Tiba2 terasa tergerak nak explore pasal software untuk email marketing. Selama ni dok asyik terima email2 dari orang lain je and tak tergerak pun nak buat database email sendiri. Biasanya kalau aku nak blast email, just guna gmail punya database je (send to many). Cuma cara ni banyak jugak kelemahan dia. Antaranya kita tak boleh nak customize sangat email kita dan juga tak ada rasa personal touch. Aku memang selalu guna fungsi email nak blast info lelongan pada client2 yang ada pada masa ni.
So bila dok kaji2 emailyang aku terima, aku perasan dua software yang ramai email marketer guna iaitu aweber dan getresponse. So bila aku pergi kat website diorg, menarik jugak apa yang dioffer. Sekarang ni masih lagi dalam fasa exploring sebab takleh nak decide lagi yang mana lagi bagus.
Korang pernah ada pengalaman guna software email marketing? boleh kasi recommendation tak yang mana ok in term of service, design, functionality and price? Or perhaps ada lagi software lain yang lagi bagus dari 2 yang aku sebut kat atas?
Diharap kalau ada pembaca yang mahir dalam internet marketing, sudi2 lah bantu aku yang blur ni ek.
TQ2
2 comments:
aku pernah pakai aweber... no complaint! boleh customise ikut subject/offer/promotion/etc.
ohs sudah ada yang rekomen aweber...bagus2...setakat ni masih berat ke aweber :D
Post a Comment