Saturday, December 5, 2009

Update on apartment bukit subang

Hari ni aku kena pergi pejabat maintanence rumah aku kat bukit subang. Penyewa mintak tolong dapatkan stiker parking. Kesian diorang takleh nak bawak masuk kete. So sebagai tuan rumah yang baik, aku dengan rela hati pon nak tolong lah. Lagi pun memang part aku nak setelkan duit maintanence.

Rumah ini dah diambil alih pengurusannya oleh penduduk. Dah ada JMB sendiri. Aku memang suka betul kalau JMB dah amik alih sebab lebih dipercayai berbanding kalau developer pegang lagi. Banyak kes kalau developer masih jaga building, diorang tak berapa efisyen. Duit nak, tapi hasil tak seberapa. Kalau JMB pegang, diorang tend to be more responsible sebab wakil2 JMB pon penghuni kat situ jugak. Diorang pon mesti nak area rumah diorang terjaga rapi.

Berbalik kepada rumah bukit subang ni, JMB dah take over pengurusan dari Sime since ogos 2009. So sepatutnya aku kena bayar tunggakan maintanence dari ogos sampai disember. Banyak gak tu. 5 bulan. Maintanence kat sini pon agak mahal la. Rm95 sebulan. Rumah yang aku duduk pon baru RM77. Siap ada lif lagi. Tak paham sangat la macam mana diorang decide rate maintanence. Adakah main letak je sesuka hati? Atau harga tu dah ditetapkan dari zaman developer? Tape la. Sapa la aku nak pertikaikan benda ni. Bayar je la.

Memandangkan aku baru je beli rumah ni hujung september 2009, aku negotiate dengan JMB. Aku cakap aku baru je beli rumah ni. So pihak bank akan cover tunggakan sehingga tarikh pembelian. So maknanya aku kena bayar tunggakan dari october sampai disember je la. The rest kena tunggu duit bank. Aku siap tunjuk clause kat dalam proclamation of sale. JMB pon setuju la dengan cadangan aku tu. Haha jimat duit aku. Padahal aku bayar ni pun pakai duit deposit yang penyewa aku bagi sebelum ni.

So lepas dah setel sumer, dah dapat parking stiker etc, aku pon chow la. Selesa gak aku dengan JMB ni. Agak helpful dan ceria. Senang nak borak. Harap2 rumah sewa aku ni tak banyak la masalah in the future. Aku pon masih tak decide nak wat apa dengan rumah ni. Nak keep buat rental income atau nak flip je. Sekarang masih serabut nak adjust dengan life baru. Banyak sangat masalah2 merepek yang perlu aku selesaikan dulu. Isk isk....

2 comments:

Unknown said...

alamak... aku dah terbayar la... boleh claim balik ke nanti?

mdizone said...

ko nak claim apa farisal? duit parking? nnt claim la kat bakal tenant tu.sure die tade hal nak byr sbb die yang nak guna parking tu