Ceritanya macam ni, dua hari lepas, FM Media buat aktiviti futsal beramai2 di court sukan extreme seksyen 13 Shah Alam. Aktiviti tu habis lewat sebab lepas futsal, sumer melepak kat mamak plak. Aku tak drive. Tumpang kereta director ni. So lepas dah habis melepak sumer, rasanya dah dekat pukul 1230pm macam tu, kitorang pun gerak la balik ke opis untuk amik kereta aku. So dalam perjalanan tu, director tu cakap dia agak ngantuk so die mintak tolong aku tolong bawak kete dia. Perghh! Mula2 aku ingatkan die main, so aku pun cakap la tade hal tanpa meletak sebarang harapan. Sekali betul2 die stop tepi jalan pastu terus kitorang tukar tempat. Ahaks, menggelabah gak la masa duduk kat drive seat tu. Nasib baik la aku biasa bawak kete auto so tade la panik sangat.
Sepanjang perjalanan tu, aku bawak rileks giler. Takut la nak lenjan, dah la kete orang. Aku plak tak pernah drive bmw sebelum ni. So cuak tu masih ada la gak. But i can tell u la...the feeling tu mmg superb. Sebelum ni, kete yang paling hebat aku drive pon honda civic 2.0 yang baru tu je la kot. Aku ingatkan civic tu dah kira paling best (memang best pon, aku mmg dah tangkap cintan dah haha), sekali bila bawak BMW ni, perghh lagi layan. Agak2nye cemana la perasaan bawak kete yang lagi hebat dari bmw ni macam maserati, ferrari, lamboghini etc etc ek? Tak dapat aku nak bayangkan sekarang.
Ada a few small things yang aku kagum dengan kete ni sebenarnya. Mungkin untuk orang lain, benda tu biasa je, tapi untuk aku, benda tu sangat cool. Antara benda2 canggih yang aku ingat :
1. Lampu malam on sendiri. Ada sensor detect. Kalau suasana gelap, terus on. takyah nak hidupkan manually.
2. Nak start kete, guna button. Masuk kan remote dalam slot kete tu, pastu tekan button on. Nak off pn sama gak. Selalu aku pakai kunci je.
3. Nak adjust kerusi ke depan belakang, takyah angkat punggung pastu tarik pedal adjust2. Tekan je button kat tepi kerusi tu, terus die gerak sendiri. Ada motor yang gerakkan.
4. Boot belakang boleh bukak pakai remote je.
In term of performance, memang superb la. Bila tekan minyak tu, terasa pick up die. Tu pun aku tak try lagi guna mode gear manual. Director tu cakap kalau guna mode manual, pick up lagi sedap.
Yang kurengnye, director tu siap cucuk lagi tu. Cakap aku sesuai la bawak kete ni, nampak serasi la, nampak cool la etc etc. Saje je nak pancing aku. Haha. Tape aku take it as a motivation. Kena guna concept law of attraction gak ni. Visualization. Dalam video 'the secret' yang aku tengok sebelum ni, konsep visualization ni sangat powerful. Kalau kita nak something, kita kena bayangkan kita dah dapat dah perkara yang kita nak tu, bayangkan perasaan, bayangkan kegembiraan etc. Sebagai contoh, kalau kita nak beli kete idaman, bayangkan kita dah bawak kete tu. Untuk membantu, kita boleh pergi test drive kete tu jika perlu. So bila kita berjaya visualize, iallah kita akan dapat apa yang kita inginkan tu. Tapi dengan syarat kena la berusaha juga ke arah impian kita tu. Kalau setakat nak visualize pastu duduk diam2. tu angan2 mat jenin namanya...
4 comments:
bro...saya rasa tang lampu tue kena letak suis kat auto...then dia akan detect sensor gelap/cerah....sama cam wiper ..kena pusing suis ke auto...speed wiper based on kapasiti air hujan...pendapatsaya je ..sbb merc w211 yg saya guna kat sini lebih kurang je teknologi dia ngan bmw...sesama born in germany kan...btw, merc tue kete gomen...saya tukang bawak je...:)
fuyooo...aku still jakun gak..kete proton tade teknologi tu..ye la kena la dengan harga yang kita bayar hehe
bro
keta ni mmg best..
tapi yg tak best time MAINTENANCE...member saya kyrol pakai BMW 318 E46 pun pening time rosak...sekali habis rm7-10k....kalau duit cukup2 makan baik beli Civic jer....kekekekee
tapi kalau pasif income byk takde hal punya
bro.. nanti ko dah beli bmw, bagi aku test drive plak.. hehe..
Post a Comment