Saturday, February 6, 2010

Jalan2 tengok rumah lelong

Apa la gatalnye aku nak jalan2 tengok rumah kan? Bukannye boleh beli pun. Loan takleh nak apply. Confirm kena reject.

Sebenarnye ni kira macam nak melepaskan gian la. Dah bape bulan aku tak berjinak2 dengan aktiviti lelongan. Since quit dari keje lama. Asyik usha2 tengok listing je. Sekali sekala kena juga pusing2 tengok rumah supaya skill menilai tu tak hilang atau berkarat. Kena keep on polish sebab kita taktau bila2 masa sahaja peluang boleh datang.

So rumah yang aku nak tengok ni terletak kat area ampang. Taman Sri Angsana Hilir. Ada satu kondo kat situ. Aku dah tahu area ni sebenarnye tak berapa cun sangat based on my finding from internet. Dari dulu aku dah ada interest kat area ni just tak berkesempatan untuk tengok sendiri area kat situ. Dua tiga hari lepas, aku jumpa satu listing, yang teramat la murah sebenarnye. RM 38k sahaja untuk satu unit kondo! gile tak gile. Flat pun susah nak dapat RP macam tu. Ni kan plak kondo.

Memandangkan harganya yang amat murah (dalam hati aku agak mesti ramai yang nak masuk bid utk rumah ni), aku pun sajer la nak usha walaupun tahu bukan aku boleh masuk pon. Keadaan kewangan sekarang belum mengizinkan aku untuk beli rumah lagi. Tak susah nak jumpa kawasan ni. Tepi highway MRR2 je. Lokasi boleh kata strategik juga cuma kemudahan awam tak berapa best sangat. Kalau tak silap, cuma ada bas n teksi je.

Bila aku sampai kondo ni, aku terus pergi ke management office. Kondo ni ada 3 blok. A, B dan C. Unit yang dilelong ni kat blok C. Bila riki2 kat management, baru aku tahu management situ (dah jadi Joint Management Body) tak jaga blok C. Diorang cuma maintain blok A dan B sahaja. Aik boleh pulak macam tu? Aku ingatkan mesti la jaga sumer. Hati aku dah tak sedap dah time tu. Tape la memandangkan dah sampai, pergi je la tengok unit tu. Bagi puas hati.

Huk Aloh! Tu je la gambaran yang aku boleh beri bila aku pergi tengok unit ni. Blok C ni macam haunted place! Deserted! Lif pun jahanam. Bau busuk najis kucing pon ada. Tu baru kat area lobbi. Patut la bila aku tengok dari luar, nampak macam cuma 5 tingkat ke bawah je macam ada orang duduk. Flat pun tak seteruk ni aku rasa. Lampu umum pun tade. Gelap n suram. Tu waktu siang tu, kalau malam cemana la agaknye. Aku tak berani nak lepak lama area tu. Lepas tengok lebih kurang, aku cabut. Aku rasa yang duduk kat situ pun bukan owner tapi ntah sapa2 yang main masuk rumah orang je kot pastu duduk free. Memang obvious tade sapa maintain blok C ni.

Thats it la. Kalau ada orang offer aku rm10k untuk 1 unit rumah kat area ni pun aku tak sanggup. Terima kasih banyak je la. Memang malang sungguh pada sapa2 yang dah beli rumah kat Blok C ni. Selagi tade management body yang sanggup maintain blok ni, memang teruk la keadaan kat situ.

Hmm lepas ni nak usha area mana plak ek...

4 comments:

palie said...

pasaipa leh jadi camtu...?mesti ada storey...

shiby said...

apasal hang tak ada kerja ka?

kalau tak ada kerja pun.boleh prove income datang dari sumber lain bro....

aparaa hang ni!!!siap sangggup buang masa pi rikey unit, tapi bukan bole masuk pun.ha..ha..

rumah kat bkt beruntung lagi murah...

mdizone said...

entah la palie, mesti ada isu besar dengan developer rasanya. Sampai kan boleh terbiar macam tu sekali. Kalau setakat seunit dua boleh la terima, ni the whole block. Gile rugi...

shiby, seronok oo macam ni. ada time kita keje, ada time kita rileks. sukati je nak decide apa nak wat. tade sapa yang arah2. riki2 tempat pon kira macam latihan jugak. walaupun tak masuk auction, latihan tetap kena buat. kalau tak nanti skill berkarat. Bila dah berkarat, payah la nak polish balik.

ReM said...

Thanks a bundle for the info bro, i went there last sunday too and survey the area, same findings its not good area.
Condo @38k n 1266sf is too good to be true...still sapa2 nak masuk auction 10/2/2010 at Henry Butcher near Dang Wangi LRT....

Good luck