Wednesday, August 10, 2011

90% loan untuk rumah ketiga dan seterusnya?

Pasti ramai di antara pelabur2 hartanah yang garu kepala masa bank negara mengeluarkan arahan untuk menghadkan jumlah pinjaman kepada sebanyak 70% sahaja bagi rumah ketiga dan seterusnya. Mana2 yang baru nak start berjinak dengan pelaburan hartanah, pasti tergamam. Pada yang mmg plan nak beli satu rumah je seumur hidup ( majoriti pembeli rumah tergolong dalam golongan ni) mmg peraturan tu tidak memberi sebarang impak pada mereka.

So apa nak buat ye untuk maneuver around this rule? ada yang kata buat pinjaman peribadi untuk top up balance 20% tu. Ada juga yang gunakan konsep "proxy" aka guna nama orang lain yang dipercayai dan masih ada kuota untuk dapatkan 90% loan.

Actually aku baru dapat tahu yang ada bank yang masih boleh memberikan kita pinjaman 90% dari harga rumah walaupun untuk rumah ketiga dan seterusnya. Bank apakah ini? bila aku tanya pada officer bank tu, dia kata diorang ni bukan bank yang govern by bank negara. Aku pun tak pasti boleh ke macam tu. So senang citer bank yang aku maksudkan ini adalah Malaysia Building Society Berhad. Nampak logik la kot sebab kat nama dia pon tade perkataan 'bank'.

Kalau korang dah ada 2 bijik rumah n berniat nak tambah lagi, maybe boleh consider untuk apply loan korang kat MBSB. Cuma yang kurengnya, pakej loan MBSB ni tak menarik. Masa time bank2 lain berlumba2 nak kasi loan BLR-2 ke atas, MBSB cuma offer BLR-0.5 je. Eerkkk! Gile mahal. Tapi kalau kita nak dapatkan juga margin 90% loan tu, tade pilihan melainkan untuk terima je rate MBSB ni.

My advice kalau nak amik loan MBSB ni, carik la rumah yang korang plan tanak hold lama2. Setahun dua macam tu dah kira ok. Lepas tu terus jual n lock the profit. Then ulang balik proses yang sama. Make sure sepanjang korang buat proses ni, cashflow dari rumah tu at least mesti break even. Macam mana nak dapatkan rumah yang macam ni? haa tu sendiri mau carik la...Good deal is everywhere cuma korang kena spend time cari lubuk korang sendiri. Jangan hanya tunggu orang post cakap kat sini bagus kat situ bagus. Bila sumer orang dah tumpu kat satu2 kawasan tu, tempat tu konpem dah jadi tak bagus. ( macam baru2 ni kes auction vista millenium harga naik sampai rm133k untuk unit 850sf. Apa kes? baik beli subsale)

PS : Thanks to one of my client yang highlight pasal MBSB ni. Kalau tak, aku sendiri pun taktau...

15 comments:

Unknown said...

tgh menunggu loan tu approved, hopefully layaklah dapat 90%.

mdizone said...

kalau di lihat dari segi income - commitment ratio, rasanya mmg tade masalah...cuma kena sabar la dengan mbsb ni...diorang punya proses flow mmg slow sedikit berbanding bank2 biasa...

harap2 masih sempat nak kejar timing 120 hari yang diberi...

Ibrahim said...

aku ada bersembang dgn mamat yang amik VM Puchong 136k tu.. dia ckp market value ~180k... peh.. dia kena psiko dgn agen dia la ni..

Unknown said...

tu dah built in future value.... hebat2

mdizone said...

gilos apa market value untuk 850sf naik sampai rm180k...tu spekulative tu...aku baru je verify dengan valuer harga market cuma dalam sekitar rm140k...

lain la kalau agent tu dah kencing kat mamat tu...kesian...

patut kena lihat intrinsic value sesuatu asset sebelum buat sebarang keputusan...bukan main dengar2 cakap orang je...

ada beza besar antara " fakta " dan " pendapat"

Mr MY Power Tools said...

aku dah tau lama, dr org msb sendiri..
aku pernah cite kat org yg agak otai pasal properties, tapi dia x caya.. pas tu aku pon tutup mulut aje la.. haha..

mbsb dulu x cek komitmen, tapi sekrg dia cek..
dan setahu aku dia akan layan kalau loan rm150k keatas...
kalau loan kecik2, dia akan buat lambat2 rasanya..
kata kata jujur dr org mbsb...
gud luck¡

mdizone said...

tq for the info en power tools...mmg betul mbsb prefer untuk amik case yang bernilai rm150k ke atas...kalau rm150k ke bawah, diorang tak kasi zero moving cost...legal fee kena tanggung sendiri...

pasal cepat lambat tu, tak sure plak...harap2 la case my client ni berjalan lancar tanpa sebarang masalah...

tres said...

Hi bro, I terserampk kat your blog. Very informative and straight forward. I like it. keep it up..

Unknown said...

Yes, I like this post. Juga terserempak je kt Google sbb mmg nak cari info mcm ni... Below market value dah sedia tahu, tp MBSB tak perasan plak... I like this part much:

PS : Thanks to one of my client yang highlight pasal MBSB ni. Kalau tak, aku sendiri pun taktau...

Adam Dave said...

sekarang untuk tahun 2015 ni ad lagi ke loan 90% utk rumah ketiga?

ms renovation said...

Still ader lagi ker loan mbsb tuk 3rd house

ms renovation said...

Still ader lagi ker loan mbsb tuk 3rd house

ms renovation said...

Still ader lagi ker loan mbsb tuk 3rd house

Unknown said...

dah x valid lagi dah. 70% juge

shidasanmil said...

adehhh igtkan ade lagi...