Thursday, July 14, 2011

Lagi cerita pasal kawin

( Sumber : http://cursingmalay.blogspot.com/2011/06/18sx-fundamental-kahwin-pun-penuh.html )

Bagaimana kita nak bahagia kalau ikatan perkahwinan kita sejak mula lagi dipenuhi dengan benda2 yang sesat dan salah?Kat bawah ni aku senaraikan benda2 yang aku nampak (dan ada yang aku dah terbuat) yang jelas salah dari segi permintaan agama.

1. Bab balas membalas hantaran

Lelaki bagi 3,perempuan kena bagi 5.Lelaki bagi 7,perempuan kena bagi 9...perempuan mesti bagi lebih.Apa benda tu?Mana datangnya kepercayaan sesat dan karut ni?Kalau nak bagi hadiah,bagi,kalau mampu bagi banyak,bagi..tak mampu jangan paksa.Jangan sampai satu pihak terpaksa buat loan bank semata-mata nak penuhi syarat sesat camni.Ikut kepercayaan bodoh orang Melayu..nombor genap memberikan nasib yang tidak elok,sebab tu pakai nombor ganjil...bodooooo...jangan ikut.Kalau mampu 4,bagi empat.Kalau mampu bagi 28,bagi 28.

2. Duit hantaran

Makin tinggi pendidikan anak gadis,makin mahal lah hantaran yang perlu dibayar.Ini selalunya golongan mak2 lah yang kisah benar,tak nak malu dengan orang kampung.Siap banding-banding lagi..tak nak kalah dengan jiran.Yang bapaknya selalu tak kisah..tapi mak dialah yang selalu menang argument tu.Benda ni hadiah aje....kalau bakal pengantin lelaki kata "saya tak nak bagi la sebab takde pun dalam rukun nikah.." camne? Nak tuduh dia kurang ajar tak boleh...........dia betul.

3. Sebelum kahwin dah membazir

Di sini lah selalunya yang paling obvious.Selalunya yang terbeban,mak bapak atau bakal suami.Anak perempuan mintak kenduri dia grand-grand,nak kena ada itu ini,nak kena jadi macam puteri raja.Kalau mak bapak dia jenis orang susah,selalunya parents akan guna duit hantaran untuk buat kenduri. Kalau duit tak cukup,beban dah jatuh dekat bakal suami.Semua sebab nak pastikan majlis tu gilang gemilang.Bakal suami pun terpaksa la bekerja keras siang-siang dan jual burger malam-malam...kerja macam orang gila setahun dua....hasilnya pakai untuk sehari,dua hari...lepas kahwin,rumah sewa...peti ais pun tak ada.

4. Bersanding

Dan berbanggalah sang suami mempamerkan isterinya yang sudah jadi hak miliknya kepada semua tetamu,lihatlah isteriku,lihatlah dia,cantikkan dia?Dia milik aku kini,kecantikannya bukan hanya untuk aku seorang...gembiranya aku kerana dapat berkongsi kecantikan isteri ku bersama kalian semua.

5. Merenjis dan bertepung tawar

Ini budaya agama Hindu.... jangan sesekali buat.Menghampiri syirik benda ni sebab tujuan asal dia adalah sebuah cleansing ceremony untuk orang Hindu.

6. Berinai di lengan

Nak pakai inai..pakai..tapi hanya boleh dihujung jari.Itu aje boleh ikut agama.Yang kau pegi buat corak-corak kerawang,corak daun,corak batik sampai dekat lengan tu apa pasal?Berdosa tu sebab anda cuba menyerupai budaya agama Hindu lagi sekali.Keperluan agama dia,biar dia buat..kita jangan amalkan.

7. Karaoke

Majlis kahwin mana tak sah kalau takde karaoke.Yang lagi best,DJ panggil pengantin suruh nyanyi...tambah lagi kesalahan kat situ.Aku ada tulis respon komen..."Perempuan baca Al-Quran dekat Tilawah suara merdu lunak2 pun haram ni lagi la nak menyanyi.."

8. Cukur kening

Kalau gadis2 yang selama ni tak pernah cukur kening,ni lah masanya dia kena decide...nak jadi lagi lawa dan tambah dosa atau nak maintain macam biasa dan tak nak dosa.Kebanyakannya anggap ni lah masanya dia nak wajah dia jadi perfect,jadi merelakanlah kening dicukur oleh tukang make up pondan.Disentuh lelaki tak kiralah dia pondan ke tidak..tu dah jadi satu lagi benda salah.

9. Baju ketat dan berkain jarang

Baju kahwin nampak macam dah tutup aurat..tapi tengok betul2 eh,ketat..nampak cutting badan.Tengok lama2 sket lagi...aiseh..nampak lengan...padahal sebelum tu tak pernah pun pakai baju yang nampak lengan.Kahwin punya pasal...takdehal...sehari aje....bukan selalu...esok tutup la balik lengan.Trend punya pasal...kalau kau pegi kedai,tanya ada tak baju2 yang longgar,tak ikut shape..jawapan dia mudah,"Eh!Tak lawa la baju camtu dik! Kahwin ni kena cantik2!" Cerita benar.....aku dah kena.....Baju longgar = Tak cantik...Melayu punya otak...

10. Perhiasan lelaki

Kalau tengok baju songket,mesti ada rantai2 dan tah hapa2 benda lagi tah yang kena pakai.Apa relevannya keris,rantai dan tengkolok dengan majlis perkawinan ikut upacara Islam?
Apa pasal bila kahwin lelaki kena pakai rantai?

11. Budaya photographer

Aku dah tulis pasal budaya pre-wedding dulu.Kali ni,aku hanya nak sebut sikit aje...aku jarang jumpa photographer perempuan,kecuali seorang dua yang famous.Jadi bila aku belek2 sample album wedding yang member aku buat (aku ramai kawan yang buat benda ni) mesti ada shot tengah make up.Tengah tak pakai tudung.Bila aku tanya member aku,"macam mana groom dia bagi kau masuk ambik gambar bride tengah make up?" Member aku kata pengantin lelaki selamba aje bagi permission.Aku yang tengok album tu dah kongsi salah,photographer tu dah kongsi..yang tanggung beratnya,suami tadi la.Dia bagi...itupun kalau dah nikah.Kalau tak nikah lagi?Abah kau lah tanggung.

12. Budaya proposal

Aku tengok sekarang makin ramai orang Melayu yang dok terikut-ikut style orang putih buat proposal dekat gelfren.Kalau jadi depan aku masa aku tengah makan,aku baling dengan gelas kalau kau Melayu.Kita mana ada proposal2 ni...kau nak kahwin..gi tanya bapak dia.Bapak dia kata ok,baru kau tanya dia,"Will U marry me?"

13. Upacara membatalkan air semayang

Apakah relevannya?Tunjuk dekat public supaya orang ramai tengok "oohh...tengok la tengok,aku nak sentuh tangan isteri aku first time ni..tengok tengok la.." ....itupun kalau first time pegang la.....kalau dah biasa pegang2...."ooh..tengok la..tengok la...aku takde rasa apa2 pun pegang tangan wife aku ni sebab sebelum ni dah biasa pegang...kagum la....snap la gambar kitorang tengah berlakon suci ni..."

..............

Masyarakat kita sekarang,adat dengan adab tu dah bercampur gaul,sampai tak tau apa beza dia,mana satu kena ikut,mana satu kena tinggal.Kadang-kadang oleh kerana restrictions adat Melayu yang karut dan tahyul tu la yang menyusahkan pasangan Islam ni nak kahwin.Daripada simple,jadi complicated,daripada sangat affordable...jadi sesuatu yang membebankan pasangan sehingga ke hari tua.

Semua pasangan yang dah berkahwin pasti nak tak nak ada jugak terpikul beban kesalahan ikut senarai di atas,sama ada dari segi material atau dari segi spiritual.

Macam mana kita tak bercerai berai kalau sejak dari mula kita kahwin,kita dah mulakan dengan buat bermacam jenis benda yang go against agama?Sebelum kita terlambat...apa kata kita cuba tinggalkan benda2 karut marut ni dan buat apa yang perlu dan wajib sahaja.

Bagus anak perempuan bersuami cepat
Daripada dok berdating merata tempat.
Karang ada budak lelaki rembat,
Baru gelabah seluar anak jadi sendat

Sambutlah menantu sekadar mampu,
Agar bahagia ke anak cucu,
Macam mana laki kau tak jadi kutu?
Beribu habis dapatnya hantu

Yang laki pulak terikut setan
Belum kahwin dah bengong setandan
Selalu sangat layan 3GP Melayu
Bakal mertua dipanggil "daddyku!"

Kita ada peluang nak membetulkan kesilapan mak bapak,datuk nenek kita.
Gunakanlah peluang tu sebaiknya.
Aku tau apa yang aku tulis ni ada orang yang tak peduli
langsung sebab ada istilah orang putih

"Whatever the bride wants,she gets it.."

....tapi kita bukan orang putih.

Orang putih banyak duit.Gaji $2500 kereta $12,000.
Orang kita gaji RM2500,kereta RM48,000.

17 comments:

Matjoe said...

kawin mmg byk pakai duit due to culture

zz said...

Huh! mmg betul la tu.. banyak dah salah skarang, tak tau beza betul @ salah..Tapi kekadang tau tapi pendirian tak kuat...hmmm..Melayu oh Melayu...

Ra Uf said...

:D

mdizone said...

Aku dulu kawin nasib baik ada budget limit...banyak yang berjaya dikurangkan...bertuah juga rasa sbb dapat wife yang memahami dan sama2 berjuang untuk menjimatkan belanja kawin...

So lepas kawin, kewangan masih stabil malah simpanan tak luak banyak.Syukur

hafez said...

Hidup dikandung adat. Mati dikandung tanah. Selama mana adat tidak menyalahi syarak, tiada salahnya untuk kita meneruskan adat tersebut. Saya cuma kurang bersetuju berkenaan hantaran dan membatalkan air sembahyang. Yang lain-lain tu, saya setuju.

quicky said...

btol2....satu lg..sirih hantaran..sape nk mkn sirih tu...huhu masa aku nk kawen dulu mati2 aku ckp xnk bg...last2 belah pompuan yg buat bg ..kadang2 bukan kite yg nk ikut tp sbb kn parents datok nenek...kite mati2 ckp xnk buat diorg nk buat gk..mentality semua ni

mdizone said...

tapi kalau dah terang2 adat menyalahi syarak, takkan nak ikut jugak kan? contoh macam adat menepung tawar...tu kan terang2 amalan hindu. Nasib baik la orang kita kawin tak kena pusing keliling api...

hafez said...

mdizone-yang terang terang menyalahi syarak tu, hendaklah kita tolak. Cuma 2 perkara yang saya sebutkan tu aje yang saya kurang setuju.1- Hantaran, dlm bahasa klasik dulu2, 'hantar belanja'. Benda tu, tak wajib. Yang wajib, mas kahwin. Tapi dlm adat melayu, dan Islam juga menggalakkan diadakan kenduri bagi memberitahu, bahawa si polan dengan si polan telah menjadi suami isteri. Jadi, nak jamu org, kene la pakai duit sikit. Dan biasanya, lelaki akan memberi sumbangan sebagai belanja kenduri. Budaya hantaran tak salah. Yang salah, bila berlebih lebihan menaikkan hantaran.2- Membatalkan air sembahyang juga tiada salahnya. Kat tempat saya, upacara membatalkan air sembahyang, cuma melibatkan upacara menyarungkan cincin dan isteri mencium tangan suami tanda simboliknya memberi ketaatan. Saya tak nampak salahnya dari segi syarak. Sekadar pendapat.

AsrulSaniMdNinggal said...

member aku penah tak mau bersanding...tapi bapak pompuan sediakan pelamin....apa dia buat?..dia jemput satu ustaz beri ceramah kat hadirin masa majlis dari atas pelamin....2-3 tahun jugaklah tak ngam ngan mertua

mdizone said...

thanks hafez..u have the point there..macam part hantaran, takde masalah rasanya kalau dibuat pada kadar yang tidak membebankan..

masalahnya orang sekarang menetapkan hantaran seolah2 nak berlumba2...anak sapa paling mahal..siap dikira dari segi tingginya tahap pendidikan si perempuan..apa ke bendanya tu? nak jual anak ke? macam jual pemain bola..hehe

sepatutnya yang difokuskan adalah semangat kerjasama antara kedua keluarga dalam menjayakan kenduri yang ingin dibuat. Kalau belah pompuan nak buat kenduri, belah lelaki dengan ikhlas bantu apa yang patut..dan semuanya dibuat pada kadar kemampuan kedua pihak..

Anonymous said...

berlumba2lah orang nak pinang anak En Izuan. Hanya bayar mas kahwin.

mdizone said...

aisey anonymous...takkan tak letak nama kot? boleh borak panjang...

Pada saya bukan jumlah hantaran yang penting tapi calon suami tu yang perlu dikaji...Kalau bagus, tade masalah saya nak terima walaupun hanya mas kawin yang diberi..Iallah

Yang penting kehidupan selepas berkahwin bukan majlis perkahwinan tu sendiri...

Anonymous said...

papa anon

mmg bertuah bagi mereka yang yang mempunyai gaji yang tinggi atau ibu-bapa seperti En Izuan yang berduit tak perlu nak minta wang hantaran walaupun sesen pun dari calon menantu. Bagi mereka yang tak berkemampuan duit hantaran itulah digunakan untuk belanja kenduri kendara. Adakah meminta wang hantaran itu salah di sudut hukum ? ada fatwa ? ada hadis ? . Pada saya asalkan permintaan wang hantaran adalah berpatutan dan mampu di beri oleh calon suami, itu sudah memadai.

ada sesiapa yang bersetuju ?

mdizone said...

tade salah mintak hantaran...kalau pihak lelaki boleh kasi tanpa rasa beban...

yang jd isu bila ada perasaan riak dan suka membanding2 bila tiba isu hantaran ni...anak sapa dapat hantaran lebih tinggi etc etc...

apa kes kalau si lelaki kena siap buat personal loan semata2 nak memuaskan hati dan permintaan belah perempuan...kesian pasangan tu, baru nak start hidup bersama, dah ada hutang yang perlu dibayar sedangkan hutang tu habis buat belanja sehari je...

kalau tak mampu buat kenduri besar2an, buat la biasa2 je...tong2 duit hantaran...sama2 tanggung sama2 kongsi...kan berkat tu...

takde la beban pasangan muda nak kawin.Ramai yang tangguh perkahwinan sbb nak kumpul duit hantaran...agama tuntut ke benda tu? lengah2kan perkahwinan sebab nak kumpul duit hantaran...setahu saya yang ilmu cetek ni, agama suruh segerakan kalau dah mampu ( yang wajib aka mas kawin)...

harap betulkan kalau saya salah...

mdizone said...

oh ya...saya bukan kaya....masih lagi tergolong dalam orang2 biasa...

Saya tidak nilai calon menantu saya berdasarkan jumlah hantaran yang dia boleh kasi...

kalau nak nilai kekuatan kewangan dia, saya lebih suka tengok financial statement dia berbanding nilai hantaran...

sepul jb said...

bukan majlis kawen je yang problem dalam masyarakat kita, banyak lagi bende2 yang mengikut adat kita ni salah dan melanggar hukum syarak tapi masih lagi menjadi kebiasaan...cam majlis tahlil, potong jambul, naik buai, lenggang perut, tanam uri n macam2 lagi la yang karut marut..hehe

maybe kita ni dibesarkan dalam masyarakat islam sekular sebab tu lah rase semuanya ok je :p

semang said...

apa-apa pun xbley.....