Friday, December 24, 2010

Kisah Client 1 : Desa Mentari

Uish...dah lama rasanya tak menulis sendiri kat blog ni...tu la sekarang ni otak tgh blank...rasa malas pon ada juga nak update blog...last2 cut n paste je entry orang pastu buat disclaimer...dapat gak share knowledge sedikit sebanyak..

So lepas pikir2 apa yang aku nak share, aku decide nak citer pasal kes rumah lelong client aku. Dia beli rumah kat Desa Mentari beberapa bulan yang lepas. Beli pada harga yang agak murah. Kira rezeki. Rumah tu rupanya ada tenant duduk. Sempat juga berbual dengan tenant sblm decide nak bid rumah tu. Tenant tu nampak macam ok. Dia kata dia baru tau rumah tu kena lelong. So kalau client aku menang, dia bersedia untuk pindah. Kira cun la tu..tak banyak masalah.

So lepas client aku menang, so aku contact tenant tu. Cakap aku boleh kasi dia duduk sehingga disbursement. Sebab fair la pasal dia dah tak dapat contact owner lama untuk dapatkan balik deposit dia. Aku pun taknak la buat pasal. Elok2 dia nak kuar, kang disebabkan aku banyak songeh, terus dia tanak pindah. Lagi haru. So ada la dalam 2-3 bulan dia duduk situ free. Client aku pun ok je bila aku explain. Rugi sikit la sbb tak dapat nak sewakan terus rumah tu and collect sewa free hehe...tapi bila timbal balik pros n cons, better amik option ni.

Nak jadi cerita, bila dah nak sampai time amik kunci ( duit dah disburse), aku tak dapat nak call tenant ni. Ada dekat seminggu dua aku call2.Dalam hati aku dah cakap, " aisey, kes susah ni...nampak gaya macam nak kena pecah pintu". Aku malas la nak buat huru hara so aku tunggu lagi.( time tu ada lagi seminggu time sblm tenant tu kena keluar). Tiba2 aku dapat call dari anak tenant tu. Dia kata ayah dia pass away 2 minggu lepas. So anak dia ni yang struggle call balik nombor2 yang cuba nak contact ayah dia sblm ni. Pergh terkejut beruk aku. Baru ju rasanya aku cakap dengan tenant tu tau2 je dah sampai ajal. Sakit jantung tiba2. Umur baru daam 48 tahun. Tu la nak wat cemana, ajal maut di tangan tuhan.

So lepas aku explain kes aku ni pada anak tenant tu, dia pun paham. Dia kata ayah dia pernah sebut pasal rumah ni. So proses perpindahan tidak ada masalah. Aku siap kasi tempoh lanjutan memandangkan anak tenant ni baru sahaja kehilangan ayah. Kira bertimbang rasa la skit. Client aku pun ok.

So bila rumah dah clear, aku terus engage kontraktor untuk uruskan rumah tu. Banyak juga benda nak kena buat bila rumah tu dah kosong. Tingkap kayu dah reput, tingkap pecah, cat dah luntur etc. So aku advice client aku untuk betul2 furbish balik rumah ni sampai tiptop condition. Nanti senang nak sewakan. Seb baik client aku ni ada budget. Terus buat je sumer keje. Siap dalam 2 minggu. ( baru2 ni je..)

So lepas dah siap sumer, aku terus iklankan rumah utk disewa. Aku tampal la kat depan lif blok rumah tu. Tak sampai 3 minit, dah ada orang call. Rupanya mamat yang call tu ada kat belakang aku ( aku tengah tunggu lif nak pergi tgk rumah tu). Haha...apa laga aku terus la bawak mamat tu tengok rumah tu terus. Tapi aku tak terus konpemkan sebab aku nak bukak option aku pada orang lain juga. At least bole buat tenant filtering.

So alhamdulillah, semalam ada young malay couple datang view rumah and terus bayar duit booking. Tempoh pengiklanan cuma 2 hari sahaja. Rezeki kot. Tambah pulak dengan keadaan rumah tu yang dah cun, senang la orang nak sewa. So next week nak jumpa balik bakal tenant baru tu untuk serah kunci and sign agreement. Kira start sewa bulan Januari 2011.

sebelum repair 1

sebelum repair 2

sebelum repair 3

Lepas repair

8 comments:

Matjoe said...

woweee, menarik cerita ni. nak invest property mg kene by sabar

mdizone said...

haha tu la pasal...teruk lagi masalah yang dihadapi macha faris rasanya...

zz said...

Berapa your client beli umah ni?? Sewa pulak berapa??

Rohaniah Noor said...

alhamdulillah.. berkat sabar...kalau la berkeras dgn penyewa tu, takke menyesal biler tahu dier meninggal dunia..

mdizone said...

Flat memang senang nak dapat good cashflow...beli dalam rm50k, sewa dalam rm500...kira sendiri la berapa ROI n COCR...tapi tu la, flat pon datang dengan set of problem dia sendiri...

bird said...

cantik rumah.. berapa byk spend utk furnish kan tu eh?

Mr Sol said...

Standard la low cost rumh.. cat agk kurng kualiti, workmanship plaster n pasang batu block cincai agk cincai, piping guna besi berkarat, frame pintu tingkap guna kayu agk rosak n reput bila lma2.. aku ade sebiji rumh kt block 3, skrg repair dh jd cntik.. tapi Kos bleh thn la..

Mr Sol said...

Tapi area sini pantang rumh kosong laju jer org nk sewa.. ni blum siap repair dh ade 4-5 org tnye