Saturday, September 5, 2009
My Near Future Toy
Cantik kan kete tu? Tu la Honda Civic 2.0 i-VTEC 8th Gen. Dah lama dah kat malaysia ni. Since 2006 rasanya. Masa first time ternampak kereta ni, terus jatuh hati. Masa tu taktau lagi kete apa and tade la nak amik tau sangat sebab sure tak tercapai dengan kemampuan kewangan pada masa tu. (Self assumed)
Cuma sekarang ni pilihan untuk memiliki kereta ni macam agak terbuka sedikit. Ada sebab kenapa aku nak dapatkan kereta ni. Sekarang tengah study sama ada betul ke aku mampu nak beli kereta ni. Perkataan mampu tu besar scope die. Cukup ke budget nak bayar installment yang lebih rm1k sebulan. Tu baru installment, tak kira minyak lagi, insurance lagi, road tax lagi, maintanence lagi. Ikut kiraan kasar, boleh la rasanya nak sambar sebijik tapi berpeluh jugak. Kalau tak kena gaya, boleh tergolek kewangan aku.
Kenapa aku nak beli kereta ni? haa..itu pun atas nasihat mentor aku. Dia kata kalau nak buat marketing and sales, kereta memainkan peranan penting. Rumah biasa2 pun tape, janji kereta mau pawe. Kalau tak pawe pun, orang kata senonoh skit la. Die cakap honda ni tahap toy car je sebelum upgrade dengan kereta yang lagi pawe. Ish panas hati aku. Ada ka patut cakap kete tu level toy car je.Dream car aku tu! Bertahun aku tunggu nak dapatkan sebab yang kuat untuk beli kereta ni hehe.
Tapi aku tak deny pendapat die tu. Aku sendiri menyaksikan macam mana orang lain melayan orang yang bawak kereta2 mahal. Treatment die lain sedikit walaupun mungkin tanpa disedari.
Citer die macam ni...
Ada la satu hari tu, aku bawak mentor aku ni nak pergi meeting dekat putrajaya. Time tu aku tumpang kereta die. Mercedes SLK 230. 2 doors 2 seater.Rupa dia macam gambar kat bawah ni...
Kete tu tade la baru pun. Kete tahun 98. Dah lama dah. Ok back to the story. Time tu kitorang sampai la kat pintu guard nak amik pas. Actually tempat tu pelawat kena parking luar, pastu amik pas then baru boleh masuk kompaun pejabat. Ikut pengalaman aku selepas beberapa kali datang situ la. Tapi hari tu lain plak jadinya. Lepas amik pas tu, kitorang pun nak masuk la pintu pagar. Sekali guard tu tanya tanak bawak kereta masuk ke? Eh! Selama aku datang sini sorang2, tade pulak guard tu nak kasi masuk. Pastu banyak jugak kete lain yang tak masuk. Tapi guard tu siap offer plak nak benarkan kitorang bawak kereta masuk parking kat dalam. So kitorang pun bawak je la kete masuk.
Masa dalam kete tu mentor aku cakap la. Die bawak kete ni bukan sbb nak menunjuk2. Tapi somehow kereta tu membantu secara tidak langsung. Bila kita bawak kereta2 jenis macam tu, orang somehow akan respek lebih skit walaupun kita tak mintak. Secara tidak langsung, hal2 macam ni memudahkan dia nak buat deal etc.
Logik la jugak kan? Kata kan la kita kat kedai mamak. Citer projek juta2. Gedegang gedegung. Sekali time balik orang tengok kita bawak kancil je.Eh boleh caya ke manat nie? sure diorang akan tertanya dalam hati. Lain la kalau kita dah memang ada track record. Kalau Syed bukhari bawak kancil pon orang still respek die sbb dah terkenal. Kalau orang biasa macam aku ni? Orang nak caya ke? Sure berfikir beribu kali.
Benda macam ni memang dah takleh nak elak. Pemikiran masyarakat memang macam tu. Bila orang pakai kereta besar je, sure orang ingat mamat ni berjaya. Kalau citer projek juta2, ada nampak kredibiliti.
Pada aku yang penting niat la. Kalau niat nak beli kete besar untuk memudahkan urusan kita ( bina kredibiliti, tingkatkan imej etc) dan bukan untuk menunjuk2, mungkin boleh dipertimbangkan. Tade salahnya dengan syarat kita mampu.Itu pun tengok nature of work. Kalau setakat pergi keje duduk kat opis je dari pagi sampai malam, bawak kete biasa pun dah cukup kot (ni mentaliti aku selama ni).Duit extra tu better simpan buat pelaburan.
Hai bila la aku bole angkat sebijik civic ni...
Seorang agent hartanah lelong yang bersedia memberikan perkhidmatan lelongan hartanah secara menyeluruh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
SAlam
bro
pokli sekarang ni dah pakai civic
nak share...kadang2 kita kena beli dulu..lps tu baru berusaha...seumpama kita keluar dari confort zone...pokli sbb pakai civic makin rajin berniaga.....alhamdulillah rezeki daripada perniagaan emas Publicgold ni boleh tolong bayar kereta civic tu...sbb....dibayar oleh komisen emas...
tgk kat www.emaspokli.blogspot.com
www.pokli.com
apalagi esok terus pergi booking civic macam pokli...pokli warna hitam
Salam Bro.
Betul cakap u.Kereta mainkan peranan penting dalam menjaga image bisnis kita.
Why not u try Merz 2nd hand.Contohnya Mercedes Benz S320 -95.Harga baru dlm rm29k.Harga boleh nego,silap2 dpt rm25k.Imej merz ni sgt mantap bro if compare ngan honda civic or accord baru yang harga more then rm120k.Walaupun u pakai merz yang lama ni,tapi pandangan org terhadap status u penting.This from my pengalaman n pengalaman kawan2 yang lain.
Cuba tgl link ni www.mudah.my/Mercedes-Benz-S320-3831710.htm.
Merz punyai gaya kehebatan yang tersendiri.
Just my 20kupang punya view
PG
20rejab.blogspot.com
apa kata kalau eeone angkat dua2 civic & mercz..1 wife guna, 1 guna sendiri...hehe.kasi racun sama dia... :)
uish.terima kasih di atas sokongan rakan2. PG, aku rasa aku nak stick dengan CIVIC sbb tu memang kereta idaman aku. BTW thanks for da advice. Aku akan explore juga option tu.
TQ2
Post a Comment