Semalam aku lepak ngan kawan2 aku yang free trang tang tang walaupun makan gaji. Jeles gak la aku sebab they have the security of salaries and benefits, and at the same time have the flexibility of doing their own things.
Salah satu pekerjaan yang aku rasa best ialah jadi pilot (one of my frens is a pilot. Ni kira dengar citer die la ni hehe). Semua orang tahu jadi pilot gaji besar. Even co pilot pon boleh dapat dalam rm5k sebulan tak campur dengan elaun2 lain. Silap2 boleh cecah rm8k. Selain dari tu, kalau selalu fly pon dapat lagi banyak imbuhan. Kalau pilot yang senior, setakat pendapatan rm20k sebulan tu kira achievable la. Tade yang peliknya.
Tu baru citer part imbuhan. Yang menjadikan kerja pilot ni lagi best ialah flexibility masa yang mereka ada. Kalau tak silap aku, average hari yang diorang keje cuma dalam 15 hari sebulan. So hari2 yang lain tu mereka boleh buat apa yang mereka suka. Nak dok rumah ke, buat bisnes ke, study ke, buat investment ke etc etc. Ada juga citer yang aku dengar, kalau senior pilot yang bawak 747, cuma ada 2 flight je sebulan. The rest of the month tu terpulang la nak wat apa pun. Tak perlu punch kad, tade sapa call tanya kat mana etc, tade kena query sebab datang lambat ke pejabat.
Aku ada la jumpa 2-3 pilot yang jadi investor. Dengan pendapatan yang banyak ditambah pula ilmu kewangan yang tinggi, mudah untuk mereka ni meningkatkan asset diorang dalam masa yang singkat. Duit modal besar, masa untuk buat investment pn banyak. A very good recipe for personal finance success. Malah ada di antara pilot2 yang berjaya ni, baru je mencecah umur 30an!They can already afford to quit and live a financial freedom life. Tapi why quit kan? keje best, boleh jalan sana sini, gaji besar hehe.
Cuma bukan semua orang boleh jadi pilot. Requirement tinggi. Selain dari pencapaian akademik yang cemerlang, diorang perlu melalui pelbagai latihan dan ujian yang bukan senang.Ye la keje pilot ni tanggungjawab die besar sebab bila jadi sebarang kecemasan, mana boleh park kapal terbang tu kat tepi jalan pastu kasi hazard light. Diorang kena cukup cekap untuk mengatasi sebarang kesulitan yang timbul dan bukan semua orang boleh melakukannya.
So pada sesiapa yang suka makan gaji tu, carik la keje yang best. Kalau gaji tinggi tapi masa kita terikat untuk syarikat semata, pun tak best gak. Kalau banyak masa, gaji ciput pon tak best gak. Tapi paling malang, gaji ciput, masa pun tade. Pastu kena plak obey office hour. Ada punch kad etc. Lambat skit masuk opis dah ada mulut2 complaint kecoh2 kat HR. Si polan si polan tu datang lambat, balik awal etc. Ish pada aku kalau keje kat suasana macam tu, tak berbaloinye...
(citer pasal pilot tu aku takleh nak sahkan kesahihannya. Korang kalau nak tau lebih lanjut, carik la mana2 pilot pastu tanya diorang sendiri. Lagi senang. Oh ya! satu contoh senang pilot yang kaya ialah azizi ali. Sumer orang kenal...)
6 comments:
Kerja doktor pun best. lebih2 lg yg ada klinik sendiri dan upah doktor lain yg jaga. senang2 boleh dpt 40k-60k sebulan goyang kaki dok umah. Tu pun amik masa lebih kurang 5 tahun je.
best gak ekk.. jadi pilot nii.. gaji banyak.. bole pergi oberse lagii... syokk syookk
tapi kan.. aku rasa.. lagi best jadi investor.. dok main dit jee.. labur sini sana.. huak huak huak.. he hehe
aisey kawan2...jadi doktor yang upah doktor lain n jadi investor tu tak dikategorikan sebagai makan gaji dah. tu dah kira bisnes owner dangan fulltime investor.
pada korang keje makan gaji apa lagi yang best?
lecturer cm besh je
bule smbung blaja.
gaji jln je
haah ek. lecturer pun not bad..so any more job makan gaji yang best?
salam smua..aku bkn nak kondem keja sbgai pilot ni..tp byk risk yg korng kena face kalau dah bejaya jadi seorng pilot..actually, aku seorng pilot..dah ada lesen sah dari taun lepas lg..tp sbenanye aku ni pilot menganggur..blom dpt keja lg..aku private pilot..so blom di hired oleh mana2 airline lg..sbbnya..jeng jeng jeng..xde cable..or contact or network dlm airline..so nasihat aku, pk2 dlu b4 btul2 decide nak jadi pilot..insyaAllah kalau rezeki korng cepat, cepat la kayoo..hehe
Post a Comment