampu berbuat demikian, mereka boleh menjalankan aktiviti kemasyarakatan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang kemudiannya akan membantu individu tersebut menjelaskan bayaran premium berkenaan.








Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri prihatin dan menyedari terdapat sebahagian rakyat di negeri ini menghadapi masalah menjelaskan bayaran premium yang tinggi bagi pemilikan tanah.

Ekoran itu katanya kerajaan negeri membuat keputusan rakyat yang diberikan hak pemilikan tanah boleh membayar premium tersebut dengan bayaran minima sebanyak RM1,000.

Bagi mereka yang masih tidak dapat menjelaskan bayaran RM1,000 itu, katanya, bantuan menerusi JKM akan diberikan dengan syarat golongan tersebut perlu menjalankan tugas kemasyarakatan yang akan ditetapkan mengikut keperluan.

Jelasnya, pendekatan itu diambil kerana kerajaan negeri mahu membantu rakyat di Selangor terutama yang kurang berkemampuan memiliki kediaman sendiri.

“Rakyat mesti diberi kesempatan untuk memiliki tanah kediaman mereka jadi oleh sebab itu kerajaan negeri telah banyak buat program bagi borang 5A iaitu borang yang kita setujui penghuni rumah tersebut boleh mendapat geran tanah.

“Tapi yang susahnya bila baca surat itu ada bayaran premium di mana bayaran itu berasaskan nilai tanah, lagi mahal tanah lagi banyak premium kena dibayar iaitu sekurang-kurangnya 20 peratus daripada nilai tanah,” katanya pada Program Mesra Antara Menteri Besar Dan Rakyat di Dengkil. Turut hadir pada program sama ialah barisan Exco negeri Selangor, Teresa Kok, Dr Xavier Jayakumar dan Ronnie Liu.

Menurut Abdul Khalid, berikutan itu kerajaan negeri menerima banyak permintaan bagi mengurangkan bayaran premium tersebut.

“Cara yang terbaik kalau mereka tak dapat membayar premium, cara yang kita beri kita akan tawarkan mereka satu cara yang lain iaitu mereka yang tak boleh membayar, kita benarkan mendapatkan geran tanah dengan hanya membayar RM1,000 sahaja.

“Kalau lagi ada keluarga yang tidak boleh membayar RM1,000, kita juga akan bantu melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya mereka dibantu.. tetapi mereka kena buat kerja, tak bayar dengan duit mereka kena buat kerja kebajikan,” katanya.

Abdul Khalid berkata, tindakan itu dikenakan kerana mahu rakyat di Selangor bertanggungjawab terhadap apa yang mereka miliki dan tidak menganggap mudah segala bantuan diberikan kepada mereka.

Beliau menambah, kerajaan negeri sentiasa mementingkan kebajikan rakyat dan sering memberi keutamaan kepada mereka demi memastikan nasib golongan itu mendapat pembelaan sewajarnya.


( Aku macam wonder, sapa yang layak untuk enjoy benda ni? seluruh pemilik hartanah leasehold di Selangor kah? Kalau ya, ini sudah bagus...Lepas ni memang naik la lagi harga hartanah leasehold terutamanya di kawasan2 prime macam Shah Alam, Kota Damansara etc.

Lepas tu, macam mana nak identify siapa yang dikira berkemampuan? kalau mampu, then kena bayar harga premium macam kiraan biasa ke? Kalau macam tu, senak la...

Apa2 pun kita tunggu dan lihat bagaimana kerajaan Negeri Selangor nak implement benda ni....Dah2 nak dekat pilihanraya ni, macam2 benda best yang diberi oleh kedua2 parti sama ada kerajaan atau pembangkang...aku tumpang seronok je hehe...)

Friday, December 16, 2011

Cerita Lelongan HighCourt KL

Salam sejahtera semua...

Lama dah aku tak borak pasal lelong kan...senyap je...Kali ni nak citer pasal lelong plak ah...

Pagi semalam aku ke highcourt kl untuk participate dalam satu lelongan hartanah. Unit ni aku sendiri yang nak bid. Dah lama aku usha unit ni. Since last week lagi. Tapi hati tu masih ragu2. Lama gak la aku fikir nak ke tanak untuk masuk bidding unit ni.

Actually aku ragu2 sebab condition rumah ni agak teruk. Memang rumah tinggal. Api n air memang dah tade. Tingkap pun banyak yang pecah. Kalau nak repair, aku budget tak lari dari rm10k. Maybe lebih. Pastu plak, tunggakan dia je dah cecah RM13k. Itu pun nasib baik bank cover. Kalau bank tak cover, konpem aku drop terus unit ni. Pi carik unit lain plak.

Yang menariknya unit ni, harga reserve dia terlalu murah. Lebih 60% below market value. Tu yang goyang tu. Sampai aku pun cuak apsal terlalu murah. Siap terfikir rumah ni ada hantu etc hehe...Last2 awal2 pagi semalam baru aku decide n nekad nak cuba jugak. Mana la tau kot2 ada rezeki dapat reserve. Memang konpem kenduri besar la. Kalau betul ada masalah hantu, nanti boleh carik ghostbuster kasi tolong setel.

Malangnya, apa yang aku angan2kan tidak kesampaian. Belum pun pukul 9am, dah ada lebih 10 pembida register untuk unit ni. Duh! aku ingatkan tempat ni tak de la hot mana pun. Hampehs tul. Konpem kalah la ni. Budget aku ciput je. Itu pun aku mmg 50-50 nak masuk atau tidak. Memang la budget aku rendah.

Yang menambah bengang, ni lelongan mahkamah. Lelongan mahkamah mmg sucks big time. Lembab tak hingat. Bayangkan, aku register before 9am, kol 1130am baru unit ni sedia untuk dilelong. 2 jam setengah aku melangut macam orang bodoh. Memang sistem diorang sucks aa.

So berbalik pasal lelongan unit ni tadi, total ada 26 pembida. Aku sorang je melayu. Ada lagi satu india. Yang lain sumer cina. Bangga la kejap sbb ada gak la sorang melayu yang tau pasal potensi unit ni hehe...Lawan punya lawan, as expected, harga naik sampai MV. Keh keh keh...gile tul la..baik la beli subsale. Ada satu unit bersebelahan dengan unit lelong ni pun nak jual ikut market. Siap ada kitchen cab, water heater ngan aircond lagi. Takyah pikir pasal tunggakan n 120days tu. Apa la diorang ni. Tak paham sungguh...BTW yang menang bidding ni adalah india yang sorang tu. Hebat gak boleh kalah kan 25 orang yang lain..."tahniah" diucapkan...

Rasanya lepas ni hibernate balik la. Tunggu next year kalau nak masuk bidding balik. Kasi simpan peluru kaw2 dulu..at the same time, terus menerus menambah stok silver...weeheee....



Thursday, December 1, 2011

9 kesilapan utama pelabur hartanah

Just found a good link pasal tajuk di atas. Maklumat yang bagus untuk dikongsi bersama.


Video ini dibuat oleh KC Lau. Seorang yang terkenal dalam bidang personal finance di malaysia. Kena register nama n email dulu then korang akan dapat link untuk view video dan dload ebook. Free je.

Selamat menonton dan menambah ilmu!

Friday, October 21, 2011

Had Kelayakan Skim Rumah Pertama Dinaikkan

(Sumber : http://www.nst.com.my/nst/articles/Newhouserules_br__small_IncomelimiteligibilityforMyFirstHomeSchememayberaised__small_/Article/)


KUALA LUMPUR:
The government is looking at raising the income limit eligibility for the My First Home Scheme with the details of the review expected to be announced next week.

Deputy Finance Minister Datuk Donald Lim Siang Chai said the ministry was awaiting feedback from designated banks.


“The eligibility limit is now RM3,500 and we are looking at around the region of RM6,000 to RM7,000,” he said when contacted by the New Straits Times.



Lim said the review was in line with the announcement by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak in the 2012 Budget, which raised the loan limit under the scheme from RM200,000 to RM400,000.


“We have to ask the bankers to give us the figures that they are comfortable with if one needs to borrow more money (under the new scheme),” he said.



National House Buyers Association (HBA) secretary-general Chang Kim Loong, in lauding the move, said generally, banks practised a rule of thumb whereby any single loan repayment should not exceed one-third of the borrower’s gross pay.



The government should also push for the building of more affordable properties, which are within the RM220,000 to RM300,000 price range, he said.



“This lies within the capability of the middle-income group,” he said.
Federation of Malaysian Consumers Association (Fomca) president Datuk N. Marimuthu, in welcoming the review, said more people would be able to buy houses if the limit was increased.


In March, the prime minister had announced the My First Home Scheme to enable young working adults to buy houses costing between RM100,000 and RM220,000 with a repayment period of up to 30 years.



Those earning less than RM3,000 a month can obtain up to 100 per cent financing to buy their first home.



The scheme sees the participation of 25 conventional and Islamic financial institutions, including major banks like AmBank, CIMB, Hong Leong, Maybank, Public Bank, RHB and Standard Chartered.



To qualify for the scheme, which is for both houses under construction and completed properties, house buyers must be those working in the private sector and are confirmed employees with a minimum of six months in the job.



The self-employed do not qualify for the scheme, while joint applications are allowed, provided that both are in the private sector and are family members, such as siblings or spouses.



The monthly financing repayment sum must also not be more than one-third of the applicants’ monthly gross income.



However, this sum can go up to 50 per cent of their income if additional credit is permitted under the banks’ underwriting policy.



The Government, through Cagamas Berhad — a national mortgage corporation — will bear the costs of the initial 10 per cent deposit for the house while normal interest or profit rates for Islamic banks apply under the scheme.



My Point of View :

Tak salah beli rumah untuk duduk sendiri... cuma rancanglah dengan baik dan berhati2...kalau boleh jangan beli "beban" tapi beli lah "harta"

Pada yang masih layak, ini satu peluang yang baik untuk anda dalam memulakan pelaburan hartanah tapi kena betul pada gayanya.

Friday, October 7, 2011

Jaga Booth - Suria Jelutong

Minggu ni aku agak pack dengan aktiviti2 bersama chester. Antara aktiviti baru yang aku buat ialah join roadshow untuk project Suria Jelutong di Mydin USJ. Kira benda baru jugak la untuk aku sebab tak pernah buat jaga booth untuk projek baru. Selalu tengok orang lain je buat. Aku join tak lama. Dua hari (syif petang) je sebab ada banyak gak benda lain nak kena buat. Btw booth Suria Jelutong dibuat sehingga Isnin depan ( 10 october 2011). Expected time weken crowd akan lebih ramai. Sayang sungguh tak dapat nak jaga booth time weken sebab kena pergi seminar pelaburunderground.

Actually tujuan utama pilih Mydin sebagai lokasi booth adalah kerana nak attract bumi investor. Sekarang ni quota untuk non bumi dah penuh. Tinggal bumi quota je. Sambutan projek ni memang superb la. ( rasanya projek2 lain pun sama kot. Mesti non bumi quota habis dulu.). Maybe tinggal 20% je kot yang masih available. Itu pun tak tau latest update. Rasanya dah makin sikit.

Dulu rasanya aku pernah citer pasal Suria Jelutong ni tapi dulu open sales untuk Tower B. Sekarang Tower B dah 100% sold and now developer bukak sales untuk Tower A plak. Unit yang kecil mmg identical tp harga dah naik skit. ( n it comes with many freebies). Of cos sapa yang sambar Tower B awal2 dulu lagi untung la.

Antara freebies untuk projek ni (unit studio):

- 15% bumi discount ( freebies paling ganas n menarik minat ramai orang termasuk aku haha)
- Free SNP
- Freehold
- DIBS ( tak perlu bayar interest bank sampai bangunan siap)
- Free 2 airconds
- Free water heater
- Free build in wardrobe
- Free kitchen cabinet
- Free Dryer
- Free fridge
- Free Washing machine
- Free cooker hood
- Free entrance grill
- Free 1 parking
- Booking hanya rm6k

Lagi satu benda yang menarik adalah konsep bumi quota. Projek ni tade bumi lot. Cuma ada bumi quota sahaja. So bumi buyer dapat enjoy discount 15% tu dan lepas siap boleh jual pada sesiapa sahaja pada harga semasa. Just imagine, busuk2 pun kalau kita amik figure conservative, jual balik pada harga kita beli. Konpem dah untung 15% which is around rm40k plus berbanding booking asal rm6k. Kira sendiri return dia.

Of course benda macam ni ada risiko juga. Kita tak boleh nak predict macam mana pasaran hartanah dalam 3 tahun lagi. Kalau rasa berani nak amik risiko, then this is among the best project available untuk buat profit macam tu.

Flyers

Booking chart yang ada kat mydin sekarang.
Belum update lagi dengan yang ada kat Sales gallery

scale model

promoter tak bertauliah haha

Tuesday, August 23, 2011

Harga rumah sudah terlalu mahal?

Aku baru terbaca posting en wakif berkenaan property bubble dan bagaimana ianya terjadi. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, boleh baca di blog en wakif. Cuma di sini aku tertarik nak share bagaimana kita nak tentukan sama ada harga rumah ni malaysia mahal atau tidak.

Dalam blog en wakif tu, ada perenggan yang sebut macam mana nak kira sama ada harga rumah ni mahal atau tidak, relatif dengan pendapatan purata rakyat malaysia :

4. So, berapa harga property yang masuk akal? Menurut K&J Managing Director, harga sesebuah property itu boleh dikira dengan menggunakan formula berikut:

Average household income x 12 x 4

Sebagai contoh : RM7K (average household income di Malaysia sekarang) x 12 x 4 = RM336K.

Dalam erti kata lain jika seseorang itu bergaji sebanyak RM7K, harga propertyyang munasabah untuknya adalah RM336K.
Sumber : realtymalaysia

Perghh average household income rakyat malaysia RM7k? Tinggi gak tu kan...aku pun tak kenal ramai yang ada pendapatan tinggi macam tu unless kalau combine income la. Kalau setakat exec level yang baru start keje, gaji baru dalam sekitar rm2.5k sahaja. Tapi bayangkan, dengan average household income sebanyak RM 7k pn, harga rumah yang berpatutan cuma RM 336k sahaja. Cuba carik rumah teres dua tingkat kat KL ni yang harga below RM400k. Kalau korang jumpa, tolong inform aku cepat2 sebab aku pun nak beli haha!

Sementara frenzy n party hartanah ni masih on, kita layankan je la...peluang ada di mana2, yang penting kita kena pandai nilai dan grab peluang2 tersebut. Akan tetapi di dalam keseronokan tu, jangan lupa membuat persediaan sekiranya berlaku perkara yang sebaliknya.

Sunday, August 21, 2011

Panduan Membeli Rumah Subsale - Tips n Tricks




Sepanjang tempoh aku mula bergiat aktif sebagai seorang ejen hartanah subsale, banyak perkara baru yang aku belajar. Rupanya walaupun masih dalam kategori hartanah, aktiviti lelongan dan subsale ada banyak perbezaan. Malah banyak juga benda2 baru yang aku pelajari dari dunia subsale yang tidak terdapat dalam dunia lelongan.

So aku rasa elok juga kalau aku kongsi beberapa tips yang aku perolehi dari pembacaan dan pemerhatian aku sebelum ni. Khas untuk sesiapa yang ingin membeli rumah secara subsale, diharap tips2 ni dapat memberi panduan dan bantuan sedikit sebanyak dalam proses pembelian anda.

Beli rumah ni, bagi kebanyakan orang, merupakan satu pembelian yang terbesar pernah mereka lakukan dalam hidup mereka. So amat penting untuk memastikan pembelian tersebut merupakan pembelian yang bijak dan tidak bertukar menjadi kesilapan terbesar yang pernah mereka lakukan. ( Pelabur2 hartanah tidak diambil kira sebab diorang ni boleh beli beberapa bijik rumah dalam setahun. Kira kacang je untuk diorang ).


Cinta Pandang Pertama

Hoho! macam love story la plak..ni biasanya untuk orang2 yang beli untuk duduk sendiri la. Bila dah terjumpa satu rumah yang cantik dan diminati, terus tak sabar2 nak close the deal dan terlupa nak amik kira faktor2 lain. Sebenarnya beli rumah ni takleh terburu2, perlu ambil kira banyak faktor. Walaupun katakan rumah tu mmg kita suka2 sangat la ( tak kisah la sbb dekat dengan rumah parent kita ke, dapur dia cantik ke, view lawa tak hingat ke etc) , kita perlu tengok sama ada rumah tersebut benar2 menepati kriteria2 kita dan bukan emosi kita yang membuat keputusan. Akan tetapi jangan pula terlalu memilih dan nak cari rumah yang 100% perfect, kalau dapat dalam 70%-80% pun dah kira ok dah tu. Pastu juga tidak boleh diabaikan faktor budget. Kalau katakan hanya mampu beli rumah dalam range 300k, jangan la plak gatal nak usha2 rumah 1 juta. Bengkok jadinya karang...


Loan boleh lepas?

Kalau ada plan nak buat loan untuk pembelian rumah, sila pastikan anda layak atau pre-approve dahulu sebelum start nak shop around. Tengok berapa komitmen bulanan yang kita layak dan explore option hartanah berdasarkan komitmen kita tersebut. Jangna nanti bila kita dah bayar earnest deposit, tiba2 loan tak lulus plak. Haru biru jadinya. Rumah tak dapat, duit plak hangus.


Beli Ikut Budget

Ni ada kaitan dengan tips pertama dan kedua di atas. Bila dah suka sangat satu2 rumah tu, kita tend to over borrow semata2 nak puaskan nafsu/emosi kita. Walaupun maybe kita mampu nak bayar komitmen bulan2, tapi kita kena juga ambil kira kos2 pemilikan rumah yang lain seperti kos renovation, cukai2, hiasan2, perabut etc. Takkan la nak berhabis beli rumah, tapi nak beli perabut dah tade duit. Selain dari tu, kita kena pastikan kita ada cukup budget untuk cover bayaran deposit rumah dan juga kos2 sampingan seperti repair dan legal. Aku perasan ramai juga orang yang membeli rumah tanpa mengambil kira beban hutang yang mereka perlu tanggung. Kerana nak kan sangat rumah idaman, sampai sanggup buat joint income, extend loan semaksima mungkin, malah installment bulanan tu pun cukup2 makan je untuk dapat pelepasan pihak bank. Instead menjadikan rumah tersebut sebagai satu asset, dah jadi macam penjara plak. Kena serve loan sampai berpuluh2 tahun dan takde pilihan untuk buat benda lain.

Dapatkan Bantuan dan Nasihat Profesional

Kat sini ramai gak yang kantoi. Beli rumah secara solo atau bersama partner sahaja. Tengok2 sikit2 n lebih kurang, terus nak buat keputusan. Bahaya sebenarnya kalau kita buat macam tu. Sebagai contoh, macam mana kita nak tahu rumah tu dalam kondisi yang baik kalau kita tak hire pakar repair rumah untuk buat inspection? dari luar memang la sume nampak cantik, tup2 lepas dah selesai urusan jual beli, kita baru perasan ada crack besar yang effect structure rumah tersebut. Haa sapa nak tanggung kos repair tu? Garu kepala je la...Kalau boleh sebelum mula shopping rumah, dapatkan contact orang2 yang penting supaya senang dihubungi. Antaranya agent hartanah, lawyer, tukang repair rumah dan banker.


Buat Perjanjian Bertulis

Beli rumah ni bukan benda kecik n main2. Bukan macam beli ikan kat pasar. " haa abang , saya nak ikan keli 10 ekor ye. Harga boleh diskaun? saya beli banyak ni..." . Bila berjaya dapat harga yang kita nak , terus kita bayar dan dapat ikan tu. Beli rumah bukan macam tu. Macam2 benda boleh berlaku. Salah paham, fraud, owner tukar fikiran last minit, owner/agent hartanah tu sebenarnya penipu dan bawak lari duit etc etc. Kalau nak list memang tak habis. So di sini pentingnya ada perjanjian bertulis bila nak masuk satu2 urusniaga pembelian rumah. Biasanya di awal proses booking, kita sign surat Offer Letter to Purchase dan bayar 2-3% dari harga rumah yang dipersetujui. Jangan main salam2 tangan je and sengih2 pastu harapkan sumer berjalan dengan lancar. Di sini juga ada baiknya untuk melantik agen hartanah yang bertauliah sebagai orang tengah dalam proses jual beli. Sebab bila earnest deposit diserahkan, agen hartanah akan bertindak sebagai pemegang amanah dan memastikan duit tersebut selamat sehingga selesai urusan Sales n Purchase Agreement. Jika something happen n deal tu off, duit deposit tadi akan diserahkan kepada pihak yang berhak (bergantung kepada sebab musabab deal tu kena call off). Selain dari tu, bila dah ada persetujuan bertulis, owner/buyer perlu menghormati perjanjian yang dibuat. Takleh sebarang2 nak tukar2 harga last minit, takleh tiba2 lari sbb dapat better deal kat tempat lain etc. So hak setiap orang dapat dilindungi di sini.


Ada banyak lagi panduan lain yang boleh membantu kita membuat keputusan yang bijak dalam pembelian hartanah. Yang penting kita kena rajin bertanya dan membaca. Tingkatkan ilmu. Selain dari itu, pengalaman juga penting untuk membantu kita. Kalau kita tade pengalaman, dapatkan nasihat dari orang yang berpengalaman dan tahu selok belok pembelian hartanah. Jangan main terjah je. Takut tersilap dan terus takleh nak recover dari kesilapan tersebut.

Jika korang ada sebarang pertanyaan lain, boleh contact aku dan aku cuba bantu setakat yang mampu.

Semoga pembelian hartanah kita menjadi sesuatu yang indah dan bukan nya mimpi ngeri yang akan menghantui kita seumur hidup...