Apa Beza MRTA & MLTA?
Assalamualaikum semua...
Semalam aku ada terbaca entri Chan Ai Cheng dalam majalahiProperty.com. Dia cerita pasal perbandingan antara MRTA & MLTA. Menarik jugak untuk dikongsikan bersama korang.
Bila aku cari info dalam internet, aku terjumpa satu blog dari agen insurans nih - Ridzuan AIA. Dia ceritakan benda yang sama dengan apa yang Chan Ai Cheng ceritakan, siap ada gambarajah sekali.
Jadi, aku c&p kan kat sini untuk tujuan perkongsian ilmu dengan korang. Aku rasa MLTA ni macam MRTA + insurans la. Macam kopi 2-in-1 tu. MRTA bayar lump sum masa beli rumah, tapi MLTA nih bayar bulan2.
----------------------------------------------------------------------------
(sumber: Ridzuan AIA)
MRTA vs Mortgage Life
Disini saya ingin berkongsi bersama saudara/ri sekalian mengenai perbezaan diantara MRTA vs Mortgage Life dimana pendapat saya sebagai seorang yang terlibat secara serius dalam bidang insuran, saya dapati ramai diantara peminjam pinjaman perumahan yang akan kebanyakanya memilih MRTA berbanding dengan Mortgage Life. Saya akan tunjukan perbezaan diantara 2 'financial tool' ini seperti rajah dibawah...
1) Katakan anda meminjam sejumlah pinjaman bernilai RM200K.
2) Tempoh pinjaman anda adalah selama 30 tahun.
Sepanjang tempoh ini, anda melindungi pinjaman anda dengan MRTA yang berharga RMxxx (perlu bayar lumpsump dan harga premium berubah mengikut umur). Ok disebabkn MRTA adalah term insurance, ia tidak mempunyai sebarang unsur simpanan dan manakala premium yang anda bayar lumpsump upfront itu akan hangus dan tidak akan membawa apa2 pulangan dari berbentuk simpanan setelah anda selesaikn pembayaran tempoh pinjaman anda.
3) Apabila anda habis bayar pinjaman rumah anda(katakan sampai tahun ke 30) anda akan hanya mendapat sebiji rumah sahaja yang telah anda langsaikan hutangnya.
4) Tetapi seperti anda dan diri saya tahu, kita hanya mampu merancang sahaja dalam kehidupan kita dan Allah jualah menentukanya. Katakan pada tarikh ini (line merah ke bawah) si peminjam menemui ajalnya dan kembali ke rahmatullah.
5) MRTA akan selesaikn segala hutang baki dari tarikh si peminjam ini meninggal.
6) Pewaris tidak perlu lagi membayar hutang pinjaman rumah berkenaan dan akan memperolehi sebiji rumah yang ditinggalkn oleh si arwah
Sekarang ini pula saya akan tunjukan pula features dan benefit yang akan anda perolehi perlindungan dari Mortgage Life
2) Tempoh pinjaman anda adalah selama 30 tahun
3) Kali ini, anda melindungi pinjaman anda dengan Mortgage Life dimana features nya anda mempunyai simpanan apabila anda membayar premium tersebut.
4 & 5) Seperti anda dapat lihat seperti rajah diatas, jumlah simpanan anda setiap tahun akan meningkat tahun demi tahun dan simpanan ini anda boleh jadikan ia sebagai retirement fund anda apabila sudah habis bayar loan rumah, anda boleh gunakan simpanan ini untuk perbelanjaan pendidikan anak anda dimasa hadapan,simpanan boleh dibawa keluar untuk melancong ke luar negeri atau buat saja apa yang anda suka dengan duit simpanan itu. Seperti saya tunjukn rajah diatas, anda boleh bawa keluar duit simpanan itu untuk membayar pinjaman perumahan anda lagi awal dari tempoh matangnya tanpa perlu usik duit KWSP anda (bukan ke smart dengan cara begini ;) huhu ) pada tahun ke 25, ini bermakna sebelum anda pencen, komitmen hutang terhadap pinjaman perumahan anda sudah selesai.
6) Malah setelah selesai hutang loan rumah anda, jikalau anda meneruskan dengan perlindungan dari Mortgage Life ini, anda boleh jadikan ia sebagai satu harta wasiat untuk ditinggalkan pada keluarga tersayang apabila anda sudah tiada lagi disisi mereka sebagai tanda kasihsayang anda pada mereka.
7) Seperti anda dan diri saya tahu, kita manusia ini hanya mampu merancang sahaja dalam kehidupan kita dan Allah jualah menentukan segalanya. Katakan pada tarikh ini (line merah ke bawah) si peminjam menemui ajalnya dan kembali ke rahmatullah.
8) Mortgage Life akan selesaikan hutang si arwah ini, dan berpandu pada rajah diatas, katakan baki loan masih ada lagi RM100K, Mortgage Life akan selesaikan baki tersebut
9 & 10) Pewaris akan memperolehi sebiji rumah DAN juga duit (bil elektrik,bil air,makanan,sekolah anak, pakaian masih perlu dibayar walaupun 'breadwinner' sudah tiada dan duit ini akan digunakan untuk memberi nafas sedikit kepada pewaris selepas ketiadaan 'income breadwinner)
11) Dari baki Mortgage Life (selepas tolak RM100K duit loan) iaitu RM100K
12) DAN JUGA DARI DUIT SIMPANAN !!
Inilah perbandingan yang saya ingin kongsikan bersama sdara/ri sekalian diantara MRTA dan MORTGAGE LIFE....Keputusan tetap ditangan individu itu sendiri untuk menilai 'financial tool' manakah yang terbaik untuk diri mereka. Cuma saya sebagai seorang insuran ejen dan sebagai seorang muslim yang mempunyai ilmu sebegini telah pun melaksanakan tanggungjawab saya untuk berkongsi dgn sdara/ri mengenai ilmu ini....
No comments:
Post a Comment