Sunday, August 21, 2011

Panduan Membeli Rumah Subsale - Tips n Tricks




Sepanjang tempoh aku mula bergiat aktif sebagai seorang ejen hartanah subsale, banyak perkara baru yang aku belajar. Rupanya walaupun masih dalam kategori hartanah, aktiviti lelongan dan subsale ada banyak perbezaan. Malah banyak juga benda2 baru yang aku pelajari dari dunia subsale yang tidak terdapat dalam dunia lelongan.

So aku rasa elok juga kalau aku kongsi beberapa tips yang aku perolehi dari pembacaan dan pemerhatian aku sebelum ni. Khas untuk sesiapa yang ingin membeli rumah secara subsale, diharap tips2 ni dapat memberi panduan dan bantuan sedikit sebanyak dalam proses pembelian anda.

Beli rumah ni, bagi kebanyakan orang, merupakan satu pembelian yang terbesar pernah mereka lakukan dalam hidup mereka. So amat penting untuk memastikan pembelian tersebut merupakan pembelian yang bijak dan tidak bertukar menjadi kesilapan terbesar yang pernah mereka lakukan. ( Pelabur2 hartanah tidak diambil kira sebab diorang ni boleh beli beberapa bijik rumah dalam setahun. Kira kacang je untuk diorang ).


Cinta Pandang Pertama

Hoho! macam love story la plak..ni biasanya untuk orang2 yang beli untuk duduk sendiri la. Bila dah terjumpa satu rumah yang cantik dan diminati, terus tak sabar2 nak close the deal dan terlupa nak amik kira faktor2 lain. Sebenarnya beli rumah ni takleh terburu2, perlu ambil kira banyak faktor. Walaupun katakan rumah tu mmg kita suka2 sangat la ( tak kisah la sbb dekat dengan rumah parent kita ke, dapur dia cantik ke, view lawa tak hingat ke etc) , kita perlu tengok sama ada rumah tersebut benar2 menepati kriteria2 kita dan bukan emosi kita yang membuat keputusan. Akan tetapi jangan pula terlalu memilih dan nak cari rumah yang 100% perfect, kalau dapat dalam 70%-80% pun dah kira ok dah tu. Pastu juga tidak boleh diabaikan faktor budget. Kalau katakan hanya mampu beli rumah dalam range 300k, jangan la plak gatal nak usha2 rumah 1 juta. Bengkok jadinya karang...


Loan boleh lepas?

Kalau ada plan nak buat loan untuk pembelian rumah, sila pastikan anda layak atau pre-approve dahulu sebelum start nak shop around. Tengok berapa komitmen bulanan yang kita layak dan explore option hartanah berdasarkan komitmen kita tersebut. Jangna nanti bila kita dah bayar earnest deposit, tiba2 loan tak lulus plak. Haru biru jadinya. Rumah tak dapat, duit plak hangus.


Beli Ikut Budget

Ni ada kaitan dengan tips pertama dan kedua di atas. Bila dah suka sangat satu2 rumah tu, kita tend to over borrow semata2 nak puaskan nafsu/emosi kita. Walaupun maybe kita mampu nak bayar komitmen bulan2, tapi kita kena juga ambil kira kos2 pemilikan rumah yang lain seperti kos renovation, cukai2, hiasan2, perabut etc. Takkan la nak berhabis beli rumah, tapi nak beli perabut dah tade duit. Selain dari tu, kita kena pastikan kita ada cukup budget untuk cover bayaran deposit rumah dan juga kos2 sampingan seperti repair dan legal. Aku perasan ramai juga orang yang membeli rumah tanpa mengambil kira beban hutang yang mereka perlu tanggung. Kerana nak kan sangat rumah idaman, sampai sanggup buat joint income, extend loan semaksima mungkin, malah installment bulanan tu pun cukup2 makan je untuk dapat pelepasan pihak bank. Instead menjadikan rumah tersebut sebagai satu asset, dah jadi macam penjara plak. Kena serve loan sampai berpuluh2 tahun dan takde pilihan untuk buat benda lain.

Dapatkan Bantuan dan Nasihat Profesional

Kat sini ramai gak yang kantoi. Beli rumah secara solo atau bersama partner sahaja. Tengok2 sikit2 n lebih kurang, terus nak buat keputusan. Bahaya sebenarnya kalau kita buat macam tu. Sebagai contoh, macam mana kita nak tahu rumah tu dalam kondisi yang baik kalau kita tak hire pakar repair rumah untuk buat inspection? dari luar memang la sume nampak cantik, tup2 lepas dah selesai urusan jual beli, kita baru perasan ada crack besar yang effect structure rumah tersebut. Haa sapa nak tanggung kos repair tu? Garu kepala je la...Kalau boleh sebelum mula shopping rumah, dapatkan contact orang2 yang penting supaya senang dihubungi. Antaranya agent hartanah, lawyer, tukang repair rumah dan banker.


Buat Perjanjian Bertulis

Beli rumah ni bukan benda kecik n main2. Bukan macam beli ikan kat pasar. " haa abang , saya nak ikan keli 10 ekor ye. Harga boleh diskaun? saya beli banyak ni..." . Bila berjaya dapat harga yang kita nak , terus kita bayar dan dapat ikan tu. Beli rumah bukan macam tu. Macam2 benda boleh berlaku. Salah paham, fraud, owner tukar fikiran last minit, owner/agent hartanah tu sebenarnya penipu dan bawak lari duit etc etc. Kalau nak list memang tak habis. So di sini pentingnya ada perjanjian bertulis bila nak masuk satu2 urusniaga pembelian rumah. Biasanya di awal proses booking, kita sign surat Offer Letter to Purchase dan bayar 2-3% dari harga rumah yang dipersetujui. Jangan main salam2 tangan je and sengih2 pastu harapkan sumer berjalan dengan lancar. Di sini juga ada baiknya untuk melantik agen hartanah yang bertauliah sebagai orang tengah dalam proses jual beli. Sebab bila earnest deposit diserahkan, agen hartanah akan bertindak sebagai pemegang amanah dan memastikan duit tersebut selamat sehingga selesai urusan Sales n Purchase Agreement. Jika something happen n deal tu off, duit deposit tadi akan diserahkan kepada pihak yang berhak (bergantung kepada sebab musabab deal tu kena call off). Selain dari tu, bila dah ada persetujuan bertulis, owner/buyer perlu menghormati perjanjian yang dibuat. Takleh sebarang2 nak tukar2 harga last minit, takleh tiba2 lari sbb dapat better deal kat tempat lain etc. So hak setiap orang dapat dilindungi di sini.


Ada banyak lagi panduan lain yang boleh membantu kita membuat keputusan yang bijak dalam pembelian hartanah. Yang penting kita kena rajin bertanya dan membaca. Tingkatkan ilmu. Selain dari itu, pengalaman juga penting untuk membantu kita. Kalau kita tade pengalaman, dapatkan nasihat dari orang yang berpengalaman dan tahu selok belok pembelian hartanah. Jangan main terjah je. Takut tersilap dan terus takleh nak recover dari kesilapan tersebut.

Jika korang ada sebarang pertanyaan lain, boleh contact aku dan aku cuba bantu setakat yang mampu.

Semoga pembelian hartanah kita menjadi sesuatu yang indah dan bukan nya mimpi ngeri yang akan menghantui kita seumur hidup...





No comments: