Friday, August 12, 2011

Proton I-Care : 1-800-888-398


Malam tadi aku ada bisnes meeting kat TTDI. ( pergh bisnes meeting ke? macam gah je bunyik dia haha) . Lepak kat satu kedai mamak Jasema yang sederet dengan CIMB TTDI. Lama lepak kat situ. Ada dekat 2 jam jugak la. Dari 1015pm sampai 1215pm.

Bila time dah nak balik tu, lepas salam2 sumer, aku pergi la kat kete aku. Aiyo! sekali aku lupa nak tutup lampu daaa. Bila try nak start, memang dah tak boleh. Konpem bateri dah kong. Aisey masalah jugak ni. Tengah2 malam plak la benda ni nak jadi. Aku pun try la mintak tolong kat 2-3 orang yang lalu lalang kat situ ( yang ada kete la), nk mintak tolong pinjam jumper n nak buat jump start. Sorang pun tade jumper masalahnya. Yang aku pun mmg tak beli jumper haha padan muka aku. Nasib baik ada sorang ni advice aku untuk cuba call Proton I-Care. 24 hours service. So aku yang dah desperate ni, try je la call.

Nak jadi citer, bila aku call ,senang je dapat cakap dengan support team. Lepas citer lebih kurang, dia inform site support akan dihantar sebentar lagi. Site support akan call aku direct. Lebih kurang 45 minit gak la aku tunggu sebab site support tu ada kes lain plak dia tengah handle. Kira tade hal la. Sempat lagi aku g mamak tu tadi n order mee goreng n teh ais. Kira buat sahur terus.

Bila support tu dah datang, kitorang pun terus la setelkan masalah kete aku ni. Jumpstart guna small power generator yang dia bawak. Tak sampai 1 minit, masalah aku selesai haha. Staff yang support aku ni pun bagus. Very friendly walaupun dah pukul 1am time tu. Siap kasi advice la gi pasal bateri kete aku tu. Mmg dah high time untuk tukar pun.

Fee yang aku kena adalah rm31.80. Siap ada resit n problem report sumer. Boleh la aku include dalam tax calculation aku nanti.

To Proton I-Care team, keep up da good work n professionalism. Bukan senang aku nak puji proton tau hahaha....


44 comments:

Anonymous said...

insuran xde 24hr service ke? mahal tu 30 ringgit setakat jumpstart hihi..

Anonymous said...

Saya telah ditipu oleh Proton edar Cawangan Kuantan Pfas Co. Sdn Bhd. Saya telah membayar RM7448 untuk 10% + kena kemukan NCV kereta lama saya. Bila saya semak semula saya telah ditipu lebih daripada RM1000. Saya tidak puas hati dengan proton edar. Katanya akan ambil tindakan tetapi habuk pun takde...Itu lah yang proton I care buat...I hate proton...

mdizone said...

mr anon, sy suggest u buat aduan di tribunal pengguna...protect ur rights as consumers...

FYC said...

I emailed to Proton i.Care to report a defect with my less than 2-month old Proton Inspira 2.0P. The car boot was flooded with water. They replied promptly the very next morning and requested for my particulars. Later, I was informed that they have forwarded my complaint to the respective departments.

I waited for a week and not even a call from Proton. I couldn't wait further and made a service booking on my own. I wrote to Proton i.Care and requested that they ensure someone is there to attend to my problem. This time, not even a reply from them. Is this is what Proton i.Care is all about? They can pretend to want to do something but the end result is still the same.

This is what I get for buying a Proton; Poor QC + Poor Service. Think twice before you part with your hard earned money.

Hashim Kadim said...

saya telah membuat tuntutan ganti manipol kereta saya agv 9665 yg rosak di servis top diversified sdn bhd taiping perak 13 jul 2011 tunggu talipon tak ada dah dapt atau tidak tak puas hati saya pergi kapusat servis pada 26 jan 2012 tanya perkara tsb bila jumpa penyelia dia orang cek cek dia kata dah dapat tapi dia dah pasang kepada kereta orang lain ini yg tak betul tu. Minta proton i care siasat aduan saya. tq

Zulkarnine said...

Proton Desa Tun Razak humm sungguh x systematik dan amat teruk perkhidmatan servis, antar servis satu ari tapi ckp terlupe

janet said...

mengapa saga flx baru ada masala gear box?

janet said...

baru 2 bulan kereta ....pergi dealer suruh balik branch ini macam service ke?

Anonymous said...

i send my Inspira to I care centre to solve the air-con vent and door panel rattling noise. After 3 times repairing the problem was still not solve.
How would you rate this kind of services?

Anonymous said...

Boleh Proton bagi penjelasan tentang kejadian shaft yang patah pada test drive car Preve di kangkar, skudai, johor spt disebarkan dalam facebook semalam? sebagai owner preve ada sedikit kebimbangan.. harap dapat dijelaskan...

gani said...

SAYA NAK TANYA PIHAK PROTON ADAKAH KERETA EXORA MEMANG SUDAH DIBERHENTIKAN PENGELUARANNYA KERANA ADA MASALAH ENGIN ADA KEBOCORAN MINYAK HITAM. SAYA TELAH MENEMPAH PROTON EXORA DARI BULAN JUN 2012 SAMPAI SEKARANG MASIH TAK DAPAT LAGI,MENGIKUT KATA DEALER PROTON MEMBERHENTIKAN PENGELUARAN EXORA KERANA ADA MASALAH ENGIN.SAYA RASA AMAT KECEWA KERANA SAYA TERPAKSA DUDUK DIRUMAH JE LAH RAYA NI KERANA KERETA YANG SAYA NAK BELI UNTUK NAK PAKAI RAYA MASIH TAK DAPAT LAGI. PERJANAJIAN DENGAN BANK DAH SELESAI CUMA TUNGGU KERETA YANG TAK KELUAR LAGI DARI KILANG KAN SEDIH RASANYA,BANK DAH LULUS SEJAK BULAN JUN LAGI,TUNGGU MACAM BUAH TAK JATUH MACAM MANA LAH BOLEH BERLAKU MCM NI SEDIHLAH BILA PROTON BUAT MCM NI.

Anonymous said...

saya xpuas hati dgn proton dungun. menipu sgt2...dh 5bln lebih sy booked kereta persona tp smpi skrg xdpt2. asyik duk kata kete xde stok. sblm ni sy booked preve,salesman kata preve kene tgu lama,6-7bln. dia minta sy tukar ke persona sbb stok dh ada. smpi ms sy sign agreement,salesman diam. bila col balik bru bgtau kete xde stok. lepas tu kata kete dh ada,sy pn byr downpayment,dh settle document,tup2 kerani ckp kete sy dh dijual pada org lain. dh 2kali kete sy di"allocate" tp kenapa jd mcmni? ke salesman ni mkn duit org je,dpt lebih dr customer lain,jual kt org tu tanpa maklumkan pada kami dlu

Unknown said...

Preve CFE, after 3 months, 'push-button' warning light appears while driving, send to service centre 2 times during past week, problem still persists ........ goin again for 3rd time ........... go to press....service personal dont seem to be bothered i have come so frequent....tidak apa attitude .........call me ......012-7092 740.....go to press ...mahathir...proton advisor ????

Anonymous said...

My 9 months exora bold today sent for major repair due to gear box leaking. Proton QA & QC sucks. Estimated 1 week to reply. So what am I to do without a car for 1 week? Will proton compensate me? How am I to be sure that there will be no problems after my warranty period ends? I regret selling toyota vios to buy a proton. Totally lost confidence on Proton. Never had a single repair/ defect with my vios for 4 years.

Unknown said...

Sy owner proton preve, dibeli pd 2014. Pd thn sama kereta sy mengalami mslh control button pd stering diikuti pelapik pd gear yg menggelembung dan mengganggu semasa sy tukar gear. Aduan dh dibuat di pusat servis yg sy biasa berurusan di tmn batik sg petani. Tp sampai sekarang masih tiada tindakan. Berkali2 ditanya jawapannya tak ada stok. Nanti kami check. Dan sekarang 2016..apa dah jadi? Nak tunggu 10 tahun lg?

Unknown said...

Proton blm sy tenggelam banjir kat manik urai tahun lepas. Hantar pusat servis sampai skrang xsiap lg.
Tanya pasal diskaun 30% n free labour. Dia kata tu dlm tempoh 6 bln saja. Yg dia peram keta smpai sthun tu apa cer. Tak ke hangging cmtu.

siti khadijah said...

PROTON MMG TERUK>>DARI SALES SAMPAILAH KE PRODUK...SY SERIK PAKAI PROTON DAN SERIK ADE ADUAN DGN PROTON//SEMUA MASALAH XBERKESUDAHAN..MAKAN GAJI BUTA GAKNYA...

Anonymous said...

aku da fed up dgn proton !!!!!!..

ni kereta keempat aku pakai ...proton exora...selepas PERODUA kelisa, myvi se dan honda city..

beli ni sbb famili da bertambah..

after sale service sungguh mengecewakan...if berlaku kerosakan besar
kereta baru lagi...exora bold 2014...beli kat setia alam...
mase first day ambik...camera x berfungsi...tp sbb nk raye..buat bodo jela..
lepas raye..check di proton servis..cable camera diorang x connect..tkpe...bole rilek lagi...

beberape bulan kemudian...wif mengadu ade bunyi gerigi mase tekan minyak stiap kali selepas bonggol..pegi check...drive shaft problem...tukar..time hati ni cool lg...

tp kali ni...prob ketiga..stereng rase membuai je n kereta da tarik ke kiri...da 5-6 kali buat alignment..kereta still tarik ke kiri...tayar continental yg imported kat depan dua 2 belah da makan tepi
pegi kedai pomen bese..diorng bgtau stereng rack bush prob..pakai x sampai 2 tahun..masalah da macam2..nk kate bawak ganaz...wif je yg drive kereta ni...
claim waranty dkt coe(centre of excellence laaaaa konon) sebelah kesas..prob still same....
yg x bes skg...nombor yg diorang calang2 suh kite contact dekat website tu ..0380269333...x penah2 ade org angkat since sebulan ni..sbb nk follow up masalah kete ni..
telefon gune proton customer care la konon..ingat bole sttle masalah..haprak ..diorang suh kite tgg panggilan drpd centre of excellence yn x penah excellent since 1989...+/- 2 hgg 3 mgg menunggu..langsung xde panggilan drpde diorng...check dlm internet..da ramai da mengadu yg diorang x penah angkat...

kepada mereka yang nk membeli kereta proton..pikir2 la dulu...aku dah terkena...setakat servis bese je no hal tp kalu melibatkan major problem ni la masalah nye..

sakit nk menanggung...rase macm tertipu je...memang skg ni proton da achieve safety yg bagus if compare dgn perodua.. tp if after sales service mcm haram...wat buang duit, tenaga...je...

wahai proton..walau sebagaimana kereta ko hasilkan...even dengar ure2 nk rebage macam2 kereta...even sampai lambogini..if after sales servis macm haram...x yah la..

Anonymous said...

Kenapala Ada salesperson proton begini

Anonymous said...

Sy telah dianaiya Oleh kakitangan proton edaran Idaman suri A.setar Kedah,kenapa perlu menipu mgambil duit org dn diam begitu saja?Dari November2017 sehingga kini april2018 msg call tak Ada jawapan,sedih n ralat kerana Wang YG takseberapa snggup mencemari Nama proton

Anonymous said...

Mohon syarikat proton dapat mengambil tindakan kerana perkara ini,snggup mganaiya manusia spt sy,sy harap tak adalah manusia lain yg ditipunya,org sederhana spt sy susah utntuk mendapatkan Wang wlpun dlm jumlah YG kecil,sy sudah tawar hati untuk membeli proton jauh lagi berurusan,wng pendahuluan YG diberi Janji palsu YG ditaburi akhiri dgn sy YG menanggung rugi,harap proton dapat mgambil tindakan kerana risau perkara ini berlarutan n JD pa manusia lain,susabnya cari duit hya Tuhan sj yg tahu,sy harap Wang sy dapat dikembalikn,sudahlah sy baru menerima cahaya Mata,ditipunya Pula dgn staff proton,Mohon dpat tindakan susulan segala bukti Ada pd sy. (djsept306@gmail.com)

Anonymous said...

well saya baru beli proton saga new blan 2 hari tu.. and mengecewakan betul.. 4 kali daa kene towing.. 1st dea charge battery katanyaa kereta dr show room memang ade masalah mcm nie.. 2nd towing check wiring... 3rd towing tuka battery.. 4rd towing agaknya dea just jumper jerk kot.. and now kereta still ader masalah yg sama nk dekat 2 week mesti buat hal. complain dkt i care dr suggest hantar kt chan sow lin terus suruh gie hantar kt subang jaya.. main tendang2 sana sini masa org x pikir kew? haduiii rasa hilang sabar daaa dgn proton nie... kepada yg nk beli kereta proton pk laaa sejuta kali even masalah kereta saya minor pon proton x bole nk solve.. bile mengadu dgn salesman dea bole ckap alaaaa bende kecik jerk nie.. hello.. i bayar monthly memang utk dpt kereta sampah kew? agak2 tu belom kereta buat hal coz bayar grab lagi ader fikir kew semua tu.. bukan semua orang dilahirkan senang yer..

Unknown said...

Sy booking exora 20 jun 2018 dh byr downpayment, plate dh bli namn hingga skrg masih x dpt kereta...proton langsung x beri makluman kenapa lambat dpt kereta...sblm byr djanjikan 2 minggu dpt...lps byr sepi tmpa berita...tanya salesman dia bgtau 1 malaysia masih x dpt kereta yg bli saing saya..why? Pihak proton xde bg sbrg makluman kelewatan pun pd saya...

IRIZ 1.6 CVT PREMIUM user said...

Saya penguna IRIZ 1.6 CVT Premium full spect. Beli penengahan 2018. Kereta hebat dgn push start button and electronic system. But the problem is . Bunyi dalam kereta agak menggangu. Kereta Axia yg kosong pun ada side mirrors auto. Ini saya full spect Dan ini kereta alaf baru antara paling cun. Tolong selesaiakn persoalan ini. Tq.

Unknown said...

Di sini saya nak membuat aduan terhadap proton servis center kluang kerana mereka telah memberikan tender kepada seseorang untuk menguruskan kes kemalangan....saya tak kesah bab itu janji jangan ada masalah atau pon berlaku penipuan sekarang ini saya sendiri sudah di jadi kan mangsa penipuan oleh orang yang di berikan tender oleh proton servis center kluang terhadap kenderaan kemalangan bayangkan lah kalau setakat wang ringgit rm200 pon hendak di tipu.....macam mana pulak kalau nampak wang yang berjumlah lebih besar lagi???saya sudah puas cube menelefon dan text owg itu tetapi langsung tak dapat feedback semula....apakah tindakan harus saya lakukan yea

Anonymous said...

saya pakai persona 2019 cvt
so far so good.alhamdulillah.asik cerita badside.cerita goodside pulak.
persona19 mmg best cruise body dah improve utk hentaman tepi.speeding n cornering stabil x mcm keta tuuuu.interior pun dah cun semi leather fabric.dashboard 2 tone.touch screen etc.nice n selesa.cvt gearbox pun dah improved byk.power steering ringan giler.apapun alhamdulillah dpt keta elok.yg dpt keta x elok tu bertabahlah.phm perasaan anda.setiap keta pasti ada mslh2 tertentu.no models 100% perfect.

Unknown said...

saya pakai persona 2017 cvt
so far so good,dlm 2thun x masalah.Baru² ini enjin persona sy berbunyi seperti Moto bot.. sy telah menghantar kenderaan sy di psat SC Daerah Keningau ,Sabah. Sdah 2 minggu lamahnya menunggu respon dri psat SC malangnya spai sek masih blm mendap keputusan masalah kenderaan sy.Kenderaan baru digunakkan 2thun tapi sdh mempunyai masalah y susah di kenal pasti walaupun Adanya teknologi y terbaik dari Proton. Sy ingin bertanya kami sbgai pengguna setia Proton sekiranya kes seperti ini berlaku dgn kami,kami seharusnya berhak mendapat pampasan atas kelewatan phak Proton sesebabkan ianya menganggu kehidupan kami seharian dgan menaiki kenderaan awam utk ke kerja sejauh 63 km setiap Hari Dan seterusnya meningkat Kos perbelanjaan sy seharian.Sya amat kesal dengan proton harap dari proton dpt tampil membantu sy secepat mungkin..

Unknown said...

Proton mmg kimak pun

Syam said...

Ruangan aduan ni dibaca ke oleh proton ya..

eypoh hikers said...

2 Feb 2020, Saya book kereta persona sebulan yang lepas di Syarikat Budiraya Sdn. Bhd , Jalan kampar. Alasan Raya Cina selalu diberikan setiap saya Call.. Saya telah membayar deposit rm14,000. Saya kecewa dengan kelewatan ini..

JSH said...

Ruangan ini ada ke PROTON LAHANAT ni baca??? Beli exora baru dpt pakai sebulan je. skang dah sebulan lebih kat service centre. kaya sgt ke aku ni??? Keta tu satu je ada pon?? nak anto amik anak sekolah?? nak g keje?? blik kg ada kematian keluarga pon minjam kereta org

Hardi said...

After sale service pun teruk. Proton ku makan tayar sebelah, umur jereta tu baru beberapa bulan blm setahun. Bawa pigi service disuruh cek alignment dengan kos sendiri. Begitu juga bulb lampu break tak menyala disuruh beli sendiri dulu. Service center tiada stok. Hari ini saya service lagi, minyak pelincir heavy duty pula tiada, buruk betul tempat service ni. Macam mana proton boleh luluskan service ini noleh hafi agent service center dengan serba serbi kekurangan.
Gari ini juga saya claim bulb yang disuruh beli sendiri tu, blm dijawab boleh atau tidak....teruk betul.
Tiga kali saya beli proton, ingatkan pro di era 20an sudah bertambah baik ternyata sama juga bermasalah.

Hardi said...

Saya sevice di pusat service Fook li Tawau.

Anonymous said...

1. Oder part dgn proton dah sebulan, masih belum terima..
2. Kereta saya telah dihantar ke SC Fleet Parade Rawang pada 9 Okt.
3. SC maklumkan ada part yang perlu di tukar, iaitu MOUNTING ENJIN DAN BRACKET CVT.
4. Saya telah buat pembayaran kepada SC Fleet Parade setelah pihak SC membuat tempahan part dengan proton.
5. Masalah sekarang, setelah hampir sebulan part yang ditempah belum tiba.
6. Saya beberapa kali menghubungi SC bertanya, tapi hampa..
7. Sebenarnya masalah ini berpunca dari SC atau Proton HQ saya pun tak pasti..

Sekian.

Unknown said...

Hai. Saya asnita, saya beli kereta x70 stardard ambil 1/10/2021(jumaat) pukul 10.30pagi. Terdapat kebocoran pada bahagian saluran paip minyak dan tangki hitam di bahagian bawah kenderaan saya. Semasa refill minyak kedalam tangki. Apabila di periksa oleh makenik kereta didapati. Terdapat rekahan kecil pada saluran paip hose dan soket hose(color putih). Rekahan paip soket ni amat mustahil dapat di capai oleh pengguna. Saya amat kecewa dan amat berharap pihak proton dapat membantu menyelesaikan masalah ni. Saya rasa ia merupakan kecacatan yg amat jarang berlaku. Yang paling menakutkan minyak keluar semasa isi minyak. Ia boleh menyebabkan kebakaran dan kemalangan jiwa. Saya amat berterima kasih Pada Syarikat Mercu Usaha Mesra dimana amat membantu melakukan pemeriksaan yg detail. Iaitu Makenik En Alai dan dealer En Rizal. Mereka amat mesra mendengar aduuan
Terima kasih proton, saya amat berharap jangan berlaku pada kereta X70 lain. Saya puji service mereka.

Terima kasih
Dr.Malik

.

Unknown said...

Saya dr. Malik, pakai kereta x70 . Kerosakan tangki simpanan minyak.saya telah buat aduan kepada proton icare. Layanan dan tindakan amat baik. Nama pegawai itu ialah Encik Adli.saya puji tindakan beliau

Terima kasih
Dr.Malik

Unknown said...

Hai, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada bahagian proton icare amat mesra pelanggan dan Ejen jualan Mercu Usaha Mesra di sungai petani, pada bahagian jualan (en rizal) bahagian techical ( En Alai). Juga bahagian pentadbiran amat baik dan membantu. Sikap profesional mereka amat baik. Saya cadang sesiapa nak membeli kenderaan dan selenggaraan dengan kadar yamg amat baik. Saya cadang pergilah ke pusat jualan ini. Terbaik, cekap dan amanah

Anonymous said...

Assalamualaikum..saya nak buat aduan tentang lembab perkhidmatan dekat pusat servis proton didpadang midin k trg..diberi temujanji pukul 10.00 pg...sampai Salam 9.35..pukul 1.30 ptg baru panggil untuk konsultasi..lepas tu tunngu lagi pukul 3.0ptg baru siap.tu baru servis kedua lembab Dan lambat nak mampus..first time jumpa pusat s rvis macam..claim rate 10..tulis provide biskut n nasi lemak..tapi habuk pun Tarak..harap tolong pantau..pusat servis macam ni..

Anonymous said...

Aircorn kereta saya ada masalah. Dah order, pihak proton yang order ,janji 3 bulan sampai.Tapi skrg dah lebih 3 bulan Kereta saya penuh habuk sebab kena buka tingkap,bawa kereta waktu mlm masa hujan sangat bahaya. Teruklah service proton klu begini.Lokasi saya di Sabah.

Anonymous said...

Sama la

Anonymous said...

Ya betul. Saya beli proton 2019 banyak betul masalahnya. Kalau hantar service mesti bertekak. Malas nak hantar service di proton service. Tempat service tu Fook Loi.

Anonymous said...

Proton persona 2021 beli 2 kali dah masalh regulator window. Byk pusat servis xde stok.merata nk cari pusat servis yang ada.pastu dh booking.2 bln xtelefon2.owner plk kena telefon pusat servis. Mmg teruk. Nak untung barang xde kualiti menipu je..

Anonymous said...

Proton T3R51AL

Anonymous said...

PROTON 8481