Tuesday, December 29, 2009

Pentingnya Networking

Semalam hari yang cukup best untuk aku. Mula2 starting tak berapa bagus. Sepatutnya sebelah pagi aku ada appointment dengan satu jabatan ni. Dah set since last week. Malangnya officer yang aku patut jumpa tu ada masalah lain pula, terpaksa EL. So aku cuma boleh tinggalkan profile dan set appointment lain. Tape la ni sumer dugaan nak berniaga. Ni orang kata baru halangan kecik anak je ni hehe..

Sebelum ni aku ada sebut pasal The Secret. Antara point penting dalam The Secret tu, kita kena sentiasa dalam keadaan minda yang positif walaupun keadaan yang terjadi tidak seperti yang kita rancang. Kena sentiasa anggap setiap yang berlaku ada hikmahnya. Dan ia betul2 terjadi! Selepas meeting pagi tu dibatalkan, aku memang ada tendency nak feel down. Ye la parking dah la susah, menapak jauh, pakai suit plak tu. Sekali kensel plak. Tapi dalam keadaan macam tu, aku tetap berusaha untuk fikir positif. Kekalkan semangat motivasi yang tinggi dan sentiasa beranggapan baik.

Sebelah petangnye, aku ada set nak jumpa dengan juruukur. Memang untung sungguh dapat jumpa. Dapat jumpa dengan Saiful sekali. Tu sume kawan2 kita tu. Masing2 ada citer masing2. Dengan juruukur, macam2 hal pasal tanah aku belajar. Tu sumer bahasa2 yang asing untuk aku tapi sangat berbaloi dapat tahu. Ultimately, sebagai pelabur hartanah, aku memang dah target one fine day aku dapat terlibat dengan pelaburan tanah. Sekarang aku dah ada kawan yang mahir dalam bidang tersebut. Kadang2 ilmu sebegini tak boleh diperolehi dengan membaca sahaja, kena ada guru. Saiful pula banyak juga cerita pasal town planning dan kursus kawin.
Yang menjadi hikmahnyer untuk peristiwa pagi tadi, Juruukur terus tolong set kan satu appointment jumpa kawan die untuk tunjuk pasal profile design aku. Alhamdulillah, sapa sangka kan? ni la namanya rezeki.

Sebenarnya, banyak peluang bisnes ada di luar sana. Tinggal nak buat atau tak je. Pokok pangkalnye, sumer terletak atas diri kita sendiri. Kalau kita rajin berusaha, rajin berkawan, iallah peluang rezeki tu ada je kat mana2. Kalau malas, memang takleh nak tolong la. Tu sendiri punya penyakit.

Harap lepas ni kita dapat selalu berjumpa dan update each other. Kuatkan ukhwah sesama kita. Tolong bisnes kawan2. Baru la kita akan kuat. Bila dah kuat, tade la kita diperkotak katikkan oleh pihak luar. Pada golongan2 graduan yang masih menganggur kat luar sana, cuba bukak mata besar2, tengok peluang2 yang ada disekeliling korang.Bumi malaysia ni sebenarnya bumi yang subur. Rezeki ada di mana2. Kalau korang bagi alasan takde keje untuk justify kenapa korang menganggur, sesia la korang belajar tinggi2 sampai universiti. Tapi bila berada di dunia luar, takleh berdiri atas kaki sendiri. Nak kata tak pandai, belajar sampai universiti...hmmm ntah la..


2 comments:

juruukur said...

ezzone.. macam mana jmpa dato petang tadi?... bestkan

eezone said...

hoho. cemerlang beb!tapi kena set appointment lain sbb tak sempat nak present profile. dato tu bz plak.