Thursday, March 18, 2010

Lelongan Grand Auction Fair 18 March 2010

Actually aku tade plan pon nak pergi auction ni. Semalam macha faris tiba2 call tanya aku free ke tak. Rupanya faris ada masalah sebab kena pergi 2 auction pada hari ni. Satu kat bangi n satu lagi kat tancorp. Aisey problem2. Ni la masalah kalau client base dah besar. hehe..

So aku pilih untuk turun ke auction kat Tancorp. Ada client faris nak bid rumah kat Brunsfield seksyen 13 Shah Alam. Rumah ni memang hot la. Rental tinggi sebab banyak permintaan dari student. Harga pon dah naik banyak berbanding 2-3 tahun lepas. Kat belakang Brunsfield ni pon MSU dah nak naik. Lepas MSU siap taktau la bape jauh lagi harga die naik. Untung betul sapa ada rumah kat sini.

Faris ada sebut juga yang Bird pon nak masuk bidding rumah ni. Bird datang sendiri n bid sendiri. Aisey lawan ngan kawan2 la plak. Kalau aku yang masuk bid, sure rasa tak best. Nasib baik aku hanya jadi wakil, so sorry la Bird, takleh nak kawtim2. Budget client Faris ni pon tinggi. Memang ada harapan menang.

So seperti biasa, bila ada perkataan grand atau mega auction, mesti mula lambat. Patut start kol 10, last2 start kol 1030am. Ada lima auctioneer yang terlibat hari ni. So property yang aku nak bid ni under Rajan Auctioneer. Aku pn tak pernah kenal. So bila tiba turn property aku tu, rupanya ada 4 bidder semuanya termasuk aku dan bird. Bird awal2 dah malas nak angkat pedal bila aku inform die budget client faris ni lebih tinggi. Sian bird, kecewa lagi. Tape cuba lagi next time. So basically lelongan ni aku lawan dengan lagi 2 bidder lain tu la. Cuma aku tak bape ok sangat la dengan Rajan Auctioneer ni. Macam tak bape profesional. Cara naik bid, cara dia call nombor kad dengan harga bidaan, agak mengelirukan. Baru 3 bidder pon dah macam agak bersepah. Mula harga RP rm118k. Lawan punya lawan, naik sampai rm150k. Jenuh jugak la aku nak angkat pedal sebab naik cuma rm1k sahaja. Client faris ni menang akhirnya. Budget rm151k, haha tinggal lagi rm1k je beza. Apa2 pun tahniah. Tambah lagi koleksi rumah kat Brunsfield.

Lepas habis auction rumah tu, aku terus la kuar nk setelkan sumer urusan dokumen. Malas nak tunggu lama2. Nasib baik rumah ni antara yang terawal untuk dibida. Tade la aku masak nak tunggu lama. Faris pn rupanya dah sampai kat tancorp dari bangi. Senang la aku terus pas sumer urusan kat dia. Peruzz pn datang juga walaupun tak masuk mana2 unit. Saje nak lepak2 kata peruz. Uish bagus betul la. Ni la baru kata semangat waja.

Lepas dah setel sumer urusan, aku lepak kat bawah minum2 dengan faris. Tade lepak lama pun sbb aku pon nak gerak pergi opis shah alam. Setelkan urusan kerja lain plak. Ni la die cabaran nak juggle 2 kerja serentak. Kena pandai manage masa dan appointment. Bila dah kerja sendiri ni, mesti mau rajin. Biar rajin n keje teruk masa muda. Sebab tenaga banyak. Pastu bila rezeki dah mula ok n duit dah mula ada, kena la plak pandai berjimat dan labur. Supaya bila time dah tua, takyah lagi nak keje teruk2. Tu baru best...


suasana bilik lelongan yang sesak

me and bird

Bird berkongsi kekecewaan dengan faris..tape bird cuba lagi next time :)

4 comments:

sourplum said...

aku ade kwn duk kt cendana apt tuh
nice ar kwsn tu
good for investment

mdizone said...

cendana memang hot area..faris tokey kat situ..boleh tanya dia :D

tuanbri said...

cendana?

mana ada dlm posting kau sebut cendana...

naik berapa cendana ?

mdizone said...

aku taktau la plak cendana naik berapa...malas nak tunggu...lambat sangat..