Leceh memang leceh. Tak pasal2 kena masuk kl semata2 nak amik 2 keping kertas. Tapi aku anggap benda ni sebagai pengalaman. Bila lagi nak pergi bank negara kan? aku pon tak pernah pergi seumur hidup. So kira ok la ni ada sebab nak kena pergi.
Aku pergi masa lunch hour. Sebelah pagi aku ada meeting lain dengan prospect client. Harap2 ada la rezeki tu nanti. Back to bank negara, parking ada problem skit. Tempat parking terhad tapi kete banyak. Aku terpaksa tunggu kat tepi dulu. Nasib baik tak lama sangat. Ada orang nak kuar.
Bila aku masuk lobi bank negara ni ( kat tempat nak amik rekod ccris), kagum jugak la. Memang cantik diorang buat lobi ni. Tempat duduk pon selesa. Bukan macam tempat menunggu biasa, tapi lebih kepada suasana ruang tamu rumah yang besar. Pastu ada sistem kiosk, takyah beratur lama2. Just dapatkan rekod ccris guna mykad je. Siap boleh print lagi tu.
Malangnya aku punye rekod plak ada masalah. Tak leh guna kiosk, terpaksa guna cara manual. Isi borang pastu tunggu nombor giliran. Ada la dekat 30 minit aku tunggu. Rupa2nya ntah macam mana, rekod aku ada 2 akaun tapi satu ic number. Ada masalah dengan sistem. Sapa punya fault aku taktau la. Yang penting rekod aku clean. Setakat 3 bulan lepas, sumer 0.
Yang aku puji bank negara ni, staff2 diorang frendly2. Approachable. Selesa aku nak dealing dengan bank negara. Cuma yang kurengnye, bank negara ni terletak kat kl, so kena redah jem kalau nasib malang. Pastu parking sikit. Yang lain2 aku puas hati.
Keep up da good work bank negara! jangan upkan interest rate sudah. hehe...
No comments:
Post a Comment