Wednesday, February 3, 2010

Sejuk Hangat Panas Pemeluwapan dan Hujan

(sumber dari : http://www.pakdi.my/blog/sejuk-hangat-panas-pemeluwapan-dan-hujan/)

Kelakar pula bila saya baca kembali tajuk di atas. Maafkan saya pakar istilah bahasa dan ahli akademik, saya cuma mahu cuba menulis dalam bahasa mudah tentang situasi ekonomi yang cold, warm, hot, bubbles dan rain. Sekiranya ada istilah yang lebih tepat dalam Bahasa Melayu, sila perbetulkan saya.

Keadaan dan perkembangan ekonomi adalah sama seperti tajuk di atas. Baik dulu, kini dan selamanya, ia pasti dan akan berlaku sebegitu jua. Cuma yang berbeza adalah watak-watak di dalam situasi ekonomi tersebut.

Ekonomi yang sejuk adalah ekonomi yang tidak baik. Anda bayangkan musim winter. Ia menyukarkan pergerakan. Binatang berhibernasi.

Ekonomi yang hangat adalah ekonomi yang paling baik. Ia tidak berapa sejuk. Ia juga tidak berapa panas. Semua orang seronok. Angin sepoi-sepoi bahasa. Hawa yang selesa.

Ekonomi yang panas pula adalah ekonomi yang kurang baik. Walaupun cuaca panas, tetapi proses hidrasi juga berlalu dengan pantas. Nak bersukan pun tidak selesa. Siapa suka main bola sepak tengah hari buta?

Ekonomi yang meluwap pula adalah ekonomi yang sudah ke penghujung. Bahaya sudah menanti. Ini kes hidrasi yang tidak terkawal. Orang jadi tidak tentu arah. Panasnya sudah maksimum sehingga air membentuk buih wap.

Ekonomi yang hujan adalah yang . Semua orang mahu berlindung. Bayangkan dalam satu padang bola terbuka, hanya VVIP dan beberapa kerat yang lain sahaja yang dapat menyelit dalam khemah utama apabila hujan turun dengan tiba-tiba.

Analoginya begini. Kita ambil buah kelapa sebagai contoh. Perniagaan kelapa di daerah Semua Boleh.

Satu hari, bekalan buah kelapa terlalu banyak. Tetapi tiada permintaan. Permintaan yang biasa adalah datang dari penggemar masak lomak pedas cili api dan gulai utara. Pembekal kelapa pening kepala. Peladang kelapa pun pening kepala. Peraih kelapa pun pening kepala. Apa la nak jadi dengan perniagaan kelapa. Akhirnya, ramai bungkus, kena saman hutang dan buka perniagaan lain. [Cold]

Pada saat orang tidak mahukan kelapa, tiba-tiba ada yang mula memborong kelapa secara senyap. Dia beli kelapa sikit-sikit. Tak naik lori. Tapi naik van buruk. Justeru, tidak ada siapa yang tahu lambakan kelapa itu sudah pun dibeli. Pembekal, peraih dan peladang yang masih kekal dalam perniagaan mula tersenyum. Mereka tahu ada beberapa orang mula membeli sikit-sikit tetapi konsisten. Mereka tidak tahu kenapa tetapi apa mereka peduli, yang penting kelapa mereka terjual walaupun dengan harga murah. [Cold reduce]

Tidak lama kemudian, kelapa semakin mempunyai permintaan. Oh, musim kahwin sudah sampai. Kerisik banyak nak guna, nak buat rendang. Pembekal, peraih dan peladang kelapa mula naikkan harga. Permintaan sudah ada. Beberapa orang yang membeli kelapa sedikit dan konsisten itu tadi pun mula menjual kelapa kepada orang ramai. Pelaburannya mula menampakkan hasil. [Warm]

Harga kelapa semakin mahal. Pelabur kelapa pula sudah mula beli beberapa lori 3 tan dan sudah pakai Mercedes baru. Ramai pula yang bekerja dengan pelabur kelapa. Dan semakin ramai berminat untuk membuka perniagaan kelapa. Santan Kelapa Enterprise. Kelapa Muda & Kawan-Kawan. Kelapa Emas Sdn Bhd. Koperasi Kelapa Hijau. DeCoco Network. Semua Kelapa Bhd. Mana tidaknya, bulan puasa sudah hampir. [Hot]

Abu, seorang pengusaha nenas cemburu melihat kawan-kawan yang berniaga kelapa mula bertukar kereta baru. Dia pun mahu join sekali. Harga kelapa parut sudah berharga RM 2.50 sebiji. Raya pun sudah dekat. Siapa mahu makan nenas waktu raya? Dia pun mula tanam kelapa, daftar syarikat kelapa, pinjam duit sana sini untuk bukak kedai, tanam kelapa, beli kelapa dan sebagainya. Kini, Abu Kelapa sudah datang. Lupakan Abu Nenas yang lama. [Bubble]

Rupanya bukan Abu sahaja yang sebegitu. Mereka yang tidak pernah tahu menahu pasal kelapa pun mula minat nak berbisnes kelapa. Minah, Sally, Samad, Raju, Chin, Chau, Sam, Dol semuanya berminat nak berbisnes kelapa. Siapa tidak meleleh tengok Din Loklak sudah kaya raya dengan jual kelapa sahaja. Harga kelapa parut mencecah RM 4.00 sebiji pun mereka yakin ada pembeli. [Bubble]

Lantas mereka mula memborong kelapa sebanyak mungkin. Duit Tabung Haji keluar. Duit bawah bantal keluar. Duit dalam bank keluar. Pinjam duit lagi. Yang penting mereka semua mahu jadi penjual kelapa! Kalau Din LokLak boleh kaya raya kenapa tidak mereka? Mereka pun nak jadi pembekal, peraih dan pelabur kelapa. [Bubble]

Hari ini dilaporkan RM 5 sebiji kelapa parut! Mereka mula mencongak keuntungan. “Kalau boleh naik RM 10 sebiji ni.” “Kalau naik sampai RM 15 sebiji …” Pakcik Kayo! [Bubble]

Mereka dengar pula cerita orang kampung yang Penghulu Daerah Semua Boleh akan mewajibkan semua rumah masak rendang, bubur, masak lomak pedas dan gulai utara dan air kelapa segar sahaja untuk hidangan hari Raya. Wow! Ini sudah bagus. [Bubble]

Nak dijadikan cerita, pegawai kesihatan datang ke daerah mereka dan memberitahu jangan makan santan banyak sangat. Berminyak. Berlemak. Ada Kolestrol. Nanti sakit. Jagalah kesihatan. [Black Cloud]

Busted! Harga kelapa turun mendadak. Semua orang mahu jual kelapa yang mereka miliki. Tetapi pada waktu itu semua orang memiliki kelapa dengan harga yang tinggi. Lalu harga semakin rendah. RM 4. RM 2.50. RM 1.70. RM 1.20. RM 0.70 RM 0.35 … ! Ramai orang bankrap sebab berhutang. Syarikat terpaksa buang pekerja. Ramai orang mula menganggur. [Rain]

Tapi Din LokLak selamat. Sebab dia mula memborong kelapa dari RM 0.05 sebiji dan mula berhenti memborong apabila harga mencecah RM 2.00 sebiji. Dan dia menjual dan menghabiskan semua stok kelapa semasa harga kelapa mencecah RM 5.70 beberapa hari lepas.

… Tiada siapa peduli kelapa … … … Bekalan kelapa semakin banyak … Syarikat Kelapa Din LokLak mula mencari bekalan semula .[Cold]

Inilah yang telah berlaku dan akan terus berlaku dalam dunia perniagaan dan pelaburan.

Tulip Dutchmania Craze [1634-1637]
South Sea Bubble [1711]
Florida Real Estate Craze [1926]
Great Depression [1929]
Black Monday [19 Oct. 1987]
Asian Crisis [1997]
Dot com Bubble [2000-2002]

(a very nice article by pakdi. Sekarang ni aku perati ada beberapa jenis pelaburan yang mula mendapat perhatian ramai. Harga yang semakin melambung membuatkan ramai yang mula berminat untuk turut serta melabur. Bagus tu! Sekurang2nya ada kesedaran tentang pentingnya pelaburan. Cuma aku just nak advice, kalau melabur tu, melaburlah dengan ilmu. Mesti ada strategy, tahu sekurang2nya apa itu fundamental analysis dan technical analysis. Ada entry, hold and exit strategy. Bukan sekadar ikut cakap orang time harga naik beli, time harga rendah pun beli. Kalau betul dah wat reseach and masa tu sesuai untuk beli/jual, buat lah. Kalau setakat dengar kata2 orang, renung2kan la balik tindakan kita tu. Sebab semua pelaburan dalam dunia ni ada pasang surutnya.Macam cerita kelapa di atas...)

No comments: