Wednesday, October 28, 2009

My first Macbook

Hari ni aku bersemangat nak datang opis. Padahal semalam tak masuk opis langsung. Kenapa aku semangat plak ni? haha ada la sebabnye. Hari ni aku dapat call dari member aku, cakap dah boleh datang amik macbook.

Macbook ni aku beli 2nd hand dari die. Takde budget nak beli yang baru. Mahal sangat. So terpaksa la carik option beli yang 2nd hand. Lepas ni aku dah tade laptop dah. Laptop dell yang guna sekarang kena dipulangkan. Takleh buat harta sendiri lagi dah. So nak tanak kena la carik laptop baru. Pastu kena plak racun ngan kawan2, aku pun pilih la macbook. Macam cool je kan. Padahal guna pun tak reti langsung.

Macbook ni aku akan guna untuk job marketing aku. Imej la kononnye. Harap2 pelaburan aku yang sebijik ni berbaloi la. Mahal ooo macbook kalau nak compare dengan laptop model lain. Tang mana yang mahal tu aku pun tak sure. Brand kot.

Spec macbook ni :

1. Intel duo core 2.0Ghz
2. 2 GB RAM
3. 160 GB HDD
4. Gforce 9400M 256 MB

Harga aku beli rm3k, ada warranty lagi sampai mid next year

Kira ok ke?


Monday, October 26, 2009

If you want to be rich and happy, dont go to school?

Lately aku selalu lepak dekat kedai buku borders. Duduk situ kadang2 sampai 2 jam lebih. Belek2 buku, baca magazine etc. Seronok lepak kat situ. Suasana sangat tenang dan conducive. Tempat duduk untuk membaca pon ada. Dah jadi macam library plak. Kena plak dekat dengan rumah aku, tak sampai 5 minit drive. Memang syiokk la.

Sekarang ni aku tengah membaca satu buku Robert yang agak lama juga rasanya. Buku pasal Robert kritik sistem pendidikan yang ada kat US sekarang ni yang aku rasa tak banyak beza dengan sistem pendidikan kita. Bila baca buku tu, membuatkan aku pun banyak berfikir. Banyak point dalam buku tu yang aku rasa agak releven dan menimbulkan banyak persoalan2 yang merunsingkan.

Antara point utama dalam buku tu, sistem pendidikan sekarang sebenarnya dah obselete. Dah lapuk dan tidak berkembang seiring dengan keperluan masyarakat sekarang. Apa yang diajar disekolah (selain dari pengetahuan basic seperti membaca dan mengira), banyak yang sebenarnya tidak releven dan tidak memberi sumbangan yang ketara kepada para pelajar apabila mereka dewasa kelak.

Ada satu part dalam buku tu yang aku rasa menarik kalau aku share bersama.Dalam buku tu, Robert sangat menekankan betapa pentingnya ilmu pengurusan kewangan yang baik untuk para pelajar sebagai bekal masa depan. Ilmu pengurusan kewangan bukan bermakna gile duit atau tamak harta atau sebagainya. Malah, kebanyakan masalah yang berlaku di dunia kini, banyak disumbangkan oleh kekeliruan masyarakat dunia dengan sistem kewangan. So, jika ini berlaku, kenapa tidak diajar ilmu pengurusan kewangan dalam sistem pendidikan kita?

Dalam salah satu topik dalam buku tu, Robert ada menyatakan beberapa teori beliau kenapa perkara ini terjadi. Rasanya ada 4 teori tapi aku tak ingat semua. Aku just share je la apa2 yang aku ingat ..

1. Jika ilmu pendidikan kewangan diberi kepada pelajar, sistem pendidikan kita tidak akan boleh menggunakan frasa ' jika hendak berjaya dalam hidup, kena belajar tinggi2'. Sebab, para pelajar akan mendapati faktor kejayaan dalam hidup bukan bergantung kepada berapa banyak sijil yang terpampang kat dinding. Malah jika ditanya golongan pekerja, berapa banyak yang mereka ingat masa belajar dulu, kebanyakan mereka hanya ingat kurang dari 5% sahaja. So the balance 95% tu jadi apa?

2. Konsep exam / peperiksaan jadi obselete. Faktor fear tidak lagi boleh digunapakai untuk memotivasikan pelajar. Cikgu2 dah tak boleh cakap ' korang kena belajar rajin, HAFAL sumer fakta yang cikgu bagi, kalau malas nanti tak score exam, bila tak score, takleh masuk universiti' .
(keyword HAFAL, bukan BERFIKIR. para pelajar tend to become robot je. Tu pasal bila grad universiti, ada yang takleh cari keje. Otak tu beku. Hanya tau buat apa yang disuruh. Bila ditanya kenapa menganggur, diorang cakap takde keje yang sesuai. Kepala hotak tu letak kat mana? Belajar tinggi2 tapi tak reti berfikir. Terpaksa plak kerajaan spend lagi duit untuk ajar skil2 asas untuk diorang ni. Nampak tak betapa pincangnya sistem pendidikan berasaskan peperiksaan ni. Ish ish)

3. Bisnes2 akan kehilangan luxury untuk menggajikan pekerja dengan harga yang murah. Mereka dah tak boleh tekan pekerja dengan kata2 yang menakutkan seperti kalau tak keje bagus, tade bonus atau naik gaji. Pastu kalau melawan bos, kena buang kerja. Para pekerja yang pandai menguruskan kewangan mereka, akan mempunyai PILIHAN. Kalau mereka tak suka keje mereka, mereka ada pilihan untuk blah dari situ. Tak perlu stay buat keje yang tak disukai semata2 kerana memerlukan gaji bulanan aka rat race.

4. Sistem pendidikan secara jujurnya tak tau pun pasal ilmu perancangan kewangan

Teori2 di atas tu semata2 berdasarkan pemerhatian sahaja. Tade data2 yang nak support. Tapi terpulang pada penerimaan masing2. Sekarang ni aku pun dalam dilemma. Cemana la nak didik anak2 aku nanti.

Wednesday, October 21, 2009

The glimpse of Financial Freedom life

Hari ni aku buat keje gile. Aku malas nak masuk opis dan aku tak bagitau sapa2 pon yang aku tade hari ni. Jarang aku buat keje gile macam ni. Selalu kalau aku tak masuk opis pun, aku akan sound sesapa bagitau tak masuk opis.Aku saje nak tengok apa jadi kalau aku tak masuk opis tanpa sebab.

So memandangkan aku dah free hari ni, aku pun plan la beberapa aktiviti untuk mengisi masa lapang. Walaupun aku kira cuti hari ni, aku tak suka melepak je kat rumah.Buang masa.Baik aku cari benda2 yang berfaedah.

Untuk sessi pagi, aku bawak famili kuar g sarapan. Makan kedai mamak je. Kat area rumah. Seronok gak perasaan bila boleh sarapan tanpa rasa tensen nak kena punch card masuk opis hehe. Dulu asyik risau2 je. Lepas sarapan kitorang balik rumah sebab dalam kol 10am orang cavenci nak datang hantar perabut.

Citer pasal cavenzi ni, wifey aku sangat la bengang. 2 bulan lepas, aku ada beli set perabut dari cavenci which are seunit kabinet meja, set meja makan ngan sofa ruang tamu. Untuk meja makan ngan sofa, cavenzi dah hantar set yang betul. Cuma salah hantar kabinet meja je. First time salah tu kitorang ok lagi, just mintak diorang hantar set yang betul.Sekali 2nd time hantar pun salah jugak. Wifey la orang paling mengamuk. Aku rileks je. Janji boleh pakai sudah la. Wifey jenis yang melawan.Pakar dalam bidang customer right. So dalam kes ni, aku serahkan kat wifey untuk handle.Janji die puas hati. Teruk jugak la orang customer servis kena sembur tadi, aku diam je la. Lari bawak diri masuk bilik tengokkan baby ema tido. Kalau dok sebelah wifey, silap2 aku pun kena sembur gak. Ngeri ooo bila orang pompuan mengamuk :P

Aktiviti utama hari ni ialah pecah masuk rumah bukit subang yang aku baru menang awal bulan ni. Aku appoint Satu Solution sebagai kontraktor aku. Seperti biasa dealing dibuat dengan macha bri dan juga macha faris. Appointment di setkan pada pukul 1pm jumpa kat area apartment lili, taman bukit subang. Aku sampai kol 130pm hehe. Terlewat sebab aku
tertinggal Proclamation of sales kat rumah. So kena patah balik amik. Aku tak sedap hati kalau tak bawah POS tu sbb nanti tengah syok2 pecah rumah, ada plak orang report polis. Haru je kang tak pasal2 menjawab kat balai. So kalau ada POS ni, tade la cuak sangat.

Bila dah sampai depan rumah tu, (penat oo, rumah kat tingkat 4) macha bri dan macha faris usha2 sekeliling rumah nak make sure betul2 rumah tu tak berpenghuni. Bila dah puas hati, baru la macha bri mula memotong solex kat pintu tu. Masa tengah bekerja tu, macha bri dan macha faris turut menyanyi riang ..

" hei hei kami la penyamun satu solution..keje pecah rumah memang kepakaran kami...bla bla bla..." (lirik lepas tu aku dah tak paham sbb diorang dah start nyanyi dalam bahasa ibunda masing2)..

Macha bri mmg hebat. Tak sampai 15 minit, pintu rumah dah berjaya dibuka. Memang konpem rumah tu dah ditinggalkan. Agak berhabuk tapi masih dalam keadaan cantik. Ada plak rezeki, masuk2 je terus nampak sofa hijau yang masih elok. Boleh guna lagi tu. Cuma kena bersihkan balik. Dah boleh sewakan partial furnish. Kat dapur plak ada peti sejuk. Wah ni sudah kira cemerlang ni. Cuma tamo citer la apa dalam peti sejuk tu. Nanti tade selera makan plak.

Api ngan air sumer ada lagi. Lampu ngan kipas pun berfungsi dengan sempurna. Cuma kena bersihkan rumah tu, kalau rajin cat balik sikit2, pastu dah dalam condition yang boleh disewakan.Part sewa tu aku masih belum sure plak. Tak sure berapa rental rate kat situ. Cuma rumah tingkat 4 ni, murah skit la berbanding rumah tingkat rendah. Orang malas nak panjat tangga. Kalau terpaksa, aku mungkin akan letak perabut tambahan untuk increase sewa. Apa2 pun, aku tak risau. Kalau letak sewa rm400 pun aku masih selesa lagi. Masih ada positive cashflow.

Untuk keje pembersihan, aku rasa aku akan terus menggunakan khidmat satu solution. Malas nak buat sendiri. Aku ni memang malas part2 nak mencuci dan jadi handyman rumah. Aku lebih suka upah orang untuk buatkan. So masa aku yang terluang tu aku boleh gunakan untuk aktiviti lain. Cuma aku akan join satu solution later masa time mengemas tu. Saje nak memeriahkan suasana. Tarikh nak datang bersihkan tu belum decide lagik.Maybe weken ni atau minggu depan ikut kelapangan.

Kitorang tak lepak lama kat rumah tu sebab masing2 dah kelaparan. Belum lunch lagi. So lepas tutup api dan air, kunci pintu elok2, kitorang terus bergerak ke kedai mamak yang berdekatan untuk melantak. Ingat nak cari tempat yang best skit, tapi malas nak g jauh2 sebab perut pun dah lapar.

Lepas dah setel makan sumer, aku terus mintak izin nak chow. Sian kat baby ema kepanasan. Better masuk kete cepat2 ada aircond. Sebelah petang aku tade apa2 plan, so sampai rumah terus nap petang.

Syiok betul kalau hari2 macam ni kan. Maybe today i can somehow taste the life of financial freedom. Ni yang membuatkan aku bersemangat nak capai financial freedom sepantas yang mungkin.

PS: part macha2 tu nyanyi tu aku buat citer je...kalau tak letak disclaimer ni kang teruk aku kena kutuk time TT karang hehe...

Saturday, October 17, 2009

Melabur dalam commercial property

Masa hari rabu lepas, aku bawak famili (wifey and baby ema) together with wifey cousin pergi Ipoh. Aku ada keje kat situ (keje gitn). Kena pergi Pejabat Fama Perak untuk buat pemasangan firewall. Kitorang sampai dalam kol 1130am. Tapi customer plak request untuk aku datang ke pejabat lepas lunch.

So memandangkan aku bawak famili, aku bawak la famili ke Ipoh Parade untuk kill the time. Ipoh parade sucks! Apa benda pun tade, buring tahap cipan. So kitorang pun decide pergi ke Jusco Kinta City. Masa sampai tu kitorang makan lunch dulu kat foodcourt. Lepas lunch kitorang pergi tengok tiket wayang. Wifey nak tengok citer Papadom. Tak kisah la. Masa pun banyak lagi. So sementara aku buat keje, better diorang lepak kat jusco ni. Tade la buring sangat.

Masa tengah2 pusing tu, aku singgah kat MPH. Ingat nak belek2 je, sekali aku ternampak buku Renesial Long yang latest. Tajuk die ' Commercial Property Jewels'. Dah lama aku target nak beli buku ni. Since masa first time die kuar hardcover lagik. Cuma time tu harga dia agak mahal untuk aku (rasanya dalam rm180 kot...aku tak bape ingat). So aku simpankan dulu hajat tu. So bila dah kuar buku die yang version biasa ni, aku terus la sambar.Harga cuma rm88.80 je. Cantik harga die letak. Ada fengshui. Berjaya buat aku beli hehe. Yang tambah best, aku dapat lagi diskaun 20% sebab aku member MPH. Special diskaun untuk every rabu dalam bulan october ni.

Aku ada semua buku renesial long( rasanya ada 3 buku je pun). Buku die not bad jugak. Different style of story telling. Cuma untuk buku commercial property jewel ni, aku memang target nak beli sebab rasanya ni buku pertama untuk panduan commercial property kat malaysia ni. Majoriti author real estate invesment kat malaysia ni tumpu kat residential property je. Aku dah lama minat nak invest kat commercial property cuma buat masa ni masih banyak kekangan dari segi peluang, ilmu dan modal. Commercial property investment sangat berbeza dengan residential investment. Kalau tak kena gaya, memang boleh KO.

Pada aku, pelaburan commercial ni memang sangat best la. Kalau dapat satu commercial property yang bagus, memang boleh goyang kaki. Kalau dapat 2-3 yang bagus, boleh terus financial freedom! Berbeza dengan rumah, ada 10 bijik pun tak semestinya boleh celen return 3 bijik commercial property. Cuma game commercial ni dah lama bangsa lain yang pegang. Tak mudah kita nak masuk. Tapi given enuf time, kita pun nanti boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan bangsa lain in term of commercial property holding.

Ada satu contoh yang aku tahu, satu unit lot kedai tingkat bawah kat area subang, dibeli dari developer dengan harga rm140k. Macam harga rumah apartment je. Tapi sekarang sewa cecah rm2000 sebulan! Positive cashflow almost rm1k permonth! MV plak dah cecah rm200k. Ada orang pernah offer nak beli rm260k cuma owner sayang nak jual. Kalau ada 4 bijik kedai macam ni, kan dah dapat rm4k passive income bulan. Untuk level aku ni, memang dah capai financial freedom. Takyah susah2 keje lagi lepas tu. Goyang kaki collect duit je tiap2 bulan. Tu baru contoh kecil2 an. Kalau ada shoplot-office 3 tingkat kat corner, kena plak bank yang sewa, perghhh. Silap gaya positive cashflow cecah rm10k sebulan.

Cuma commercial property ni kena ada cash holding yang kuat. Margin of financing tak tinggi. Biasa nya dalam 80% je. Pastu charges2 lain macam quit rent, maintanence etc sumer lebih tinggi dari residential. Ditambah plak monthly installment yang tinggi. Kalau tade tenant, memang semput gak la nak cover installment. Aku agak2, kalau nak beli commercial property dalam rm500k, kena ada rm100k cash baru rasa selesa. So sekarang ni, kena la mula kumpul modal ngan ilmu dulu. Mebe dalam 2-3 tahun lagi, baru aku try venture dalam commercial plak.amin....

Saturday, October 10, 2009

Sebijak mana kah 'Bijak Wang'

Aku terasa macam terpanggil untuk bersuara selepas menonton siri Bijak Wang di Tv3 pukul 7pm tadi. Topik untuk episod kali ni ialah pasal persaraan. Actually bukan topik tu yang aku nak cakap tapi lebih kepada isi kandungan ataupun maklumat dari Bijak Wang tu sendiri.

Aku bukan nak kondem siri Tv3 ni. Pada aku amat bagus bila ada pihak2 media yang sanggup untuk mewujudkan satu siri pendidikan kewangan melalui tv. Ianya amat2 membantu masyarakat diluar yang rata2 termangu2 mencari panduan dalam menguruskan kewangan peribadi.

Cuma aku rasa maklumat yang cuba disampaikan somehow agak mengelirukan dan seakan2 ada udang di sebalik batu. Actually aku pun tak pasti nak tulis macam mana apa yang aku rasa ni. Ada rasa keliru, ada rasa macam tak lengkap dan ada gak rasa macam maklumat tu bias. Mungkin sebab slot rancangan tu agak pendek so takleh nak letak maklumat yang banyak, atau memang maklumat2 yang diberi diolah sebegitu rupa supaya boleh diselitkan dengan pengiklanan secara tidak langsung.

Korang mesti blank kan dengan apa yang aku cuba nak sampaikan ni. Bukan senang nak olah ayat tau hehe.

Mulanya citer pasal persaraan. Bijak Wang telah mengambil contoh seorang pekerja wanita yang berumur 25 tahun tapi sudah mula merancang persaraan beliau. Bagus la tu sebab ramai lagi kat luar sana yang langsung tak merancang. Cuma cara perancangan tu aku rasa agak 'biasa'. Save 10% gaji masuk dalam unit trust. (of cos disebut salah satu fund penaja rancangan). For average people, aku tak bising. Mungkin target viewer rancangan ni pun memang untuk orang kebanyakan yang tidak berapa financial savvy.Takkan nak citer pasal investment grade property, forex, high dividen blue chip stocks etc etc . Jadi pening plak viewer tu. Langsung tak tercapai matlamat siri ni.

Yang membuatkan aku tergerak nak komen ialah apabila ada satu panggilan yang bertanyakan host cerita tersebut tentang menggunakan personal loan untuk membeli hartanah yang boleh disewakan (pemanggil tersebut dah mention sewa boleh cover kos personal loan dan loan rumah). Komen panel host tu plak aku tak berapa setuju. Die cakap cara tersebut mungkin agak berisiko sebab kena serve personal loan dan juga kena jaga penyewa etc. Banyak masalah yang boleh berlaku. Apa yang dicadangkan ialah untuk membuat pelaburan yang lebih 'selamat' macam melabur dalam unit amanah secara konsisten.

Waduh2!!! Aku tak nafikan pelaburan hartanah ni ada risiko die. Mana ada pelaburan yang takde risiko kan? Tapi bila dinasihatkan plak para penonton untuk melabur dalam unit amanah secara konsisten, pada aku tu lagi berisiko. Kena plak orang yang menonton tu jenis yang malas nak amik tau hal pelaburan die, terus je dump duit masuk dalam unit amanah dan bulat2 percaya kat ejen die untuk uruskan portfolio pelaburan tu.

Dalam masa sekarang ni, 'savers' are loser! Sebab sekarang duit adalah 'currency' atau mata wang. Bukan dalam istilah 'duit' yang sebenar macam emas, perak, minyak etc. Bila kita cakap pasal matawang, benda ni boleh dicetak oleh pihak berkuasa mengikut kesesuaian mereka. Ini bermakna nilai simpanan kita tu (yang dalam bentuk matawang), ditentukan oleh orang lain. Dalam sekelip mata nilai simpanan kita tu boleh merosot apabila pihak berkuasa mengambil keputusan untuk cetak matawang dalam jumlah yang besar. Adakah benda ini di dalam kawalan kita? of cos not.( contoh : Matawang US. )

Sama la juga dengan pelaburan unit saham amanah. Kita taktau sama ada pelaburan saham amanah kita tu bagus atau tidak di masa akan datang sebab ianya di luar kawalan kita. Pada aku, bila banyak faktor berada di luar kawalan kita sebagai pelabur, maknanya pelaburan itu amat berisiko. Aku tanak kondem produk2 unit amanah kat luar sana. Masing2 ada cara masing2. Aku amik contoh ASB pun cukup la. Aku sokong ASB. Cuma aku nak tanya la. Berapa dividen ASB tahun ni. Korang boleh kawal ke? Sukati PNB la nak kasi bape kan ikut performance mereka. Diorang boleh kasi 8%, 10%, nak kasi 5% pun diorang boleh. Apa yang kita boleh buat? Terima je la. Nak bising apa kan. Tapi ASB at least tak rugi sebab modal asal tak usik. Kalau produk unit amanah lain, silap gaya bole rugi. Modal asal pun boleh susut. So apa maksud 'pelaburan berisiko rendah' yang disebutkan tu?

Pasal pelaburan hartanah, aku tanak citer panjang. Dah banyak input yang diberi. Aku pun takleh nak puji hartanah sebab nanti bias plak kan. Cuma pada aku dalam pelaburan hartanah ni, aku ada lebih kawalan berbanding saham amanah. So somehow aku boleh kawal tahap risiko pelaburan aku. Kalau rugi, memang salah aku sendiri dan aku takleh nak salahkan orang lain. Tapi kalau unit amanah kita tu rugi, salahkan ekonomi la, salahkan pemerintah, salahkan george soros, salahkan derivative trading ...(the list goes on). But the bottom line is, kita rugi.

So, pada pendapat aku, apa yang patut host rancangan tu advise ialah semua jenis pelaburan ada risiko masing2. Untuk mengurangkan risiko, pelabur haruslah mempunyai ilmu yang bersesuaian dengan jenis pelaburan yang ingin dilakukan. Buat rancangan persaraan pastu pilih jenis pelaburan mana yang bersesuaian dengan rancangan persaraan yang telah dibuat tu. Kuasa rancangan Bijak Wang ni besar. Aku percaya ramai yang menonton rancangan ni untuk panduan. Tapi aku kesian kalau orang ramai ambil bulat2 nasihat yang diberi dalam rancangan ni tanpa sebarang kajian. Nanti ramai2 mengikut je nasihat tu bulat2 dan IF something wrong happen,rugi la beramai2. Pastu mulalah jadi keadaan salah menyalahkan.

Cuma sapa lah aku nak bising banyak2. Penaja rancangan ni pun merupakan salah satu bank yang terbesar kat malaysia ni. Sure ada some hidden advert terselit kat mana2. Aku cuma boleh nasihat kan para penonton, belajar lah. Cari ilmu kewangan setakat mana yang mampu dan cukup untuk diri sendiri. Kalau dah terlebih ilmu, kongsi2 la dengan orang lain. Jangan mengikut apa yang ditonton tu membuta tuli. Takut nanti memakan diri.

Nasihat aku yang bukan lah pandai sangat ni, apa yang patut para pelabur buat untuk persaraan adalah untuk convert saving yang dalam bentuk currency tu kepada asset yang menjana pendapatan dalam jangka masa yang paling singkat. Asset ada banyak jenis. Boleh labur dalam perniagaan, dalam paper asseet (cth : kaunter saham yang bagi dividen), dan juga hartanah (yang bagi positive cashflow).Tapi in order to do that, pelabur perlu aktif menjaga portfolio pelaburan masing2 dan sentiasa meningkatkan ilmu dalam bidang pelaburan yang ingin diceburi. Aku boleh suggest buku 'GUIDE TO INVESTING' dalam siri buku 'RICH DAD POOR DAD' . Banyak isi dalam buku tu aku tulis balik dalam posting kali ni.


Ada satu pepatah menarik yang aku nak kongsi

' The Bull and Bear makes money , the Sheeps get slaughtered'

So jangan la jadi sheep.....

PS : agak2 pasal benda ni kot azizi ali dah tak jadi host rancangan ni. Sbb bertentangan dengan prinsip beliau sebagai perunding kewangan bebas.hmm...

Insurance? Hmm pening

Last week aku jumpa dengan member aku. Sama2 dulu belajar kat MRSM. Sekarang die dah self employed. Jadi CFP (Certified Financial Planner). Sebelum ni die memang fulltime unit trust agent. Sekarang dah banyak la lagi produk yang die boleh advise sebab dah jadi CFP kan.Memandangkan aku kawan die, aku pun kenen2 la supaya tak dikenakan servis charge untuk consultation hehe.

Sekarang aku tengah pening dengan polisi insuran aku. Buat masa ini, aku ada takaful Etiqa. Coverage aku sikit je. Aku bayar dalam rm100 per month. Coverage pon hanya untuk critical illness ngan life. Amount coverage plak below rm100k. Pada aku macam agak sikit. Sebab untuk insurance, kalau tahunan dah cecah rm1000 plus (rm100 x 12), coverage patutnye superb la. Ni ciput je.

Payah betul aku nak carik produk insurance yang betul2 sesuai dengan plan kewangan aku. Apa yang aku nak, satu produk insurance yang bagi the largest coverage with minimum premium. Dari info2 yang aku baca dulu, term insurance memang suits keperluan aku. Cuma sekarang ni, payah betul nak carik produk term insurance. Kalau ada pon, banyak syarat2 yang tak berpihak kepada pelanggan. Kenapa ek? mebe sebab rugi kot. oh ya! lupa nak cerita. Kelmarin aku jumpa ejen etiqa pasal polisi aku ni. Lepas aku citer keperluan aku, die kata client2 macam aku ni tersangat la sikit. Majoriti client yang die jumpa berminat dengan insurance yang ada simpanan. Sebab boleh dapat balik saving tu kalau tak jadi apa2 at the end of the day. Aku plak tak peduli langsung pasal simpanan tu. Sebab aku lebih yakin untuk menguruskan duit aku berbanding kasi syarikat insuran. Aku prefer anggap insurance ni sebagai satu jenis expenses untuk provide perlindungan. Bukan sebagai satu investment vehicle.

Back to kawan aku yang CFP tu tadi, lepas aku explain situasi aku, die cuma boleh cadangkan untuk aku lengkapkan je polisi insurance aku. Die suggest amik polisi hospitalization for my whole family. Penting gak tu. Sebab insurance etiqa aku tu tak cover hospitalization. Nanti die update aku balik once die dah come out with some recommendation. Banyak jugak ye belanja insurance ni. Kena plak kalau nak cover the whole family. Tu yang aku dalam kepeningan ni. Nak study the best possible scenario. The most optimum solution yang cover apa yang betul2 diperlukan dan tidak berbelanja berlebihan untuk coverage yang agak tidak critical.

By the way, kat mana lagi ye aku boleh carik term insurance? etiqa punya term insurance pon macam tak menarik ( base dari apa yang ejen aku tu cakap la).

Thursday, October 8, 2009

Infinite Return

Salam semua

Kalau aku cakap kat u all, kita boleh dapat pulangan infinity untuk pelaburan yang kita buat, korang percaya tak? Hehe.. ni bukan skim cepat kaya. Guna pelaburan hartanah pun boleh buat. Bukan susah mana pun. Otai2 hartanah rasanya dah biasa dah dengan benda ni. Cuma pada newbie, mesti agak pelik. Even ASB kasi 7% per annum pun dah kira banyak kan?

Aku nak cerita teori, tak berapa pandai. Sure korang akan termangu2. So better aku amik satu contoh kes study la. Senang sedikit nak paham

Katakan ada satu mamat ni nama die Mr A.

Pada 2007, die beli satu apartment di KL.

Harga beli = rm85k
Deposit = rm8500
Legal, repair etc = rm4500

So total duit yang dikeluarkan = rm8500 + rm4500 = rm 13000 --> ni nilai pelaburan.lepas dari pelaburan asal ni, die dah tak keluarkan satu sen pun lagi duit untuk rumah ni.

Pelaburan ni memberikan positive cashflow sebanyak rm200 sebulan atau rm2400 setahun. --> ni pendapatan dari pelaburan

So dalam kes ni, kita try compare return die dengan ASB ek. (actually ada banyak cara nak kira return on investment, cuma dalam kes nak compare dengan ASB, kita guna method cash on cash return atau COCR).

COCR rumah = (jumlah income setahun/ jumlah pelaburan yang dibuat ) x 100
= (( 200 x 12)/13500 ) x 100
= 17 %

COCR ASB = 7% (assume)
jumlah dividen = 13500 x 0.07 = rm945

Dari pengiraan di atas, dah nampak pelaburan rumah ni lebih menguntungkan dari ASB.

Tapi 2 tahun lepas tu, Mr A amik keputusan nak refinance rumah ikut market value( sebab interest dah rendah dan boleh panjangkan tempoh loan).

Baki loan = RM 75000
MV rumah = RM 120000

Bank kasi pinjaman sebanyak RM 108000 (90% margin of financing).

So lepas ditolak dengan baki loan sebelum ni, bank kasi perbezaan tu pada Mr A ( rm108000 - rm75000 = rm33000)

Walaupun Mr A refinance rumah tersebut dan mengambil loan yang lebih tinggi (rm108000) berbanding loan asal (rm75000), tapi installment jadi lebih rendah sbb interest rendah dan tempoh loan lebih panjang. Dalam kes ini, Mr A masih berjaya mengekalkan positve cashflow sebanyak rm200 sebulan atau rm2400 setahun.

Mari kita kira balik...

Jumlah pelaburan asal = rm13500
Duit dari refinance = rm33000

untung = rm33000 - rm135000 = rm19500

Ini bermakna, dengan refinance ni, Mr A telah mendapat balik pelaburan asal beliau iaitu sebanyak rm13500 siap dengan untung rm19500. Dari kata lain, jumlah pelaburan Mr A kat rumah ni dah tade. Tapi rumah ni masih lagi milik Mr A.

Mari kita kira COCR sekarang

COCR rumah = (jumlah income setahun/ jumlah pelaburan yang dibuat ) x 100
= ((200 x 12)/ 0) x 100
= Infinity

At then end of the story, Mr A berjaya memiliki rumah ni tanpa menggunakan satu sen pun duit die, dapat plak untung rm19500, dan masih memiliki rumah yang menghasilkan pendapatan rm200 sebulan.

Haa gitu la ceritanya macam mana nak dapat infinite return. Sebenarnya benda ni tade la pelik mana pun. Kalau dalam bisnes, lagi ganas. Kejap gila nak dapat infinite return. Tapi aku takleh nak citer banyak sebab aku bukan dalam bisnes lagi.

Kalau ada yang tak clear, korang boleh la tanya kat ruangan komen. Aku cuba jawab setakat yang mampu. Ilmu aku pun masih cetek lagi. Yang penting kita sama2 belajar.

Sunday, October 4, 2009

Lalala ...(taktau nak letak tajuk apa)

Semalam aku balik rumah in law di cyberjaya. Sebelum tu aku pergi open house rumah opismate kat bangi. Rumah kat teras jernang. Susah gak nak cari rumah tu sebab area kampung. Nasib baik ada peta. Kalau tak, sure melalut2 cari jalan.

Perjalanan ke rumah member tu memang masuk jalan kampung. Hati dah tak sedap sebab cuma nampak tanah lapang kiri kanan. Pastu ada la rumah sebijik2. Cuma bila dah betul2 sampai hujung jalan, baru la nampak deretan rumah2 yang bagak2. Terkejut oo! Tak sangka kat jalan sebegini dalam, ada rumah yang besar2. Siap ada rumah yang nampak macam 3 tingkat. Ganas sungguh.

Bila tengok area ni, baru la aku teringat pasal juruukur. Mungkin ni la maksudnya beli tanah, pastu pecah jadi lot2, then jual pada orang yang nak buat banglo. Tanah plak jauh ke dalam cuma kat area bangi la. Memang totally new untuk aku. Selama ni hanya tumpu pada pelaburan hartanah rumah sewa sahaja. Rupanya banyak lagi jenis pelaburan hartanah lain yang boleh mendatangkan pulangan yang sangat lumayan. Banyak lagi yang nak kena belajar ni. Ilmu yang ada di dada ni amat cetek di bandingkan dengan otai2 yang lain.

Aktiviti kat rumah member tu, standard la.Makan2, borak2 etc. Duduk pun tak lama. Dalam sejam camtu, aku n family pun mintak izin nak gerak. Oh ya, masa borak2 tu, baru aku dapat tahu ayah member aku tu mmg menjual tanah. So dia kata kalau nak cari tanah area2 dengkil, bangi,kajang dan kawasan seangkatan dengannya, boleh la cari ayah die. Gud2. Aku take note in mind.

Malam tadi plak, aku ajak member2 mmu yang dah lama tak jumpa lepak2 kat mamak. Seorang kawan aku tu yang sebelum ni duduk kat rumah sewa kat equine, rupanya dah pindah rumah teres 2 tingkat kat taman kajang impian. Sempat la aku datang rumah dia semalam. Jalan2 tengok rumah. Besarnye rumah die. Bersyukur aku tengok kawan2 aku dah mula berjaya berhijrah ke rumah landed. Kira dah mendapat rumah impian la orang kata. Aku tumpang gembira.Jeles pun ada juga. Bila la aku nak pindah rumah landed plak ek. Area Bangi/Kajang ni macam menarik. Ramai orang melayu duduk sini. Kedai makan yang pelik2 pun banyak. Kira komuniti memang best la.

Bukan senang nak maintain delay gratification. Kadang2 tu bila orang bertanya bila nak duduk rumah landed, aku pun taktau nak jawab apa. Takkan nak cakap delay gratification kot, tak semua orang paham. Apa yang boleh aku balas hanyalah belum ada budget. Kalau cakap tade rezeki macam tak best plak hehe.Jauh di sudut hati ni memang nak duduk rumah landed. Nak besarkan anak2 di komuniti yang bagus dan best. Duduk kat apartment ni jiran2 tak berapa nak rapat. Masing2 buat hal sendiri. Jiran sebelah rumah pun aku tak kenal. Macam mana nak kenal, nak berselisih pun susah.

Tape2, aku memang dah tulis dalam goal list. Nak pindah rumah landed kat area shah alam/bangi by 2015. Another 5 years. Iallah cukup untuk aku align financial aku supaya dapat menampung kos untuk duduk di rumah landed. Aminn..