Wednesday, February 24, 2010

Masalah rumah sewa

Tadi aku baru je dapat sms dari salah seorang penyewa rumah aku. Die kata ada masalah tiles kat rumah dia. Masalah ni sebenarnya dah lama dah berlaku. Since dari 1st day aku beli rumah ni, dah mmg ada masalah tiles dah. Tiles meletup2 n pecah. Penyewa plak memang penyewa asal. Die cuma sambung tenancy je dengan aku. So memandangkan time tu masalah tiles ni tak begitu kronik, penyewa aku tu just continue je duduk situ. Cover bahagian yang pecah tu dengan karpet.

Cuma selepas setahun lebih ni, tadi die sms aku. Cakap condition tiles makin teruk. Dah merebak. Mula dari bilik tido utama, sekarang dah melarat ke bilik ke dua dan ruang tamu. Jenuh die nak pasang karpet kat rumah dia. Tadi aku sempat gak singgah rumah tu. Saje nak jenguk. Bukan jauh pun, selang 19 tingkat je dengan rumah aku hehe...

Dah lama aku tak masuk rumah penyewa aku ni, memang cantik die jaga. Perabut sumer siap. Karpet bersepah sana sini. Rumah aku pon tade karpet.Penyewa aku tu tade tadi, wife die ngan jiran yang ada. Aku pon tak lama kat rumah tu. Lepas amik gambar tiles yang pecah tu lebih kurang, aku pon chow.


Sekarang ni dah pening dah. Aku tade masalah nak buat tiles tu balik. Memang dah ada budget since masa time beli rumah tu. Nak pecahkan sumer tiles kat rumah tu, pastu buat yang baru. Kalau buat sikit2 nanti tiles tu pecah balik sebab pasang tak sekata. So bila nak kena buat balik sumer, mmg kacau la. Barang2 sumer nak kena bawak keluar, rumah kena kosong. Pastu benda tu bukan boleh siap dalam masa sehari. Abih sementara menunggu tu penyewa aku tu nak duduk mana kan?

Nampak gaya nak kena bincang dulu la. Sebelum boleh ada sebarang keputusan. Nak tengok pendapat penyewa aku tu plak.

5 comments:

Grizzly snowy panda bear said...

uik,
mcm mana boleh merebak tile pecah?
haha..aku kompius

www.tuanbri.com said...

sebab yang lain tak timbul lagi...
ini org panggi "domino effect"

aku dah bgtau, FD memang problem ni-standard.

Tile pecah satu je dulu..
sebab bwh tiles tu lopong. bila satu pecah, sebelah dia pun pecah.sebelah dia pecah.pastu sebeblah dia pulak...

Gunakan khidmat Satu Solution. Menyelesaikan masalah tiles anda!

tuanbri.com

mdizone said...

haa bagus ko dah comment, mmg nak panggil satu solution pon wat keje nie hehe

rumet said...

penyewa ko tu banyak sangat aktiviti larut malam.. tu yang tiles tak tahan...

ganti laminated flooring je... nanti aku ajar D.I.Y

mdizone said...

nak DIY? tape la rumet. aku pass kat orang je la. Aku ni bukan rajin sangat hehe. Thanks for da offer anyway...