Thursday, August 25, 2011

Aiya! Budget raya aku....

Petang tadi aku terima panggilan dari seorang buyer aku. Rumah subsale di Selayang. Close case dalam bulan lepas so sepatutnya dalam minggu ni buyer n seller akan berjumpa untuk sign perjanjian jual beli. Tinggal kira hari je lagi ni.

Semasa perbualan tu, dengan berat hati dia kata somehow dia tak boleh nak proceed dengan pembelian ni. Ada masalah dalaman katanya. Aisey, berat la ni. Aku tanya kenapa. Dia kata ada beberapa isu antaranya pasal loan dia dan juga pendapat keluarga. Ah sudah! macam mana aku nak assist kalau part pendapat keluarga. kalau part loan tu maybe aku boleh gagahkan jugak. Dia mintak aku nego dengan owner untuk refund balik duit deposit dia.Kalau tak dapat full pn, dapat skit pun jadi la.

Aku ni tade la hati kering sangat. Kesian gak. Tapi dalam perjanjian offer letter to purchase, kalau buyer pull off, earnest deposit mmg burn. Nak buat macam mana. Sekarang ni kena lihat pada budibicara owner. Kalau owner jenis bertimbangrasa, maybe dia boleh consider. Kalau tak, then burn la deposit tu. Takleh nak kata apa sebab dah terang lagi jelas clause dalam Offer letter tu.

Sekarang ni aku malas nak pening2 kepala. Raya dah nak dekat. Banyak lagi benda nak kena fikir dan disediakan. Cuma agak terkilan la sebab sepatutnya duit komisyen untuk sale ni dah boleh guna untuk budget raya. Sekarang ni macam dah kurang harapan je nak dapat. Terpaksa la korek dari tempat lain.

Sebagai seorang agen hartanah, benda2 macam ni memang normal sebenarnya. Bila jadi benda2 macam ni, takleh cepat melatah dan putus asa. Memang la agak kecewa pada awalnya, tapi rumah banyak lagi. Owner dan pembeli bersepah2 diluar sana tinggal usaha je untuk satukan mereka.

Aku tak citer lagi benda ni kat owner. Aku minta buyer sabar sampai lepas raya. Rilek dulu. Owner mesti tengah sonok2 prepare untuk raya. Kalau dapat berita ni kang, spoil je mood. Kita tengok lepas raya macam mana plak. Kalau dah rezeki, memang tak kemana. Kalau bukan rezeki, usaha macam mana pun mmg takkan dapatnya.

5 comments:

yassin said...

dugaan beb...
adat meniaga..
tapi kalo ko boleh share what is the actual reason dia cancel to own that house?

mdizone said...

ntah la bro..tadi cakap telefon pn tak lama..takde plak tanya detail...nnt lepas raya aku follow up balik...try to sort this matter setakat yang mampu...

www.tuanbri.com said...

itulah asam garam dalam kehidupan seorang perunding hartanah..

insya allah adalah rezeki datang dari tempat lain tu..

mdizone said...

thanks for da comment bri...

Matjoe said...

moga dipermudah. thanks bro, tinggak komen panjang kt blog aku. petani ni keluar entry untuk budget raya pulaks