Saturday, December 18, 2010

Apa Soalan yang Perlu Kita Tanya kepada Penjual Unit Trust?

(Sumber : http://www.facebook.com/notes/pak-di/apa-soalan-yang-perlu-kita-tanya-kepada-penjual-unit-trust/469184958234)



Melalui perbualan lisan bersembang bersama kawan-kawan, emel dan juga menerusi facebook, rakan-rakan saya bercerita mengenai ejen-ejen / konsultan (yang lebih tepat adalah jurujual) saham amanah mendekati mereka dan meminta mereka membeli seterusnya melabur dalam saham amanah. Kebanyakannya tidak berapa tahu apakah keputusan terbaik yang harus dibuat. Beli atau tidak?



Berikut adalah soalan-soalan yang lebih tepat untuk kalian tanya kepada jurujual tersebut. Sekiranya berpuas hati, ok. Kalau tidak berpuas hati, cari jurujual yang lain atau jangan melabur langsung.



1. Tuan / puan sudah berapa lama menjual unit trust?



2. Kalau saya beli dari tuan / puan, apa yang tuan / puan dapat?



3. Kalau saya beli dari tuan / puan, apa yang saya dapat?



4. Kalau saya untung macam tuan / puan cakap tu, apa tuan / puan dapat?



5. Kalau saya rugi, apa tuan / puan dapat ?



6. Kenapa tuan / puan cadang saya beli dana A dan bukan dana B?



7. Kenapa tuan / puan cadangkan dollar cost averaging (melabur setiap bulan atau 3 bulan sekali) dan apa yang tuan / puan dapat?



8. Kenapa tuan / puan cadangkan dollar cost averaging dan apa yang saya dapat ?



9. Saya baru beli buat kali pertama, boleh tak saya batalkan pembelian saya bila-bila masa?



10. Betul ke saya boleh dapat pulangan yang macam tuan / puan tunjukkan tu?



11. Dana yang tuan / puan cadangkan kepada saya ni, melabur di mana dan apakah risiko saya ambil?



12. Potensi keuntungan yang tuan / puan tunjuk kepada saya ni, adalah keuntungan bersih atau keuntungan kasar (belum tolak fi jualan, fi pengurusan dan lain-lain)



13. Kenapa tuan/ puan cadangkan saya melabur selama x tahun ?



14. Apa lagi kos-kos yang perlu saya tahu ?



15. Betul kah sekarang masa yang sesuai untuk melabur ? Kenapa ?



Kemudian, sila nilai jawapan yang jurujual beri. Ambil prospektus dana yang ditawarkan, baca dan bandingkan jawapan yang kalian terima. Kalau kalian betul-betul serius nak rancang wang, inilah yang kalian kena buat. Kalau tidak pihak lain yang serius merancang wang mereka dengan wang kalian.



p.s. Jangan minta saya nilai jawapan tersebut. Nanti saya caj fi.



1 comment:

Matjoe said...

hmm, unit trust mmg tricky dan kita kene ada ilmu jugak nak invest. agent memang terlatih, dgn contoh keuntungan sampai 30%. kene ada ilmu, aku pun x cukup ilmu dlm nak melabur unit trust ni. kalau kene strategy mmg boleh untung.

anyway, aku nk ajak ko joint constest blog aku: CONTEST AZAM 2011

simple jer buat 1 entry bertajuk 'azam tahun 2011' dan letakkan 1 gambar. klik link kat atas utk syarat2